Showing posts with label home decor. Show all posts
Showing posts with label home decor. Show all posts

Sunday, September 04, 2016

Susun atur baju kurung

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca blog semua.....

Harap semuanya sihat-sihat dan bahagia sentiasa di samping keluarga....
Selalu share hasil kait dan jahit je kan....so, kali ni rasa nak share pasal susun atur pulak lah...
Dah lama pendam hasrat nak cerita pasal susun atur ni, tapi biasalah blogger tenggelam timbul macam ni lah kan...kejap ada kejap takde....:p

Untuk anda di luar sana yang bekerja, macam mana anda susun baju-baju kerja ye? Terutamanya cikgu2 macam kami ni...koleksi baju kurung memang lah banyakkk....kadang2 yang banyak2 tu bukannya semua pakai...tapi simpan jelah kan...tak tahu nak buat apa...

Selama ni saya simpan semua baju2 kurung saya dalam almari je...tapi setelah beberapa kejadian penyangkut dalam almari tu roboh.....huhuhu...terpaksalah mencari alternatif penyimpanan yang lebih efisien...

Sejak saya join Kelab Dekorasi Ikea Malaysia, memang teruja sangat tengok deko rumah orang semuanya lawa2...dan dari situ lah saya dapat idea nak simpan baju stail open wardrobe macam ni....ecewah....

Penyangkut baju yang warna putih tu namanya Mulig, harga rm19.90 je satu...beli kat mana? of course la kat ikea kan......heheh...saya buat dua level, yang tinggi sikit untuk letak jubah2 dan satu lagi letak baju kurung...
Mulig ni kita kena drill ke dinding ye puan-puan...barulah kukuh....harap2 boleh lah bertahan lama guna cara ni..nak simpan dan nak pilih baju pun senang. Cuma kelemahannya cepat berabuk kat atas tu...so, kena lah rajin lap2 habuk kat atas tu ye..



Para yang hitam kat atas tu pun ikea jugak...nama apa ntah...lack kot...lupa dah yang tu....harga dalam rm39.90 macam tu...tak tahu nak letak apa atas tu..letak barang hiasan jelah sikit2....poster tu beli kat romantika, kotak biru tu daiso, pokok rumput dengan jam putih tu ikea.....
Deko seadanya je...banyak2 nanti nampak serabut pulak...nak bersihkan pun malas susah...:))

Ok..harapnya anda dapat lah sikit2 idea dari perkongsian saya ni...lain kali kita cerita sudut yang lain pulak ye...heheh...bila lah boleh share sudut yang lain tu agaknya ye...sebab sudut2 yang lain dah ada interior designer tak bertauliah yang kerjanya hari2 "menyusun atur" semua barang2 kat dalam rumah ni...:p hihi....

Sampai sini dulu....selamat mendeko buat anda semua! :))

Saturday, August 23, 2014

Susun atur tudung bawal

Hi semua....

Hari ni nak sembang2 sikit pasal susun atur....susun atur tu apa ye? haaa...susun atur tu ialah macam mana kita nak simpan barang2 tak kiralah dari sebesar2 alam hinggalah ke sekecil2 benda yang ada kat rumah kita tu supaya semuanya tersusun mengikut jenis ke, mengikut kaler ke...tak kisah la kan....janji hasilnya nanti kemas dan sedap mata memandang....dan yang paling penting memudahkan kita untuk akses barang2 tu bila diperlukan...

Susun atur yang saya nak kongsikan hari ni adalah susun atur tudung bawal saya yang dah lama sangat tersimpan kat dalam laci bawah almari kat dalam bilik tu.....huh...sejak wujudnya tudung2 berawning pelbagai fesyen ni dah tak kuasa nak pakai tudung2 bawal tu semua...tapi sekarang trend tudung bawal dah mula popular semula kan? tapi cara pakai pun dah macam2....bawal kedut lah, bawal pakai macam shawl lah, bawal awning pun ada....

Ok, berbalik kita pada cerita susunatur tadi ye, disebabkan ada sedikit kerajinan dalam diri saya minggu lepas, tiba-tiba je rasa macam nak kemas tudung bawal pulak.....so buka laci bawah tu, keluarkan semua tudung yang ada.....lepas tu terkejut....uihh!! banyaknya tudung-tudung bawal saya rupanya! haha....lepas tu mulakan operasi....kena cepat ni...sebelum encik suami balik, sebab nanti dia dua kali ganda terkejut dari saya bila tengok tudung yang bertimbun-timbun ni! huhu...

  Timbunan ni sebenarnya terdiri daripada tudung bawal, shawl dolu2 dan juga syria yang dah lama tak usik....;)

Saya lipat tudung bawal ni jadi segiempat sama lepas tu susun secara menegak....lepas tu buat dia punya divider guna kertas kotak je.....

Dah siap jadilah macam ni....ok tak? bagi saya susun macam ni senang nak ambil dan senang nak pilih kaler....Bila dah lipat elok2, siap ada space lagi kat tepi tu untuk saya menambah lagi koleksi tudung! wakakaka....shawl dan inner neck (yang soft awning) pun saya susun macam ni jugak....

Emm...bahagianya rasa bila dah siap kemas macam ni.....harap2 bertahan lah kekemasan ni sampai bila2, sebab saya sorang je pun yang buka laci bawah ni kan....:)
Jom kita imbas sekali lagi sebelum dan selepas kejadian kemas-mengemas ni ye....

SEBELUM
main sumbat je semuanya.....ish...ish....teruk betul lah....

SELEPAS
taraaaa......sukanya dah kemas!

Ok, harap anda dapat mengambil iktibar idea dari entry saya hari ni ye....hehe....
Semoga jumpa lagi, selamat berhujung minggu dan selamat mengemas rumah! :))

Sunday, January 20, 2013

Tutorial: Crochet jar cover

 Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua....
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua macam mana caranya nak kait jar cover ataupun sarung botol. Kepada yang dah expert tu rasanya senang sangat nak buat jar cover ni kan...tapi kepada yang baru2 nak belajar mengait tu bolehlah dijadikan panduan ye...
Nak kait jar cover ni tak ambil masa yang lama pun..rasa2nya kalau straight je mengaitnya, dalam sejam atau dua jam dah boleh siap kot..tapi saya ni mengait sekejap, pergi masak pulak kat dapur, jap2 lagi kang adik Mueez pulak nak menyusu....kait benda simple pun sampai ke malam baru siap...he2..

Ok, mula2 sekali bahan2 yang perlu ada untuk buat jar cover ni adalah;
1. Benang kait ~ saya guna benang lebih2 je..sebab memang tujuannya nak menghabiskan benang lebih tu semua...
2. Botol kaca ~ saya guna botol prego, nak guna botol apa2 pun boleh, yang penting isi kat dalamnya abiskan dulu ye...he2
3. Jarum kait ~ yang sesuai dengan saiz benang
4. Pemotong benang atau gunting
5. Kesungguhan atau minat untuk mengait ~ yang ni penting ye, kalau tak, tak jadi nanti....ngeh..ngeh..ngeh..;)

Langkah seterusnya, kita kait dulu tapak botol tu...
Foundation : ch4, join with sl st in first st to make a ring 
Round 1:  ch2, 9 hdc in ring, join to ch2 space at beginning of round with a
sl st. (9 sts)
Round 2:  ch2, 2 hdc in each stitch around, join to ch2 space at beginning of
round with a sl st. (18 sts)
Round 3: ch2, *2 hdc in first st, 1hdc in next st* repeat from * around, join
to ch2 space with a sl st. (27 sts)
Round 4: ch2, *2 hdc in first st, 1 hdc in next 2 sts* repeat from * around,
join to ch2 space with a sl st. (36 sts)

Kalau botol yang anda guna tu besar, sila tambah lagi row tu dengan menambah bilangan stitch di tempat yang ada simbol * tu...... alah, macam basic kalau kita nak kait topi tu.....faham kan? kalau tak faham angkat tangan ye...he2
Untuk row2  your boat yang seterusnya :  ch2, hdc around, join to first st with a sl st

Ulang sebanyak mana yang anda suka sehinggalah mencapai ketinggian botol yang kita guna tu...ok?
Dan inilah rupa jar cover yang dah siap...nampak macam baby cocoon pulak kan...he2...saya guna benang2 lebih, sebab tu warnanya jadi tak sekata macam kek lapis..;)
Botol yang dah siap pakai baju ni boleh lah kita gunakan untuk letak pensel ke, jarum kait ke..apa2 jelah...nak letak garam ke, gula pun boleh, tapi kena jaga elok2 lah...nanti terkena minyak ke apa2 tertumpah kat dapur tu kotor pulak kan...

Ok, dah abis....selamat mencuba ye!

Monday, February 20, 2012

Black Pepper Grinder

Assalamualaikum semua....kembali bersiaran di pagi isnin yang cukup indah.....hehe....yelah tu indah...pagi tadi dah la lambat pergi sekolah....oppss...lambat sikit je...ngam2 la dengan bunyi loceng kat sekolah tuu......huhu....biasalah pagi isnin memang macam tu kan? kan?

Oklah, memandangkan sekarang ni saya ada 'sedikit' lebihan waktu, so saya rasa adalah lebih baik kiranya saya memanfaatkan waktu yang ada ni untuk buat entry baru....heee....;)

Tak adalah penting sangat pun, just nak share dengan anda semua satu kitchen tool yang dah lama saya impi2kan.......kalau tengok rancangan masak2 kat tv, saya memang suka tengok chef2 tu guna benda alah ni.....macam comel + klasik je......hihi.....

Benda ni namanya "Black Pepper Grinder".....hihi....seronok sangat! dah lama  cari benda ni sebenarnya....bukannya sebab terdesak sangat nak guna, tapi sebab nak benda ni ada kat dapur! hahaha......ataupun dalam erti kata lain, buka keperluan, tapi kehendak.....;)

Nak tahu tak saya beli kat mana ni? kat Star Mall Pacific yang baru buka kat Mentakab tu........alaa...kalau orang2 dekat sini mesti tahu kan, kompleks membeli-belah yang terbesar di Pahang Tengah! huh........macam best je.....(sebenarnya biasa2 je...)

Harganya pulak, masa saya beli ni ada diskaun 15%....haruslah kan....sebab masa saya pergi ni, dia tengah buat promosi pembukaan....so, dapatlah harga RM29.90....murah ke? tak tahulah murah ke tak harga ni, sebab sebelum ni saya tak pernah nampak pun pepper grinder ni di mana2....

Sekarang ni kan, bila tengok je benda ni ada kat dapur, macam lengkap je dapur comel saya tu.....bila try pusing2 benda ni rasa macam ala2 chef la pulak.....hahaha....jakun sungguh saya .....:D


Monday, December 14, 2009

Toaster cover la pulak...

Semalam saya buat toaster cover plak.Kain yang saya guna untuk buat table cloth tu ada la lebih sikit2.Bila tengok2 balik,rasanya macam cukup untuk buat sarung toaster saya ni.Malam tadi sebelum tido sempatlah juga saya jahit toaster cover ni.Renda pun ada lebih juga,saya jahit jelah keliling sebelah atas tu.Manfaatkan apa yang ada...So, terhasillah toaster cover yang sepasang dengan table cloth...hihi:-)

Sunday, December 13, 2009

English roses table cloth

Wah..seronoknya dah berjaya siapkan table cloth ni!Ini semua kerja keras malam tadi la ni...Kain untuk buat table cloth ni saya beli kat Nagoya dengan harga RM7 satu meter.Corak english roses.Kalau anda nak tahu,saya ni memang suka sangat dengan corak2 yang macam ni (bukan setakat suka tapi fanatik..).Saya beli 2meter.So cukuplah untuk meja makan yang ada 6 seater ni.Table cloth yang saya buat ni cukup simple.Hanya tambahkan renda saja dan jahit di sekeliling kain tu.Siap...Ok,jomla tengok hasil kerja saya yang terbaru ni..(ish,tak sabar plak nak wat candle light dinner ni..hehe)

Monday, November 23, 2009

Bunga-bunga cinta

Hehe..jiwang tak tajuk kali ni? Sebenarnya saya nak citer pasal gubahan bunga.Selain daripada menjahit manik kat baju, saya ni suka juga menggubah bunga(walaupun main hentam jer..) Saya memang suka tengok gubahan2 bunga yang kat kedai tu.Kadang2 teringin juga nak cuba buat sendiri.So,nilah bunga-bunga yang saya gubah tu.Walaupun tak cantik sangat,tapi puas tengok hasil kerja sendiri.Betul tak?

Saturday, November 14, 2009

Pemegang periuk

Lepas beli mesin jahit tu,saya dah tak sabar-sabar lagi nak hasilkan sesuatu.So, terhasil lah pemegang periuk tampal cantum ni.Saya gunakan kain-kain perca lebihan yang saya jahit selimut dulu tu.Sambil-sambil nak test mesin jahit baru,saya buatlah pemegang periuk ni.Lagipun projek ni simple dan senang je nak buat.Okay,tengoklah hasil pertama saya selepas dh ada mesin jahit.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews