Showing posts with label headband. Show all posts
Showing posts with label headband. Show all posts

Sunday, May 22, 2016

Topi dan headband kait

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua....
Semalam dah cerita pasal beg, hari ni nak cerita pasal topi dan headband kait pulak....

 
Topi dan headband ni tempahan dari kak yati....cikgu sekolah saya...khas untuk anaknya Adeeba...kak yati ni memang suka pada barangan kait macam ni...dah macam2 kak yati pernah tempah dulu...he2...


Semoga kak yati puas hati dengan tempahan kali ni.....

Ok jom kita sarapan dulu......:)

Saturday, November 12, 2011

Purple booties & headband with small rose

Selamat petang semua dan selamat bersantai di hujung minggu....saya tak boleh nak bersantai2 sangat hari ni, sebab saya kena pergi sekolah!huuu....hari  ni sekolah ganti (ganti hari selasa untuk cuti raya haji...)
takpelah, pergi sekolah pun, aman tenteram je sekolah hari ni, almaklumlah, hari sabtu....budak2 pun dah abih exam...so,masing2 buat cuti sendiri lah...
Ni ada lagi satu order raya puasa yang saya belum share lagi dengan anda semua...(haih...tak abih2 lagi dengan entry terperap saya ni...;)
Order dari Azlina, cikgu sekolah saya untuk second babynya, Nur farhah adila. Sebelum ni azlina dah pernah order crochet kerchief untuk anaknya yang sulung, tengok sini..so, kali ni order untuk adik pulak. Satu set headband dan booties kaler dark purple dengan hiasan bunga ros kaler pink....
ini booties....

ini headband....
dan yang ni kedua2nya, booties dan headband...hi2

Dan yang kat bawah ni pulak tuan punya stuffs yang kat atas ni............ cik nur farhah adila.....tadaaaa.....
Sayangnya gambar ni dia tak pakai booties dan headband purple tu....takpelah, anda bayangkan jelah sendiri ye macam mana baby comel ni pakai, boleh?.....heheh.....ok,tq Na!

Monday, August 08, 2011

Crochet headband for adult

 Heheh....bersua lagi kita di edisi entry sesudah sahur.....;)
Kali ni saya betul2 nak citer pasal headband yang saya buat untuk kak mai ni...bukan macam semalam....tiba2 je lari tajuk....haha
Headband ni sebenarnya dah lama ditempah oleh kak mai, tapi lambat sikit baru dapat share dengan anda semua...ni semua atas faktor2 yang saya ceritakan semalam tu lah.....huh
Biasanya saya buatkan headband untuk budak2 dan baby sahaja.....tapi kali ni kak mai minta saya buatkan untuknya headband saiz dewasa....tak ada masalah, cuma panjangkan sikit headband tu dan yang lain2 sama je macam budak2 punya.....ok,thanks kak mai! tak boleh nak tulis banyak2, sebab jap lagi nak siap2 nak pergi sekolah ye...hari ni isnin.....ahhh! mal*snya rasa....:-| {monday blues}

Thursday, June 09, 2011

Ruffles hat untuk adik dan kakak

Hi.......kembali bersiaran.........;)
Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni saya nak tunjukkan projek2 mengait saya yang tertangguh untuk di'entry'kan..yelah,sebelum cuti sekolah hari tu saya agak sibuk dan kelam-kabut sikit dengan budak2 sekolah tengah exam, nak packing barang2 untuk bercuti dan balik kampung lagi......so, ada beberapa order customer yang dah siap tapi tak sempat nak publish.....
Dan salah satunya adalah order dari kak niza ni, sepasang ruffles hat untuk adik dan kakak..dan juga headband...
nanti bolehlah kakak dan adik melaram dgn topi sedondon ni...

Dan yang ni pulak headband untuk si adik, flower headband dan bow headband...
Oklah, that's all for today....next time saya share lagi hasil kerjatangan mamaleesya yang lain pulak ye...:)

Saturday, April 30, 2011

Cute baby booties

 Jarang2 je tengok mamaleesya keluarkan produk baby booties ni kan?(produk la konon2...kih2..;)
Selalunya asyik buat beanie dan headband je...so kali ni bolehlah tengok baby booties yang julung2 kali dihasilkan ni...cewah...ini adalah tempahan my cousin, kak ida..untuk super cute baby aimi!
Booties ni saya tak ikut mana2 pattern pun, main hentam kromo je...hanya berpandukan pada gambar yang dihantar oleh kak ida....so, sudah pastilah ada senget-benget disana -sini...almaklumlah pattern sendiri kan...hehe..
gabungan kaler krim dan coklat, ditambah dgn sepasang rama2...cute tak?..(^_^)
yg ni pulak sepasang dgn headband...satu kaler je, simple....
Ok,that's all.....sebenarnya hari ni saya tengah bersiap2 nak balik ke kampung ni...minggu ni cuti 3 hari, sempena hari pekerja..so, kepada semua pekerja2 di Malaysia, HAPPY LABOUR DAY! see u guys...babai.....:)

Wednesday, March 23, 2011

Crochet baby beanie and headband


Apa khabar semua?semoga semuanya ceria2 selalu...tak macam blog saya ni...kesian...terabai dan diabai oleh tuannya...hehe...tak adalah..saaaayannng blog mamaleesya ni...ahaks ;)
Oklah, ini yang terbaru dari saya ye...tempahan kak niza untuk baby girlnya yang baru masuk 3 bulan kalau tak silap saya lah...
Pattern beanie ni sama sebijik macam yang pernah saya buat untuk aleesya dulu..nak tengok, klik sini ye...headband ni pun saya dah pernah buat untuk tempahan customer sebelum ni...orait, jom kita tengok.. 

~ tiba-tiba hati saya berbunga2 lah malam ni...kenapa ye?hihi...tak tahulah...;) ~

Wednesday, February 09, 2011

Hot pink crochet headband

Shoping jarum sudah, shoping benang pun sudah...so, now it's time to show my latest work! Hot pink crochet headband tempahan azreen. Ini second order dari azreen sebenarnya.Sebelum ni dia pernah order tissue box cover dengan saya, juga kaler pink....ermm, i like! hihi...:) InsyaAllah, esok saya akak poskan headband ni kepada azreen...




Friday, December 17, 2010

Crochet baby beanie dan headband

 Saya kini dah pun berada di rumah ku yang terchenta!!:))...setelah menghabiskan 2minggu cuti sekolah di kampung En.Suami di Kedah. So, sisa2 cuti sekolah yang ada ini akan dihabiskan dengan penuh bermanfaat di rumahku syurgaku ini...hahah...
Tengok jam jap.....hah?? dah pukul 12.15 pagi bersamaan dengan 17/12/2010. Baru je nak buat entry ni...nak tahu tak kenapa lewat sangat mood nak berentry ni datang? Haa..sebabnya siang tadi keadaan saya lebih kurang macam ni..
image from here
Aduhai...seksanya...dengan hidung yang berair, muka rasa panas semacam je, badan tak larat...mungkin sebab perubahan cuaca dari utara ke pantai timur kot...hehe..(boleh ke gitu?) Tapi sekarang dah ok sikit...setelah terpaksa menelan ubat! huhu..
Oklah, jom kita kembali kepada tajuk asal kita, crochet baby beanie dan headband. Kali ni tempahan dari Kak Malin. Cikgu a.k.a akak yang baik sangat dengan saya masa di sekolah lama saya dulu. Kak Malin baru je menimang cahaya mata yang kedua, baby girl, so, dia tempah 2 baby headband dengan saya, dan beanie tu pulak sebagai gift dari saya untuk baby kak malin yang comel tu...;)
Alhamdulillah, headband dan beanie ni dah pun sampai kepada tuan empunya minggu lepas..dan kak malin ada bagitau kat saya yang babynya tak kisah pun diletakkan apa kat atas kepala dia...ermm...syok lah mak dia nak menghias ye...hehe
Oklah, tak mau tido lewat2 sangat...banyak lagi projek yang nak disiapkan esok ni, eh, hari ni lah,lupa dah pagi..gudnite! nak tido dah ni...(^_^)

Wednesday, November 24, 2010

Crochet Headband

Hari ni nak citer pasal headband2 yang berjaya saya siapkan sebelum cuti sekolah haritu...tak sempat nak buat entry dulu sebab masa tu tengah sibuk dengan kerja2 sekolah dan sibuk nak balik kampung!hehe...
Inilah headband2 yang dah selamat sampai ke tangan tuan masing2..semuanya cikgu sekolah saya, lin,shila,zuraini dan azlina...dan semuanya tempahan untuk anak sedara masing2...untung jadi anak2 sedara diaorang ni kan...:D

Tuesday, November 23, 2010

Dress dan headband untuk kenduri

Hi...selamat bertemu kembali....setelah lama saya menghilangkan diri, beraya di kampung....raya sakan la wei  dah cuti sekolah nii....:D
Dan entry ni pun sepatutnya saya buat sebelum cuti hari raya haji lagi...sebab dress dan headband yang ditempah oleh kak Asiah ni untuk dipakai pada hari kenduri adiknya Hashimah pada 14/11/2010...tapi biasalah ke'busy'an yang melanda...
Ok,jom kita citer pasal dress dan headband ni pulak...tempahan kali ni untuk 2 orang gugirl, sorang umur 3 tahun dan sorang lagi umur 1tahun lebih..tapi badan dua2 ni lebih kurang je, so tak banyak beza la saiz dress diorang ni..cuma yang  bezanya, satu ada tangan dan satu lagi sleeveless...ni atas permintaan mak masing2...:)
Yang ni  three tiered dress menggunakan kain pua kumbu dari sarawak
Dan yang ni circle dress guna kain satin,tapi tak berapa nak circle la saya tengok..huhu
Sebenarnya dah lama saya tak jahit dress, yelah asik dok mengait je...so,rasa macam keras pulak tangan bila nak menjahit dress2 ni...haha
Untuk nampak sweet lagi di hari kenduri, gugirl 2 orang ni akan dipakaikan pulak dengan headband yang sedondon.....
Alhamdulillah, kenduri ni pun dah selesai, dah selamat semuanya..(dress dan headband ni pun dah selamat digayakan..ahaks.;) tapi sayangnya saya tak dapat pergi sebab aleesya demam+selsema waktu tu...apapun terima kasih banyak2 kak Asiah kerana sudi menempah dengan saya....terlebih terkurang harap dimaafkan....dan "SELAMAT HARI RAYA IDULADHA" untuk semua umat Islam...(eh,boleh ucap lagi ke ni?;)

Monday, November 08, 2010

Pink headband for pink lover

Kali ni saya buatkan headband untuk peminat2 pink sahaja....suka tau kait benda2 pink ni...macam terapi minda pulak....heheh...
Tempahan kali ni datangnya daripada cikgu sekolah saya na..ni dah second order.First order dia kat SINI. Na minta saya buatkan headband untuk anak sedaranya.Headband yang kecik sikit tu, yang tu saiz baby...manakala yang bunga besar tu order dari kawan lama saya masa kecik2 dulu, eRiNsZ.. dia ni memang peminat pink yang setia...hihi...kalau tak percaya boleh klik kat link yang saya bagi tu...;)
Ok,jom kita layan pinky2 headbands untuk hari ni...
Ok,nak sambung mengait lagi ni...hari ni saya cuti deepavali lagi tau...(raya sakan wooo...;)
So, nak pulun siapkan tempahan ni...ok,babai..see you! :)

Tuesday, November 02, 2010

Crochet headband + keychain aiskrim

 Tengok jam sekarang...dah dekat pukul 10.30 mlm. Baru je stat nak buat entry ni...kali ni nak update pulak tempahan headband dari kak yati untuk anak sedaranya...
kak yati request nak kaler pink+putih..dan inilah hasilnya...
Selain dari headband, kak yati minta saya buatkan keychain aiskrim ni sekali...
Sebenarnya ada lagi satu tempahan kak yati yang  tak berjaya lagi saya siapkan...kerchief ataupun skaf yang macam saya buat kat sini. Sabar ye...masih lagi  in progress...;) kesabaran anda amatlah dihargai...he2

Ok, stop sini dulu..nak siapkan lagi mana2 kerja yang perlu dibereskan...aleesya baru je tido ni, so bolehlah mamaleesya membereskan kerja tanpa 'bantuan' aleesya yang rajin tu...:))

Sunday, October 31, 2010

My W.I.P

Apa khabar semua?Semoga semua ceria di hari minggu yang indah ni...terutamanya penyokong2 setia Red Warriors yang berjaya menjulang Piala Malaysia malam tadi...hehe...saya berkecuali ye...kelate bukan, nogori sembilan pun bukan...saje, kena la ambik tahu sikit2 perkembangan sukan kat negara kita ni kan....
 Hari  ni tak ada projek baru pun, just nak share dengan anda semua sebahagian daripada aktiviti w.i.p saya ni...sekarang ni tengah sibuk nak menyiapkan headband2 tempahan customer. Ada yang ditempah oleh cikgu2 sekolah, kawan lama, saudara-mara dan jugak customer2 yang lain. Sebenarnya saya sekarang cukup risau nak menyiapkan tempahan2 ni semua. Yelah, sekolah cuma tinggal 2 minggu je lagi. Kalau boleh sebelum cuti ni saya nak bereskan semua tempahan cikgu2 sekolah saya ni..tambahan pulak, hujung2 sekolah ni, kerja kat sekolah pun dah bertimbun2. Dengan nak marking papernya, buku rekod pelajar, fail peribadi...macam2 lagi lah..so,saya harap sangat2 customer2 yang saya sayangi sekalian dapat bersabar dan memahami situasi saya sekarang ye...huhu

Tak sabar rasanya nak tunggu cuti sekolah..boleh la saya tumpu sepenuhnya kat aktiviti mengait dan menjahit saya ni....;)

Wednesday, October 27, 2010

Crocheted scarf and headband

 Hai semua...ok, ni dia skaf dan headband tempahan kak za (cikgu sekolah saya..) untuk anak sedaranya..dah laaaama kak za menunggu tempahannya ni..akhirnya siap jugak, dan dah pun selamat sampai ke tangan tuannya...skaf ataupun kerchief tu saya guna benang yang aduhai....sangatlah halusnya...lebih halus daripada benang yang pernah saya guna untuk kait skaf afrina dulu....itu yang lambat sikit baru siap...
skaf ni saya gunakan benang jenama wina,halus sesangat,tapi hasilnya skaf ni jadi lembut je..

headband ni saiz untuk 2 tahun,saja tambah daun selai bagi berseri sikit..

Oklah, tak sah rasanya kalau takde gambar model yang menggayakan assessori2 kat atas ni kan?
Ok,tq model mama...semoga kak za gembira dengan tempahan skaf dan headband ni ye...babai semua!

Thursday, October 07, 2010

Headband for little girl

 Headband untuk budak perempuan kecik....ya,headband ni saya buat untuk budak perempuan yang berumur 4 tahun, kerana ianya adalah tempahan dari lin,cikgu sekolah saya. Headband ni dia nak hadiahkan kepada anak saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur. Disebabkan lin dah nak balik ke KL esok, so, saya dengan gagahnya menyiapkan juga headband ni. Dan inilah hasilnya...
 Dan ini pulak, aksi model kecik menggayakan headband ni...aleesya pinjam jap ye...
Ok pulak mood aleesya malam ni..biasanya suruh pakai sekejap pun tak nak...

Thursday, September 02, 2010

Skaf dan headband raya untuk Afrina

Semalam saya berjaya menyiapkan kerchief ataupun skaf  yang ditempah oleh Azlina, cikgu sekolah saya untuk anaknya Afrina.Benang yang saya gunakan untuk buat skaf ni,sebenarnya sama dengan yang saya buatkan untuk Kak Anita dulu.Cuba tengok sini.Bila Azlina tengok skaf yang saya buatkan untuk anak Kak Anita tu,terus dia berminat nak order jugak.Dan dia nak kaler benang yang sama jugak.Yang bezanya,saya tambahkan 3 kuntum bunga dan 2 helai daun kat atas tu...bagi nampak berseri sikit..yelah,skaf ni untuk dipakai di hari raya nanti....Lagi satu tempahan Azlina,ni dia...headband putih berbunga pink..
Harap2 baby Afrina sukalah dengan kerjatangan auntie mamaleesya ni ye..:)

Sunday, August 01, 2010

Cik Putih dan Cik Purple

Headband lagi....kali ni saya buat 2 headband.Yang putih bersih tu tempahan dari kak Anita,dan yang sweet purple tu tempahan dari saya sendiri.hiks..
Lepas saya siapkan headband untuk kak Anita,terasa macam nak buat untuk Aleesya pulak...punyalah excited nak siapkan...kait..kait..kait.. siap! Tapi malangnya, bila nak try kat Aleesya pakai,dia langsung tak mahu!huhu...sedih mama....penat je kait tau! tapi takpe,mama akan terus berusaha sampailah Aleesya nak pakai...boleh gitu...haha
Oklah, jap lagi saya nak siapkan baju kurung Aleesya yang dah separuh jalan tu...(untuk raya...:)
To all viewers, happy SUNDAY! yeah!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews