Showing posts with label handphone case. Show all posts
Showing posts with label handphone case. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Handphone case dan baby bonnet

Assalamualaikum w.b.t......

Lama betul rasanya saya menyepi dari  berblog ni....ada lagi ke orang yang sudi baca coretan saya ni ye? Takpe lah...sendiri tulis sendiri baca, boleh? hahaha.....:)
Alasan klise lama menyepikan diri?? sibuk dengan urusan rumah tangga.....heheh....
Sebenarnya sejak adik Mueez dah mula lasak ni memang saya kurang sikit lah nak melayan hobi2 saya macam dulu2...yelah, asyik melayan si kecik je kan...tak sempat dah nak pegang jarum lama2, dah tak boleh nak mengadap laptop lama2....nak potong kain? emm...lagi lah jauh panggang dari api........huhu.....kakak yang besar pun lebih kurang je dengan adik...kalau datang angin puting beliung dia, emmm...abis hilang segala mood mama nak buat macam2...

ni lah dia cinta hati intan payung bucuk2 saya.....heee.. ;)

Tapi dalam pada tu berjaya jugak lah saya menyelit buat projek kecil-kecilan macam handphone case ni ha...
Cute tak? hehe....nak tahu tak untuk siapa handphone case ni? handphone case ni adalah request daripada tok nek aleesya & mueez (nenek suami)....haa...kelasss kan....


tu bukan telefon tok nek ye...hihi....gambar sekadar hiasan je...;)

Ada lagi satu ni saya kait baby bonnet untuk cikgu sekolah....saya tak pernah pun buat baby bonnet sebelum ni....saje nak try benda baru. Kebetulan pulak kawan saya ni request nak topi yang ada tali kat depan...so, rasa2nya oklah tu kot.....

 tak ada model gigurl...terpaksa guna khidmat si monkey yang cute ni...he2

suka pulak saya tengok baby bonnet ni, nampak vintage je kan...:)) (eh, perasan ke?)

Cukup lah rasanya setakat ni dulu....sekurang-kurangnya ber"update" lah jugak blog saya hari ni kan? hihi....sampai jumpa lagi...selamat berhujung minggu buat semua! :))

Sunday, June 19, 2011

Handphone case for my sis...

Huh...saya kini dilanda penyakit M (malas) ditambah lagi dengan penyakit P (penat)....malas nak update blog dan juga penat menyiapkan kerja2 sekolah...ye, kerja sekolah.....haa, ingat budak2 je ke ada kerja sekolah?ermm, cikgu pun ada juga tau...cuti 2 minggu budak2 merdeka sebab baru lepas exam....cikgu2 pulak bertungkus-lumus menanda kertas...(walaupun sebenarnya menanda kertas 2 hari sebelum buka sekolah..huhu..)
And now, semuanya dah setel....legaaa...
Harap2 penyakit M saya tu cepat2 lah sembuh.....sebab banyak lagi order2 customer yang tengah pending ni...ada yang tinggal nak kemaskan benang2 lebih je lagi...tapi, kalau anda nak tahu, part nilah yang paling saya malas.....tak tahulah kenapa, bila sampai je part nak susup2 benang yang lebih tu...ada jelah penyakit M ni datang...haih, tak elok untuk kesihatan nih....:-\
Ok, dah lah dengar saya mengomel...jom kita tengok handphone case yang saya kaitkan untuk kakak saya ni.... dia tak suka bunga2, so saya just letakkan sekor ladybird bertemankan selai daun...siapp....;)
 Nak tahu tak? handphone case ni mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan! haha...sempoi macam ni pun ambik masa 5 bulan ke?....bukan sebab susah sangat nak buat, tapi sebab tangguh2 punya pasal...sori la cik puan Rohani ye...hehe...



Thursday, April 01, 2010

Handphone case Asilah

Handphone case ni adalah order dari seorang customer,namanya Asilah (ex-student hubby saya). So kombinasi warna yang ceria ni pun atas permintaannya sendiri.Teknik yang saya gunakan adalah dc,hdc dan sc.Dan untuk menceriakan lagi handphone case ni saya jahitkan felt flower dan button....harap2 Asilah sukalah dengan hasilnya ni.....

p/s: ada yang berminat ke?he2..boleh la email saya ye... :-)

Saturday, January 23, 2010

Crochet handphone case with love

Akhirnya berjaya juga mamaleesya menghasilkan projeknya yang terkini setelah tiga empat hari menyepikan diri...yeyeh! Projek saya yang terkini ni adalah handpone case crochet yang saya hiaskan dengan felt love.Amacam, ok tak? Bolehlah kan..(jawab sendiri jelah). Nak buat projek jahit2 tak ada masa.Ditambah pulak dengan asisstant saya ni yang terover rajinnyer....semua benda dia nak main, opss..nak tolong. So,saya gantikan mood menjahit tu dengan mengait! Mengait ni sambil2 tengok tv pun boleh.Aleesya pun tak berapa nak kacau sangat kalau saya mengait.Dia pun boring kot tengok saya dok mengadap benang dengan jarum kait tu jer...

Sebenarnya plan asal saya nak buat handphone case kaler purple semua.Tup2, benang tak cukup.terpaksa la sambung dengan benang pink.Lepas tu terpikir plak nak letak felt love tu sebab nak bagi balance kaler pink yang kat bahagian atas tu.Dan hasilnya,seperti yang anda tengok tu la...

Oklah,saya pun dah ngantuk ni.Esok sekolah ganti pulak (ganti untuk raya cina..).Tapi sekolah saya buat program merentas desa.So,tak ada la kelas esok..dan saya akan bertugas di bahagian hakim penamat.Ok, puan hakim nak tido dah ni.Gudnite my fren!ZZzzzzzzzz..............Ni handphone hubby yang lama.Tumpang letak je ni,untuk photoshoot (mahunya dia nak letak handphone dia dalam sarung love2 ni.kaler pink plak tu....)

Friday, January 01, 2010

Recycle your jeans - Part I

Yes!Recycle your jeans...
Handphone case yang dibuat daripada seluar jeans ni saya nak hadiahkan pada adik saya (nama manja dia kalau dalam famili ;koktang) yang sedang berkursus di Kuantan. Dia yang request saya minta buatkan something untuk dia.Cari2 idea, akhirnya nilah hasilnya...saya ni sebenarnya takut nak jahit benda2 yang berzip ni..(zippersphobia:-P hehe..).tapi try jugaklah..sebab tu saya tak snap gambar sebelah dalam(comot sangat!)

(saya gunakan lebihan kain jeans yang saya jahit skirt Aleesya dulu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews