My Giveaway

Hai...apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan, bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami semalam, saya akan melancarkan satu giveaway istimewa kepada semua peminat pembaca blog "My Craft Garden" dan juga kepada semua customer yang saya sayangi.....
Selain daripada meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 semalam, giveaway ni juga sebenarnya adalah sempena perubahan nama blog saya dari Mamaleesya@home kepada My Craft Garden....kenapa saya tukar nama dan url blog saya? boleh rujuk kat SINI ye....
So, saya amat berharap agar anda dan giveaway ni dapat membantu saya dalam penjenamaan semula blog My Craft Garden........oraitt, nak tahu syarat2nya, tengok kat bawah ni:
  1. Mesti ada blog sendiri atau facebook
  2. Buat satu entry ringkas bertajuk "My Craft Garden 1st Giveaway" dan copy banner giveaway kat atas tu and then link kan ke entry ni ...kalau tak ada blog, war-war kan sahaja tentang giveaway ni di wall FB anda dan kalau boleh tag lah beberapa orang besfren anda ye...
  3. Sila tinggalkan komen beserta dengan email anda supaya senang saya nak hubungi kalau terpilih sebagai pemenang nanti...
  4.  Kena follow ke? hehe...tak kisah, terpulang lah nak follow ke tak....(kalau nak, follow lah seikhlas hati ye...:)
  5. Opps...untuk yang tinggal di Malaysia sahaja ye....( senang nak pos hadiah nanti...;)
  6. Tarikh tutup giveaway adalah pada 17 Disember 2011 tepat jam 12.00 tengah malam...
Syarat2 dah settle....ok, jom kita citer hadiahnya pulak....
Oleh kerana blog saya ni lebih kepada citer2 pasal mengait, so, hadiahnya pun berkaitan dengan barang2 yang dikait jugak lah........
Ni lah antara hadiah2 yang ditawarkan....
2 orang pemenang bertuah akan dipilih secara random ok...dan pemenang yang bertuah boleh memilih salah satu hadiah dari 3 gambar di atas....dan yang bestnya, pemenang boleh pilih sendiri gabungan warna yang disukai! saya akan kaitkan hadiah yang dipilih khas untuk anda......nanti dulu! ada lagi.....kalau pemenang tersebut adalah salah seorang daripada follower saya, dia akan mendapat satu lagi hadiah misteri

Ok, best tak? kalau best, cepat2 lah join dan ajak kawan2 anda sekali ye.....:D
Giveaway ni akan dilancarkan selama sebulan bermula dari tarikh ulangtahun kami 17 November 2011 sehinggalah 17 Disember 2011.....saje bagi masa lebih sikit, hehe.....dan saya akan updatekan nama2 peserta dari masa ke semasa.....

Ok, sampai sini dulu, jumpa lagi di lain masa!
Babai!! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews