Friday, December 25, 2009

From jeans to skirt

Biasanya seluar jeans kita yang dah lama ataupun yang dah lusuh,kita akan simpan saja kan?Ataupun dermakan saja pada sape2 yang nak..tapi sebenarnya,banyak yang kita boleh buat dengan material jeans ni.Bila saya tengok hasil kerja Liyana dari Terompah Surau,saya kagum sangat dengan kreativiti Liyana ni.Macam2 yang dia hasilkan dari seluar jeans.Beg,sarung handphone,pencil case,kotak cenderahati dan macam2 lagi.Saya pun teringin la juga nak buat something daripada kain jeans ni.Tapi saya tak ada seluar jeans yang nak dikorbankan.Camna ek?haa...cari la kat bundle!
Kebetulan hari sabtu lepas,saya ke pasar malam kat Paya Pulai.Yeeha! saya berjaya membeli 2 helai seluar jeans terpakai dengan harga yang saaangat murah! (saya beli saiz yang paling besar, baru banyak sikit projek boleh buat..)
Dan inilah hasilnya seluar jeans yang dah saya kerjakan tu...

Saya buat skirt untuk Aleesya.Nak tengok Aleesya pakai?Emm,sorilah,model tak ada mood la hari ni.Nanti hari lain la saya uploadkan gambar skirt ni bersama modelnya sekali.

p/s: untuk De & Koktang,projek untuk wokme
nanti ye,coming soon!


2 comments:

  1. cantik la skirt ni. tak nampak macam dibuat dari jeans dari bundle pun. cantik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews