Showing posts with label keychain. Show all posts
Showing posts with label keychain. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Keychain nama untuk Amira

 Selamat pagi semua....semoga semuanya ceria2 belaka...dan pastinya ramai yang tak sabar2 dan berdebar2 nak menanti perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki Cup, Malaysia vs Indonesia malam ni kan? terutamanya Mr. Abah aleesya tu..hehe.. so,sama2 lah kita doakan kejayaan skuad negara kita ye...cewah, dah macam pengacara Arena pulak...;)
Ok, hari ni saya nak update sikit  keychain2 felt yang ditempah oleh Amira. Dia minta saya buatkan 5 keychain yang ada nama2 macam kat dalam gambar tu...satu untuk mama, satu untuk papa dan yang lain2 tu mungkin untuk adik2nya..dan saya tambahkan satu free gift handphone charm yang bentuk love tu...ok, tq amira!harap2 amira gembira dengan keychain2 ni ye....:)

Thursday, November 04, 2010

Keychain untuk Mimiey

Yey!!saya suka sangat hari ni..hari esok..hari lusa..hari tulat..eh, hari apa lepas tu ye?sape2 tahu tolong angkat tangan! hahah...takde, sebenarnya hari2 yang disebutkan tadi tu, adalah hari CUTI!!! (kecuali hari ni...) sempena Deepavali...so, Happy Deepavali  kepada semua yang beragama hindu..namaste...eceh..

Ok, kali ni saya nak tunjukkan keychain tempahan mimiey, satu untuk dia dan satu lagi untuk her beloved husband...wah..romantic couple ni...hehe..so, huruf A dan R tu permulaan untuk nama mereka berdua lah..


Semoga mimiey dan suami bertambah ceria dengan kehadiran sepasang cahayamata keychain love ni...he2

Tuesday, November 02, 2010

Crochet headband + keychain aiskrim

 Tengok jam sekarang...dah dekat pukul 10.30 mlm. Baru je stat nak buat entry ni...kali ni nak update pulak tempahan headband dari kak yati untuk anak sedaranya...
kak yati request nak kaler pink+putih..dan inilah hasilnya...
Selain dari headband, kak yati minta saya buatkan keychain aiskrim ni sekali...
Sebenarnya ada lagi satu tempahan kak yati yang  tak berjaya lagi saya siapkan...kerchief ataupun skaf yang macam saya buat kat sini. Sabar ye...masih lagi  in progress...;) kesabaran anda amatlah dihargai...he2

Ok, stop sini dulu..nak siapkan lagi mana2 kerja yang perlu dibereskan...aleesya baru je tido ni, so bolehlah mamaleesya membereskan kerja tanpa 'bantuan' aleesya yang rajin tu...:))

Friday, October 29, 2010

Keychain L.O.V.E

Salam semua....
Hari ni saya nak update sikit lah keychain2 felt yang dah saya siapkan minggu ni...tempahan budak2 sekolah...kali ni diaorang nak keychain bentuk love dan ada huruf nama masing2...layan jelah..tapi ada satu terselit keychain aiskrim macam yang saya dah buat dulu..tengok sini dan sini.Oklah tak nak citer banyak2,lets enjoy the pictures..:)

Sunday, October 24, 2010

keychain felt lagi

Happy SUNDAY everyone...
Seronoknya hari ahad....yes, i love sunday! hihi...eh, hari isnin pun saya suka jugak tau...tapi isnin 25 Oktober sahaja, sebab esok orang2 pahang dapat cuti.. sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang hari ni...(jangan jeles ye...)...dah beberapa hari tak keluarkan entry baru ni..bukan apa, saya sekarang ni tengah sibuk menyiapkan tempahan crochet dari kawan2 dan customer...alhamdulillah, orang dah bagi kepercayaan kat kita kan...so kenalah buat yang yang terbaik untuk diaorang..(cewah..motivasi di pagi ahad...;)
Oklah, sementara nak tunggu projek2 mengait saya tu siap, apakata kita tengok dulu felt keychain yang berjaya saya siapkan minggu lepas dan dah pun sampai ke tangan empunya...
ni bahagian belakang, rupa sebelah depan, tengok gambar kat atas tu..
yang ni pun sama, sebelah depan
ni bahagian belakang

yang ni pulak anak penyu...hihi

Wednesday, October 13, 2010

Aiskrim.......emm,yummy!!

Hai..nak tanya ni, siapa tak suka makan aiskrim angkat tangan!! Haa, sebab entry kali ni hanya untuk orang yang suka makan aiskrim je...hehe...taklah, gurau je...sebenarnya aiskrim kat atas ni adalah tempahan dari customer kecik saya..(budak2 yang tempah ni...) Sorang nak aiskrim yang ada perisa warna-warni, yang sorang lagi nak aiskrim berperisa coklat..dan akhirnya, inilah hasilnya...emm,yummy!!

Tuesday, October 05, 2010

Keychain for loving couple ;-)


Lepas saya siapkan keychain yang semalam tu,ada pulak la customer yang berminat dengan kerja tangan saya ni...tapi dia minta saya buatkan 2 keychain yang sama, yelah..satu untuk dia, dan satu lagi untuk ehem..ehem....girlfren dia lah...heheh.Keychain ni memang saya buatkan sama je dua2.Tengok tajuk kat atas tu, kan keychain untuk loving couple...mestilah sehati sejiwa kan?Oklah,harap customer saya ni happy dengan keychain ni ye...:))

Sunday, October 03, 2010

Cupcake dan love u...

Apa kaitan cupcake dan love u?hehe..takde apa2 kaitan pun...dah tak ada idea nak letak tajuk apa...
Petang tadi, tiba2 angin nak jahit felt datang bertiup sepoi2 bahasa....so, saya pun menyelongkar la balik kain2 felt yang saya beli dulu2..banyak jugak koleksi kain felt saya ni rupanya ye...dah lama saya tak jahit felt. Rindu pulak rasa..haha......dan inilah hasilnya, 2 keychain yang simple je. Cupcake tu saya punya dan yang love u mestilah abah aleesya yang punya!! hihi....Oklah, sampai sini dulu ye...sekejap lagi saya nak siap2 untuk ke jamuan raya kat sekolah ni......


Tuesday, May 04, 2010

Happy Birthday Abah...

"Hepi besday to you..hepi besday to you..hepi besday to abah...hepi besday to you.."

Hari ni 04.05.10.So genaplah umur abah Aleesya 30 tahun (heheh...dah tua rupanya abah Aleesya ni..;)
Dan untuk meraikan besday abah yang spesel ni,mama dengan gembiranya telah mempersembahkan satu menu yang spesel untuk abah..
bukan pizza...
bukan kfc...
bukan lamb chop...
TAPI....

Mi Goreng Mama + Air teh O ais laici

Malam ni Aleesya tido awal...so boleh la kami menikmati makan malam yang indah ni dengan tenang..hehe
Dan semalam,saya dengan jayanya juga telah menyiapkan satu keychain untuk dihadiahkan pada abah.Nak tengok? Jom...
Ni la dia,keychain felt bentuk jersi Kedah sebab abah ni peminat tegar hijaukuning.com.Harap2 abah gembira la dengan keychain ni ye...

Oklah,semoga abah Aleesya sentiasa ceria,gembira dan bahagia selalu disamping mama dan Aleesya...we love u so much!

Sunday, January 10, 2010

Keychain Hello Kitty

Anda nak tahu tak?Saya ni kan,sebenarnya minat sangat2 kat Hello Kitty!Big fan la kiranya ni..hehe.tapi saje malas nak show of sangat.So, disebabkan minat yang mendalam terhadap Hello Kitty ni (ceh,ayat skema..), saya pun buatlah keychain bentuk kepala Hello Kitty ni. Cute tak?Nak buat badan n baju skali macam susah pulak..so buat kepala jelah...jom tengok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews