Hi....selamat pagi semua...semoga semuanya ceria2 hendaknya di hari jumaat yang mulia ni.....:)
Sebenarnya sebelum keluarkan entry ni saya dah berfikir semasak2nya.........cewah......dan hari ni saya nak share keputusan muktamad yang dah saya buat ni....
Oklah, straight to the point..........mulai hari ini dan saat ini, saya mengambil keputusan untuk
" Tidak lagi mengambil sebarang order untuk apa jua bentuk samada crochet, felt ataupun menjahit..."
dalam erti kata yang lain, order untuk sebarang item yang ada diblog ini dengan rasminya ditutup sehingga suatu masa yang akan diberitahu nanti.
Ok, harap semuanya jelas ye......
Tapi anda semua janganlah salah faham pulak ye.....bukanlah saya merajuk atau makan hati, jauh sekali nak melarikan diri ke oversea....huhu
Keputusan yang agak berat ni saya ambil semata2 untuk famili yang tercinta....sebab saya rasakan, sejak saya 'terjebak' dalam dunia crochet online ni, terutamanya sejak saya mula mengambil order (dah tak ingat lah tarikh bila mula2 ambil order....), masa saya bersama2 keluarga terasa agak terhad, terpaksa korbankan masa2 terluang yang ada untuk siapkan order...memang seronok bila orang memuji puas hati dengan hasil kerja kita, tapi apalah ertinya kalau ada yang makan hati bila saya asyik terperuk je kat sofa hingga lewat malam sambil mengait! :(((
Memang ramai crafter/crocheter di luar sana yang bijak bahagikan masa untuk kerja, untuk siapkan order dan juga untuk keluarga....dan saya sangat2 kagum dengan mereka! tapi mungkin saya belum ada lagi kepakaran itu agaknya....
Semenjak saya sibuk menyiapkan order customer, saya rasa ada banyak benda yang saya teringin nak buat, tapi tak termampu nak buat....contohnya?? hehe...saya ni kat dalam kepala ada macam2 benda nak buat, nak menjahit baju sendiri, nak jahit dress aleesya, nak buat gift kat anak sedara, nak buat kek kat Mr abah, nak intai2 deko kat rumah, nak tanam pokok bunga, nak buat itu, nak buat ini.......huhu......tak tercapai dek akalmu rasanya.........:(
Saya ni pulak jenis yang kalau ada order yang tak siap, mulalah rasa bersalah kalau nak buat benda2 lain......(ni pun sebenarnya ada banyak lagi order2 yang pending.....)
Setelah berfikir sedalam2 dan semasak2nya, saya rasa tak perlulah saya mengambil order lagi lepas ni.....tapi saya akan terus mengait dan menjahit ye...sebab tu memang hobi dan passion saya sejak dari dulu lagi....tapi hanya untuk diri sendiri dan keluarga jelah ok......:)
Lepas ni janganlah takut2 pulak nak bukak blog saya ni......blog ni masih lagi comel seperti biasa...saya pun akan terus aktif berblog.....hihi...(aktif lah konon...), cumanya, saya tidak lagi mengambil sebarang order dari customer, harap semua faham ok...:))
Opps, sebelum saya lupa, saya nak ucap berbanyak2 terima kasih kepada semua yang telah sudi menjadi customer saya dan menghargai hasil kerja saya selama ini....terima kasih banyak2!! tanpa anda siapalah saya.....kih3
Oklah, dah panjang lebar dah entry ni......keputusan muktamad, tapi dah berjela2 pulak jadinya....
kalau ada sape2 yang nak share experience yang sama dengan saya....silalah ye.....nak juga dengar cerita2 dari orang lain kan.....
Oraitt, saya stop kat sini dulu ye....jumpa lagi!!
Have a nice day!