Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Thursday, January 01, 2015

Selamat datang 2015...



Assalamualaikum  dan selamat tahun baru buat semua....hari ni 01 Januari 2015...
Selamat datang 2015 dan selamat tinggal 2014...
2014 yang penuh dengan cabaran dan dugaan untuk negara kita Malaysia...
Semoga pengalaman pahit manis di tahun 2014 akan kita jadikan pengajaran dan inspirasi untuk tahun 2015...

Soalan klise..."azam tahun baru?" hehe...malas nak tulis panjang2...simpan kat dalam hati jelah...tapi yang penting tahun yang baharu ni pastinya kita mahukan yang lebih baik, lebih mantap, lebih maju dan lebih hebat dari tahun yang lepas...:)

Di kesempatan ni juga saya nak ucapkan salam takziah untuk semua mangsa banjir di negeri2 yang terlibat terutamanya di pantai timur termasuk lah kat tempat saya ni pun banjir juga......
Semoga anda semua tabah mengharungi dugaan yang cukup hebat ini...

Ok, sampai sini saja...jumpa lagi!

Wednesday, August 13, 2014

Salam Lebaran 2014

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Masih dalam mood raya lagi ke? hari ni dah masuk 17 Syawal....aci lagi tak kalau nak ucap Selamat Hari Raya ? heheh.....itulah bila kita sibuk, cepat je rasa masa ni berlalu....(sibuk la sangat kannn.....:P) 
Sekejap je dah 17 Syawal.......dok tangguh2 nak buat entry raya, hari ni barulah berkesempatan......in Sha Allah....
Tak ada apa sangat nak diceritakan raya tahun ni....lagi pun dah dekat 3 minggu lepas raya ni, dah banyak idea2 yang dulu mencurah2 nak cerita kat blog dah habis hilang entah ke mana.....huhu...

Cuma nak share sikit pengalaman raya tahun ni yang paling tak dapat dilupakan iaitu................ JEM!!! Bukan jem biasa2 tau....ni jem yang superpower sangat! huh....bayangkan kami duduk dalam kereta hampir 15 jam!

Tahun ni turn kami beraya di Kedah. Biasanya perjalanan dari Bera, Pahang ke Sungai Petani, Kedah melalui highway PLUS ambil masa dalam 7 ke 8 jam je untuk sampai,tapi balik raya kali ni 15 jam baru sampai! huhhh.....dengan karenah anak2 lagi yang haru-biru kat dalam kereta....yelah, budak2 ni kan kalau dah boring macam 'peel' la yang keluar....tambah mengharukan lagi keadaan bila Aleesya pulak sakit perut sepanjang perjalanan......hadoiii....punyalah susahnya.....nak masuk tandas pun jem......terpaksalah abahnya exit highway, lalu pulak jalan biasa sebab nak cari masjid. Tapi tak semudah itu ye....sebab jalan biasa pun jem jugak! huhuhu....
Itulah kisah kami nak balik raya......bila diingat2 balik...rasa macam serik je....tapi raya tetap raya....terpaksalah tempuh juga cabaran dan rintangan yang ada....cewah...

Okla, kita lupakan dulu kisah sadis nak balik raya tadi tu.....jom tengok gambar raya kami sekeluarga ni.....

Alhamdulillah.....ni lah keluarga kecik kami....he2

Permata hati kakak icha dan adik mueez....

mama dengan kakak yang superdiva.....;) kitaorang 'bestfriend' tau....ahaks...

adik mueez sayang.........

  
kakak icha yang comel ke??

hehe....ni mama yang cool......abah mana? he2...abah kan ambik gambar.....;)


Oklah.....sampai sini dulu....
Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga....
Maaf Zahir dan Batin....
Sampai jumpa lagi!!

Tuesday, July 08, 2014

Buku Origami ~ Seni Melipat Kertas

Assalamualaikum semua......
Tak tahu nak cerita apa hari ni....tapi nak jugak berentry....hehe......so, godek2 gambar dalam album teringat pulak kat buku2 origami yang saya beli masa pameran buku di sekolah hari tu......
Sekolah saya selalu buat pameran buku ni.....tapi biasanya pameran buku2 cina lah.....hihihi....dan selalunya bila ada pameran buku macam ni sayalah orangnya yang selalu dok ulang2 pergi tengok....sampai anak murid pun dah heran macam mana cikgu dia boleh faham bahasa cina.....hehe...sebenarnya tengok gambar je pun....:)
 Kali ni saya beli buku origami pulak.....sebab cari2 buku mengait tak ada.....buku menjahit yang ada pun tak menarik perhatian saya.....jadinya, beli lah buku origami ni.....(nak jugak beli, baru puas hati.....hihi..:)

Yang ni ada diskaun 40%....lepas diskaun dapat lah harga RM42 2 biji ni....oklah kan....buku ni tebal dan kertas dia pun cantik....
Sebelum kita preview apa yang ada kat dalam buku ni, saya nak kongsikan sedikit fakta berkenaan origami ni ye....

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas :

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. 

Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal dari Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.


Ok, sekarang jom kita tengok apa isi kandungan buku ni....






Menarik tak? bagi orang yang minat mesti la menarik sangat kan? saya pun saja suka2 beli buku ni.......nak bagi kat aleesya bagi dia mengembangkan lagi 'bakat' dan 'kreativiti' dia.......hehe.......lepas tu mama jugak lah yang kena kemaskan kertas2 yang bersepah2 tu semua.....huhu....
Okla, sampai sini dulu.....jumpa lagi di lain entry.....
selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.......:))
(##emm, nak masak apa ye hari ni? )

Sunday, July 06, 2014

Resepi bengkang ubi kayu ~ mudah

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua....
Alhamdulillah kita bersua lagi hari ni dalam edisi ahad 6 Julai 2014 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1435....he2...dah macam rancangan tv pulak kan....
Oklah, memandangkan hari ni hari ahad, jadi, apa kata kita letak tepi dulu benang2 kait tu.....kita main masak2 pulak....nak tak?

Resepi yang saya nak share ni sebenarnya cukup mudah tapi jarang2 je kita nak membuatnya..... resepi bengkang ubi kayu.....resepi ni originalnya daripada ibu mertuaku....he2.....dia memang pakar bab2 buat kuih tradisional ni....tanya je nak kuih apa semua boleh buat......bertuah menantu dia ni kan......haha...:))

Oraitttt...........jom tengok macam mana resepinya.....

~Bengkang ubi kayu~

2 cawan ubi kayu yang disagat
1 cawan santan pekat
1 cawan gula (nak manis boleh tambah lagi)
1biji telur
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:
1. Tapis dulu ubi yang telah disagat sampai keluar airnya. Biarkan dulu dalam setengah jam ke...sampai air warna putih tu keluar....
2. Ambil ubi tadi campurkan dengan santan (santan tu tinggalkan sikit untuk letak atas bengkang masa nak membakar nanti), gula, telur, sedikit garam dan pewarna kuning dan kacau.....
Kalau ikut cara mak mertua saya, dia masak dulu bahan2 ni atas dapur bagi masak sikit2, lepas tu baru masuk dalam oven....nanti cepat lah sikit bengkang tu masak....kalau nak masuk oven terus pun takpe...
3. Ok, next, masukkan dalam loyang, bakar pada suhu 180 -200 C (bergantung pada oven masing2 ye...)
4. Ni lagi satu tips, kalau nak bengkang kita nampak cantik dan berkilat2 kerak dia, letakkan sedikit santan kat atas bengkang tu...sikit je, dalam 2,3 sudu letakkan sikit2 kat atas permukaan bengkang tu....
5. Dah masak, sejukkan, dan sedia untuk dihidang......:)

Ni bengkang versi saya ye....saya tak gunakan oven....saya gunakan pemanggang ajaib...sama je kaedahnya...cuma saya rasa guna pemanggang ni lagi cepat masak berbanding guna oven...




Ok, jemput makan ye.....oppss...silap, bulan puasa....he2....jemput masak sendiri untuk berbuka nanti ye.....heeee....;)

Thursday, January 24, 2013

Tuesday, January 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013


bHowb To Photo Greeting bCards New Years 2013 2013 New Yearb Greeting bb How To Free Cards New Years 2013
pic:google
Semoga tahun baru 2013 ini menjadikan diri kita insan yang lebih baik...
Semoga tercapai segala azam dan impian...
Semoga tahun baru 2013 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun2 yang sudah...
Selamat Tahun Baru buat semua...:)

Tuesday, December 25, 2012

Introduce...our little prince...:)

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah.....syukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan anda semua di alam maya ni...^_^.....setelah hampir 2 bulan saya menyepi (menyepi bersebab ni..)....he2..

Tengok tajuk kat atas tu rasa2nya dah tahu saya pergi ke mana kan...
Ya, saya dah pun selamat melahirkan anak yang ke-2 pada 14/11/2012 (hari rabu).....baby boy dengan berat 3.5kg tepat jam 3.15 pagi...lebih kurang je angka tu kan...hi2...putera kami ni  diberi nama Afifin Mueez..maksudnya yang mengetahui dan dilindungi......aminnnnn.
Inilah putera kami, Afifin Mueez...
gambar ni baru je beberapa jam lepas lahir...

Yang menariknya, tarikh lahir baby Mueez ni betul2 pada tarikh EDD, 14/11/12...saya dah bersedia awal, ingatkan lebih kurang macam kakaknya dulu, lahir awal 2 minggu....tapi nampaknya adik Mueez ni suka duduk kat dalam perut mama lama2....hehe...;)
Saya bersalin di Hospital Temerloh. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan nurse2 & doktor2 kat sana semuanya baik2 belaka serta layanan yang diberi pun sangat memuaskan....terima kasih banyak2 pada semua yang terlibat ye....(cewah...macam menang award pulak...ahaks..;)

Pengalaman bersalin? rasanya tak payah citer lah ye....sebab dah banyak dah blog2 dan mummy2 yang cerita pengalaman bersalin diaorang....tapi, percayalah....pengalaman nilah yang paling indah bagi seorang wanita walaupun sakitnya tak terkata.......betul tak? :))

Ok, nak tengok lagi tak gambar baby Mueez?

yang ni umur lebih kurang 2 minggu...
yang ni cukup2 sebulan...pipi dah mula tembam...hihi
 yang terkini...adik Mueez dah botak... lepas majlis cukur dan akikah kat rumah MIL...
haa...yang ni, model tetap saya, kakak aleesya, posing dengan adik Mueez...;)

Hari ni umur adik Mueez dah 42 hari....insyaAllah 2 hari lagi habislah pantang saya 44 hari......yeayyy!!! amboih2...seronoknya dia...he2...dan yang laaaaagi best, cuti bersalin saya tak habis lagi tau...lepas cuti tahun baru cina nanti baru saya kembali ke sekolah...harap2 sempatlah nak siapkan mana2 projek mengait yang tertangguh dulu2...dan juga nak mencapai angan2 yang macam2 ada kat dalam kepala ni....nak buat itu, nak buat ini...heheh...;)

Oklah, sampai sini dulu....kalau ada masa ataupun projek baru nanti saya update lagi ye...babai semua...:D

Monday, October 08, 2012

Good Luck...


Good luck to all my PMR's students....wish you all the  best...:)

Saturday, February 04, 2012

Salam Maulidur Rasul

Sempena Maulidur Rasul esok, saya rasa elok lah kiranya saya nak berkongsi dengan pembaca2 blog sekalian tentang kelebihan sekiranya kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.......

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
  1. Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
  2. Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
  3. Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”
  4. Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W....moga kita termasuk dalam golongan orang2 yang mendapat keredhaan dan keberkatanNya di dunia dan di akhirat.....aminnnnn...

"Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam..."

Tuesday, January 10, 2012

Periuk Padang Besar Part 2

Orait.....bersua lagi kita dalam kisah bersiri " Periuk Padang Besar Part 2"...heheh...ni sebenarnya sambungan daripada kisah periuk yang semalam tu...kalau anda tak baca lagi, sila klik SINI ye....
Dipendekkan cerita, pencarian periuk idaman saya tu akhirnya berbaloi bila saya berjaya membawa pulang 3 bijik periuk cap buaya besarrrrrrr punya!
Ni lah dia haa..........

Orang tua2 panggil ni periuk 3 beradik....yang bongsu tu diameternya 28cm, yang tengah 30cm dan yang sulung 32cm...;)
saje saya pilih yang ada telinga macam ni, senang sikit nak angkat...fuhh...puas hati dapat beli periuk saiz gedabak macam ni...bolehlah kita buat makan2 nanti ye.....hehe..(yelah tu....) kalau tak pun, simpan jelah dulu...nanti2 nak guna senang, kan....orang kata periuk cap buaya ni tersangatlah tahan lama...buktinya, periuk mak saya kat kampung tu, dah lebih 30 tahun pun masih ok.....:)
Mesti ada yang tertanya2 berapalah agaknya harga periuk gedabak saya ni....berpatutan sangat harganya ye puan2, cuma RM75 untuk 3 biji! haa, best tak? hihi....suka.........:))

Dalam kesuntukkan masa yang ada, sempat jugak saya capai talam yang tradisional sangat ni......mak2 kita semua mesti ada talam macam ni kan....
yang ni pun murah jugak, RM10 je satu.....

My MIL pun tak kurang hebatnya bab2 shoping ni....dalam pada dok bagi cadangan dan saranan kat saya nak beli periuk apa, sempat juga dia beli satu set periuk saiz kecik hingga ke saiz sederhana (5 beradik kot...) dan satu tong air yang ada paip cap zebra yang selalu orang guna time kenduri tuuu....tapi sayangnya tak sempat nak snap gambar............:(
ehem, ehem.... yang paling bestnya pulak bila MIL hadiahkan kat saya satu daripada periuk 5 beradik yang dia beli tu.......heee:D
hehe...comel tak? tapi yang ni bukan cap buaya...cap apa ntah...siam punya...
 dan inilah hasil tangkapan saya di Padang Besar hari tu....

Oklah....nampaknya tu saja lah yang saya nak citer dengan anda semua hari ni....so, kalau ada sape2 yang terasa nak shoping periuk belanga tu, memang saya rekemenkan beli lah di Padang Besar ni sebab harganya yang murah dan banyak pilihan.....tapi rasanya kat Rantau Panjang ataupun Pengkalan Kubor pun best jugak kan? sapa ada pengalaman....jom lah share....:))

Monday, January 09, 2012

Periuk Padang Besar Part 1

Sedar tak sedar hari ni dah 9/1/12....sekejap je kan...rasanya baru je lagi saya buat entry tahun baru hari tu...heheh...lepas saya buat entry topi ala dato' siti hari tu, adalah beberapa orang nak order, tapi saya minta maaf banyak2 ye, saya terpaksa tolak walaupun rasa macam tak sampai hati je nak menghampakan permintaan orang..tapi nak buat macam mana, keputusan muktamad dah pun diambil...dan saya nak umumkan sekali lagi di sini bahawa saya:
"Tidak lagi mengambil sebarang order untuk apa jua bentuk samada crochet, felt ataupun menjahit..."

Semua hasil kait yang saya tunjukkan kat blog ni selepas penngumuman ni dibuat sebenarnya adalah order2 lama yang tak sempat saya siapkan tahun lepas ataupun dalam erti kata lain, order2 yang terbengkalai...huhu...harap semua faham ye...

Actually, bukan ini yang nak saya ceritakan sebenarnya...topik asalnya, saya nak cerita pasal 3 bijik periuk yang saya beli kat Padang Besar masa cuti sekolah baru2 ni!

Cuti panjang baru2 ni, saya balik ke kampung suami di Kedah. Lebih kurang 2 minggu kat sana so, sempatlah berjalan2 ke Padang Besar....ni bukan first time saya pergi, dah 2nd time ke 3rd time ntah...tak ingat....hehe...tapi pergi yang dulu2 tu tak terfikir pulak nak beli periuk.....haha
Perjalanan dari Teloi Timur (kampung suami) ke Padang Besar tu lebih kurang 2 jam je...tapi sebab kami bertolak dari rumah dah agak lewat, so sampai kat sana dah hampir2 pukul 4...
Ni pemandangan di sepanjang ladang tebu yang terbesar di Malaysia kot....cantik sangat panorama kat sini... dah dekat2 nak sampai dah ni...
yang ni pulak mr driver yang sangat sporting....mmuahhh!! 

 Ni pandangan bazar dari luar, gelap sikit sebab hujan....

Bazar ataupun kedai2 kat Padang Besar ni tutup dalam pukul 7, tapi pukul 6 lebih tu peniaga dah mula mengemas2 apa yang patut....so, kalau sampai petang macam kitaorang ni, tak banyak sangatlah masa yang ada nak round2 semua....
Ini pulak keadaan sebelah dalam bazar....bangunan 2 tingkat dengan beraneka jenis kedai. Tapi yang paling banyak, kedai2 baju lah....selain daripada kedai kasut, handbag, asesori wanita, kedai mainan, kraftangan dan baaaaayakkk lagi....hihi...:)
Dan inilah dia kedai yang saya cari2....kedai periuk! yeehaaa....:D
tuuu dia....macam2 ada....pilih...pilih....
Masa dah suntuk, masuk satu kedai je terus pilih nak periuk yang mana...lagipun dalam kepala ni saya dah aim nak beli periuk cap buaya...yelah setelah beberapa lama saya buat research di internet ni, hasilnya cap boye lah yang paling berkualiti dan tahan lama....hee...;)
Wah...serius nampak dua2 orang ni....he2...bersama MIL membincangkan isu2 periuk yang terkini...:)
Akhirnya dapat jugaklah saya beli periuk idaman hati...nak tahu periuk macam mana saya beli? tunggu dulu ye...jom kita cuci mata tengok kedai apa lagi yang sempat saya terjah....
Kedai kerongsang...macam2 design terkini....huh, berpinar mata tengok! @_@
Dress budak kat sini pun cantik2 sangat...kebanyakannya semua berjenama....tapi jenama siamlah....haha...tak kisahlah, yang penting kain dia nampak kualiti dan harga pun sangat2 berbaloi!

Jalan-jalan, masuk kedai keluar kedai, tengok jam dah dekat pukul 7. Terpaksalah bergerak untuk balik...alaa, tak sempat nak masuk semua kedai...takpelah, nanti kita pergi lagi, kan abah?? hehe...

Ok, nampaknya entry saya kali ni dah pun sampai ke penghujungnya...opps, lupa la nak tunjuk gambar periuk yang saya beli tu! nantilah saya share dengan anda semua  dalam entry yang seterusnya ye..." Periuk Padang Besar Part 2..." :))
 Lastly, inilah rupa kami bertiga setelah selesai acara shoping2 di Padang Besar....

Mama: ceria, Abah: penat, Aleesya: boring.....;)

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

 Tak sampai 2 jam pun lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2012...apa perasaan anda ye? saya biasa2 je...takde apa2 yg special pun...yang penting nak melangkah ke tahun baru ni mestilah bersama2 dengan semangat dan azam baru! selain dari baju baru dan kasut baru...theee ;)
Walaupun azam baru tu sebenarnya diforward dan diupgrade sikit2 je dari tahun lepas...ahaks...;)

Ok, Selamat Tahun Baru semua!! jumpa lagi tahun depan....:)))

Friday, December 23, 2011

Keputusan muktamad!!

 Hi....selamat pagi semua...semoga semuanya ceria2 hendaknya di hari jumaat yang mulia ni.....:)
 Sebenarnya sebelum keluarkan entry ni saya dah berfikir semasak2nya.........cewah......dan hari ni saya nak share keputusan muktamad yang dah saya buat ni....

Oklah, straight to the point..........mulai hari ini dan saat ini, saya mengambil keputusan untuk 

" Tidak lagi mengambil sebarang order untuk apa jua bentuk samada crochet, felt ataupun menjahit..."

dalam erti kata yang lain, order untuk sebarang item yang ada diblog ini dengan rasminya ditutup sehingga suatu masa yang akan diberitahu nanti.

Ok, harap semuanya jelas ye......
Tapi anda semua janganlah salah faham pulak ye.....bukanlah saya merajuk atau makan hati, jauh sekali nak  melarikan diri ke oversea....huhu
Keputusan yang agak berat ni saya ambil semata2 untuk famili yang tercinta....sebab saya rasakan, sejak saya 'terjebak' dalam dunia crochet online ni, terutamanya sejak saya mula mengambil order (dah tak ingat lah tarikh  bila mula2 ambil order....), masa saya bersama2 keluarga terasa agak terhad, terpaksa korbankan masa2 terluang yang ada untuk siapkan order...memang seronok bila orang memuji puas hati dengan hasil kerja kita, tapi apalah ertinya kalau ada yang makan hati bila saya asyik terperuk je kat sofa hingga lewat malam sambil mengait! :(((

Memang ramai crafter/crocheter di luar sana yang bijak bahagikan masa untuk kerja, untuk siapkan order dan juga untuk keluarga....dan saya sangat2 kagum dengan  mereka! tapi mungkin saya belum ada lagi kepakaran itu agaknya....

Semenjak saya sibuk  menyiapkan order customer, saya rasa ada banyak benda yang saya teringin nak buat, tapi tak termampu nak buat....contohnya?? hehe...saya ni kat dalam kepala ada macam2 benda nak buat, nak menjahit baju sendiri, nak jahit dress aleesya, nak buat gift kat anak sedara, nak buat kek kat Mr abah, nak intai2 deko kat rumah, nak tanam pokok bunga, nak buat itu, nak buat ini.......huhu......tak tercapai dek akalmu rasanya.........:(
Saya ni pulak jenis yang kalau ada order yang tak siap, mulalah rasa bersalah kalau nak buat benda2 lain......(ni pun sebenarnya ada banyak lagi order2 yang pending.....)
  
Setelah berfikir sedalam2 dan semasak2nya, saya rasa tak perlulah saya mengambil order lagi lepas ni.....tapi saya akan terus mengait dan menjahit ye...sebab tu memang hobi dan passion saya sejak dari dulu lagi....tapi hanya untuk diri sendiri dan keluarga jelah ok......:)

Lepas ni janganlah takut2 pulak nak bukak blog saya ni......blog ni masih lagi comel seperti biasa...saya pun akan terus aktif berblog.....hihi...(aktif lah konon...), cumanya, saya tidak lagi mengambil sebarang order dari customer, harap semua faham ok...:))
Opps, sebelum saya lupa, saya nak ucap berbanyak2 terima kasih kepada semua yang telah sudi menjadi customer saya dan menghargai hasil kerja saya selama ini....terima kasih banyak2!! tanpa anda siapalah saya.....kih3

Oklah, dah panjang lebar dah entry ni......keputusan muktamad, tapi dah berjela2 pulak jadinya....
kalau ada sape2 yang nak share experience yang sama dengan saya....silalah ye.....nak juga dengar cerita2 dari orang lain kan.....

Oraitt, saya stop kat sini dulu ye....jumpa lagi!!
Have a nice day!



Wednesday, December 21, 2011

Update peserta Giveaway ~ LATEST ~

Hai semua....apa khabar? harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.....kepada semua yang bergelar pelajar dan guru, tinggal beberapa hari je lagi untuk kita menghabiskan sisa2 cuti yang ada ni...ermm...apsal kalau cuti rasa sekejap je kan? hehe... 
Oklah, kali ni saya dah senaraikan semua nama2 peserta "My Craft Garden 1st Giveaway"....70 penyertaan semuanya.....terima kasih sebab sudi join dan sabar menunggu keputusannya.....:)
InsyaAllah, malam nanti saya akan umumkan pemenangnya ye......TUNGGUUUU!

  1. zie
  2. hana
  3. eRiNsZ
  4. syaz_haegi
  5. CikNin
  6.  Fa'izah [eqin]
  7.  Adik Nor
  8. atieNeo07
  9. kakyong
  10. Hana SweetTwinz
  11. Sidek
  12. Farhana Johari
  13. U-ie
  14. Fadzillah Kamarudin
  15. DuNia KeBaHaGiaaNKu
  16. Joel Leslie
  17. Nida
  18. ♥♥azatiesayang ♥♥
  19. Cik Bunny
  20. ummi_norseha
  21. MamaDaniel
  22. Eyvon
  23. Pink Lavender
  24. Ezzattie
  25. Darling Ninie @ Mama Comel
  26. YANA PINKY
  27. Miss BaNu
  28. afie_saffiya
  29. miss kara
  30. Nur Syahida
  31. Miera Akmalina
  32. pinkyviolet_2822@yahoo.com
  33. KimiChee
  34. IntaNBerliaN
  35. ainaa
  36. Puteri Auni Kamaruzzaman
  37.  AfIqAh sYaZWaNi
  38.  Celio
  39.  asmat90
  40. Golden Rose
  41. atien
  42. syahida
  43. fatin
  44. Lieyana
  45. SeputihSalju
  46. Ummi Iman
  47. Rosh
  48. iza azmilia
  49. fiezahkecik
  50. Qienah
  51. abazilah
  52. nurr f@!sha f@t!h@h
  53.  Ash Kyouhei
  54.  AnaLyana
  55.  DiJAh YOyeN Nye CiTe
  56.  cikpuanhady
  57.  empunya blog
  58. Mama Ishazah
  59. AlamHati
  60. ALVAS-87-CONTEST
  61. fieda
  62. J. Hass
  63. Nor Aishah
  64. ::NureeN::
  65.  CkYnHaShiM
  66.  Zie
  67.  'Ainun Qalbi
  68. DiyanaWr
  69. ana solehah
  70. nurul amirah
p/s: nama2 peserta ni saya xsempat nak buat backlink lagi ye..insyaAllah saya akan update semula nama2 peserta dengan backlinknya sekali. Harap maklum....;)

Sunday, December 18, 2011

Giveaway dah tamat...............

Assalamualaikum semuaaa........
Perhatian!! Giveaway saya dah pun sampai ke penghujungnya semalam....tepat jam 12 tengah malam...tapi saya nak minta maaf banyak2 kepada semua yang sudi join my 1st giveaway ni......disebabkan keterbatasan masa yang teramat sangat....(fuhh...betul ke gaya bahasa ni?) saya tak berkesempatan untuk meng'update' kesemua nama peserta "My Craft Garden 1st giveaway" sepenuhnya.......sori sangat ye....

Sebenarnya selama 2 minggu baru ni saya berada di rumah MIL kat kedah (tengah malam semalam baru balik rumah)
MIL baru balik dari Mekah, so sibuk lah sikit dengan kenduri doa selamatnya, dengan tetamu yang datang menziarahnya, dengan jemputan kendurinya...........so, memang tak sempat nak update blog, tambah2 pulak kat rumah MIL....kan? heheh....

Oklah, kepada semua peserta giveaway seramai 70 orang, (mula2 ingatkan tak ramai yg nak join.....alhamdulillah, bagi saya 70 penyertaan ni adalah jumlah yang cukup membanggakan....:) saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk join giveaway saya ni....:))

nak tahu pemenangnya? jeng...jeng...jeng.........hehe......sabarlah dulu ye...;)

mungkin esok atau lusa saya buat cabutan.....lagipun saya tak habis lagi nak melawat ke blog2 yang join giveaway ni, so, harap bersabar dan nantikan keputusannya nanti ok........:))

Sunday, November 27, 2011

Update peserta Giveaway

picture:google
 Hai semua.....setelah beberapa hari Giveaway saya dilancarkan, so hari ni saya nak update nama2 peserta yang secara rasminya dah join giveaway saya ni :
  1. Zie -http://crochetkakngah.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  2. Hana - http://kinkiutside.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  3. ErinsZ - http://ehemsz.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  4. Syaz_haegi - http://syalynaaj95.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  5. CikNin - http://ciknin78.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  6. Faizah(eqin) -  http://lavenderpoisonivy.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  7. Adik Nor - http://adiknor.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  8. Atiene007 -  http://atieneo07.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  9.  Kakyong - http://www.kakyong.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  10. Hana SweetTwinz - http://sweettwinz.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  11. Sidek - http://www.facebook.com/profile.php?id=100000473497706
Terima kasih banyak2 pada semua peserta yang sudi join! sebenarnya masih banyak lagi masa untuk anda sama2 memeriahkan my 1st giveaway ni.....tarikh tutup pada 17 Disember 2011. So, kepada sape2 yang nak turut serta bolehlah klik kat SINI ye....:))

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.....
Semoga hijrah ini akan menjadikan diri kita insan yang lebih baik....
InsyaAllah.....:)





Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Saturday, November 26, 2011

Gila mengait

Entry kali ni saya tujukan khas untuk anda yang suka sangat mengait a.k.a gila mengait...hehe....saya? rasanya saya belum sampai tahap 'gila' lagi kalau nak dibandingkan dengan gambar2 yang saya google ni...jom tengok!

hehe...ada berani? tak makan tak minum lah rasanya kalau nak balut semua benda macam ni...:))
yang ni pulak stesen minyak yang dah macam muzium mengait pulak saya tengok....hihi
haa...kalau macam ni agak2 pernah nampak tak kat Malaysia? kalau nak kereta anda jadi perhatian, cubalah buat macam ni ye.........
"Emm, abang.........agak2 kalau kita kaitkan sarung macam ni kat kereta gen2 abang tu, cute tak?" hahaha.........:D

Mr abah cakap jangan nak memandai2........balut tayar macam ni pun dia tak sanggup! huhu.....

tengok bas ni........ceria je kan....warna-warni.....
ni pulak, doily bentuk ketam ke....ketam bentuk doily? huh.....konfius...konfius.....
Apapun...semua ni menunjukkan kreativiti masing2 kan....terpulang lah pada anda nak kait apa pun, yang penting  kita HAPPY! 
tapi dalam2 dok gila mengait tu janganlah sampai terkait diri sendiri pulak ye.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
macam ni......
hehehehe.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews