Sunday, November 27, 2011

Update peserta Giveaway

picture:google
 Hai semua.....setelah beberapa hari Giveaway saya dilancarkan, so hari ni saya nak update nama2 peserta yang secara rasminya dah join giveaway saya ni :
  1. Zie -http://crochetkakngah.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  2. Hana - http://kinkiutside.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  3. ErinsZ - http://ehemsz.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  4. Syaz_haegi - http://syalynaaj95.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  5. CikNin - http://ciknin78.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  6. Faizah(eqin) -  http://lavenderpoisonivy.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  7. Adik Nor - http://adiknor.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  8. Atiene007 -  http://atieneo07.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  9.  Kakyong - http://www.kakyong.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  10. Hana SweetTwinz - http://sweettwinz.blogspot.com/2011/11/my-craft-garden-1st-giveaway.html
  11. Sidek - http://www.facebook.com/profile.php?id=100000473497706
Terima kasih banyak2 pada semua peserta yang sudi join! sebenarnya masih banyak lagi masa untuk anda sama2 memeriahkan my 1st giveaway ni.....tarikh tutup pada 17 Disember 2011. So, kepada sape2 yang nak turut serta bolehlah klik kat SINI ye....:))

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.....
Semoga hijrah ini akan menjadikan diri kita insan yang lebih baik....
InsyaAllah.....:)





Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Saturday, November 26, 2011

Gila mengait

Entry kali ni saya tujukan khas untuk anda yang suka sangat mengait a.k.a gila mengait...hehe....saya? rasanya saya belum sampai tahap 'gila' lagi kalau nak dibandingkan dengan gambar2 yang saya google ni...jom tengok!

hehe...ada berani? tak makan tak minum lah rasanya kalau nak balut semua benda macam ni...:))
yang ni pulak stesen minyak yang dah macam muzium mengait pulak saya tengok....hihi
haa...kalau macam ni agak2 pernah nampak tak kat Malaysia? kalau nak kereta anda jadi perhatian, cubalah buat macam ni ye.........
"Emm, abang.........agak2 kalau kita kaitkan sarung macam ni kat kereta gen2 abang tu, cute tak?" hahaha.........:D

Mr abah cakap jangan nak memandai2........balut tayar macam ni pun dia tak sanggup! huhu.....

tengok bas ni........ceria je kan....warna-warni.....
ni pulak, doily bentuk ketam ke....ketam bentuk doily? huh.....konfius...konfius.....
Apapun...semua ni menunjukkan kreativiti masing2 kan....terpulang lah pada anda nak kait apa pun, yang penting  kita HAPPY! 
tapi dalam2 dok gila mengait tu janganlah sampai terkait diri sendiri pulak ye.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
macam ni......
hehehehe.....

Friday, November 25, 2011

Petua untuk hati

Assalamualaikum....
Apa khabar semua? semoga anda semua sentiasa ceria dan sihat sejahtera hendaknya....2,3 hari ni saya agak menyepikan diri...bukannya apa...sekarang ni saya tengah menyiapkan set baby boy tempahan dari lin yang comel....(hehe...ayat ala2 bodek di situ...;)
InsyaAllah esok boleh siap la semua ni...

Dalam kekusyukkan melayari internet tadi...saya tertarik dengan satu artikel dari iLuvislam ni...yang bertajuk " Petua untuk hati".
Pernah tak suatu ketika anda rasakan yang jiwa anda resah, gelisah, berserabut dan sebagainya...pastinya ada sesuatu masalah yang menyelubungi diri anda saat itu...saya share artikel ni dengan anda, bukanlah bermaksud saya sedang bergundah gulana ye....hihi........sekadar perkongsian ilmu...:) 

Tambahan pula kita sekarang ni dah nak melangkah ke tahun baru, awal Muharram.
So, apa kata kita sama2 bersihkan hati, tenangkan jiwa dan tanamkan azam untuk jadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini....:)
Oraitt, jom kita baca artikel ni sama2....

Petua untuk Hati
www.iLuvislam.com
oleh: kertas_putih


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
- wallahualam -

Tuesday, November 22, 2011

Nak tupperware free?

sekadar gambar hiasan - google
 Wah...bangun pagi ni rasa ceria je....kenapa ye? sebab semalam Malaysia menang pingat emas bolasepak sukan Sea menentang indon.....hehe....aci tak kalau saya nak ceria2 pagi ni? :D
Dan bertambah2 lagi cerianya bila tengah2 blogwalking tadi ternampak satu giveaway dari Shikin, nak bagi tupperware free! heheh...baik hati sungguh shikin ni....saya ni bukan boleh tengok perkataan "tupperware".....terus teruja, tambah pulak ada perkataan "free" pulak kat belakang tu....hoho....terus rasa nak melompat....ahaksss....;) tapi hadiahnya bukan lah gambar kat atas tu ye...yang tu gambar hiasan je...:)

Oraitt,  kalau anda rasa nak join jugak GA ni bolehlah melawat sendiri ke blog cik shikin kat SINI....(tak nak join pun takpe, cerah lah sikit peluang saya untuk menang!....hehe....gurau je shikin ye...)
Tarikh tutup : 30 November 2011

Monday, November 21, 2011

Hatiku berbunga-bunga

Pagi semalam...buka2 je laptop, buka blog...tersengih2 tersenyum2 saya sendirian....lalu hati ini terus berbunga2....kenapa ye? hehe....
Sebenarnya sebab entry saya dikomen oleh seorang crocheter yang saya minati! hehe...kiranya idola saya lah dalam bidang kait-mengait ni...walaupun ramai lagi crocheter yang hebat2 dan famous2 di dunia ni....tapi saya tetap minat dengan dia ni.....nak tahu sape?
Nelia Botelho! blogger dan crocheter dari Portugal, dan blognya pula:
hihi...suka sangat! tapi kalau ada orang kata "laa...ni je ke yang suka sangat sampai berbunga2 tu?".....tak kira, saya tetap juga suka....sebab saya memang suka tengok hasil kerja nelia ni...macam tak puas je bila explore blog dia...semuanya cantik2! dan dia pandai gabungkan kaler2 yang menarik....eh, lupa pulak nak share apa yang dia komen membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga....ni lah komennya:
"Lindos , lindos os seus trabalhos.
As cores escolhidas são fantásticas!
Agradeço a sua visita e dos Açores vai o meu abraço"

Opps...tak paham ye? ehehehe....saya pun tak paham sebenarnya, tapi jangan risau, saya dah minta tolong pakcik google translatekan untuk saya. Ni hasil translate nya ye....

"Cantik, cantik kerja mereka.
Warna-warna yang dipilih adalah hebat!
Terima kasih kerana melawat dan Azores akan memeluk saya"

Haihh....pakcik google ni pun....berterabur je translate....takpelah, janji maksud tu sampai, ye tak? hehe...:))
Ok, nelia, tq so much sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni dan sudi meninggalkan komen....love u! {hugs} 
Sebelum saya nak meneruskan menonton perlawanan bola yang hebat di antara Harimau Malaya Vs Garuda ni....hehe...dah seram sejuk kaki ni berdebar2 tengok bola....(kedudukan sekarang 1-1, pada minit ke 67:53) 
Go....go.... Malaysia!!!

Jom kita menjamu mata dengan hasil kerja nelia yang saaangat cantikkk ni....:))


Saturday, November 19, 2011

Pinky baby hat and booties

Sambil2 mata ni menjeling perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan Sea, Malaysia vs Myanmar....sambil2 tu juga jari2 ni sibuk nak menaip entry terbaru........tiba2....GOL!!!....hehe....gol pertama dari Malaysia!
Ok, sambung balik....kali ni saya nak tunjukkan baby set tempahan dari Ainiyah untuk anak ketiganya, baby alia...
Inilah dia, pinky hat dan pinky booties untuk baby girl....
gabungan pink dan purple....
simple booties....
tq ainiyah untuktempahan kali ni....:)

Yeay!!! Akhirnya Malaysia menang! 1-0, seterusnya melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir nanti! :D (amboih...ayat pun dah macam pengulas sukan...he2)

Ok, setakat ni dulu entry saya kali ni. Sorilah kalau nampak macam tak berapa fokus je ye, sebab saya terpaksa melebihkan fokus pada perlawanan bolasepak kat tv ni...haha.......:))

Friday, November 18, 2011

My Craft Garden 1st Giveaway

Hai...apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan, bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kami semalam, saya akan melancarkan satu giveaway istimewa kepada semua peminat pembaca blog "My Craft Garden" dan juga kepada semua customer yang saya sayangi.....
Selain daripada meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 semalam, giveaway ni juga sebenarnya adalah sempena perubahan nama blog saya dari Mamaleesya@home kepada My Craft Garden....kenapa saya tukar nama dan url blog saya? boleh rujuk kat SINI ye....
So, saya amat berharap agar anda dan giveaway ni dapat membantu saya dalam penjenamaan semula blog My Craft Garden........oraitt, nak tahu syarat2nya, tengok kat bawah ni:
  1. Mesti ada blog sendiri atau facebook
  2. Buat satu entry ringkas bertajuk "My Craft Garden 1st Giveaway" dan copy banner giveaway kat atas tu and then link kan ke entry ni ...kalau tak ada blog, war-war kan sahaja tentang giveaway ni di wall FB anda dan kalau boleh tag lah beberapa orang besfren anda ye...
  3. Sila tinggalkan komen beserta dengan email anda supaya senang saya nak hubungi kalau terpilih sebagai pemenang nanti...
  4.  Kena follow ke? hehe...tak kisah, terpulang lah nak follow ke tak....(kalau nak, follow lah seikhlas hati ye...:)
  5. Opps...untuk yang tinggal di Malaysia sahaja ye....( senang nak pos hadiah nanti...;)
  6. Tarikh tutup giveaway adalah pada 17 Disember 2011 tepat jam 12.00 tengah malam...
Syarat2 dah settle....ok, jom kita citer hadiahnya pulak....
Oleh kerana blog saya ni lebih kepada citer2 pasal mengait, so, hadiahnya pun berkaitan dengan barang2 yang dikait jugak lah........
Ni lah antara hadiah2 yang ditawarkan....
2 orang pemenang bertuah akan dipilih secara random ok...dan pemenang yang bertuah boleh memilih salah satu hadiah dari 3 gambar di atas....dan yang bestnya, pemenang boleh pilih sendiri gabungan warna yang disukai! saya akan kaitkan hadiah yang dipilih khas untuk anda......nanti dulu! ada lagi.....kalau pemenang tersebut adalah salah seorang daripada follower saya, dia akan mendapat satu lagi hadiah misteri

Ok, best tak? kalau best, cepat2 lah join dan ajak kawan2 anda sekali ye.....:D
Giveaway ni akan dilancarkan selama sebulan bermula dari tarikh ulangtahun kami 17 November 2011 sehinggalah 17 Disember 2011.....saje bagi masa lebih sikit, hehe.....dan saya akan updatekan nama2 peserta dari masa ke semasa.....

Ok, sampai sini dulu, jumpa lagi di lain masa!
Babai!! :D

Thursday, November 17, 2011

Our 4th Wedding Anniversary....

gambar dari google
Hari ni 17/11/2011.......ni  tarikh keramat ni....tarikh kami disatukan sebagai suami dan isteri, tarikh kami mula berkongsi suka dan duka.....hehe...feeling la pulak rasa......:)
Hari ni genaplah 4 tahun perkahwinan kami...masih baru sebenarnya....masih lagi nak mengenali hati budi orang kata....he2....walaupun baru, tapi sepanjang 4 tahun kami bersama, inilah saat yang saya rasakan paling indah dalam hidup saya!
Pagi tadi rasa terharu sangat bila my hubby post lagu ni kat wall FB saya....jom kita hayati lagu ni ye.......

Terima kasih sebab sudi menjadi teman hidup saya yang paling setia dan dengan sabarnya melayan kerenah saya....hihi.....terima kasih dan sayang abang selamanya......:))
I love u soooooo much!
Opps, sebelum saya terlupa, sempena anniversary kami yang ke-4 ni, saya nak melancarkan satu giveaway yang istimewa khas untuk anda....tunggu malam nanti ye....:)

Wednesday, November 16, 2011

Kisah benang dan almari baru - Bhg. 2

Waduh...waduh...lewat sungguh telenovela saya bersiaran hari ni...penat lah, hari ni ada meeting, balik lewat sikit tadi...dah balik, duduk2, rehat, tak sempat nak berblog......
Ok,sekarang jom kita sambung citer almari baru yang saya ceritakan semalam tu...jom..jom..jom...
Almari untuk simpan benang dah beli, dah pasang...saya pun apalagi....tersengih lebar lah...hihi...hari tu jugak saya mengumpulkan segala jenis benang2 yang saya ada (kecuali benang jahit... :p) dan membuat spot check di segenap tempat yang saya pernah simpan benang2 tu semua. 

Dan hasilnya.......................heheh...:D
Segan lah nak tunjuk, sebab tak banyak mana pun banding dengan geng YLM kan?
Takpelah, tengok lah kat bawah ni.....

Hehe...ni lah hasilnya bila dah dikumpul segala2 benang yang saya ada. Kebanyakannya benang local je, cuma ada satu rak je yang kat bawah tu benang dari Turki, tapi tak pernah guna pun lagi....sayang lah! he2...
Rak yang atas sekali tu pulak saya selitkan  projek2 yang bertaraf WIP sebab masih ada lagi ruang kosong kat situ.....di sebelahnya tu benang kait yang halus, ada benang poly ,benang minlon....dah lama tak kait guna benang halus tu. Itupun lebih2 saya kait bunga kecik2 dulu.....dan yang selebihnya adalah benang nona....my favourite yarn!
 Haa, kan betul saya cakap benang saya tak banyak......cuba anda tengok betul2...banyak lagi kaler yang tak ada kan? kaler oren, kaler hitam, kaler hijau muda pucuk pisang, kaler putih, kaler apa lagi ye? banyak lah kaler takde kan?kan? hehe........(alasan untuk shoping benang lagi!! hee...;)

Dalam usaha saya nak menambahkan lagi koleksi yarns saya ni, sebagai langkah awal saya telah pun meng'order' benang unicorn dan cotton indon ni dari Juliana Yap...
comel kan benang unicorn kaler putih ni? kalau buat doily mesti cantik ni...

Dan untuk langkah yang seterusnya, saya dah order benang dari Vietnam dengan Misslai Lie yang baru saja pulang dari sana...sepatutnya benang tu dah sampai hari ni, tapi pagi tadi encik posmen datang hantar, tak ada orang kat rumah, so, terpaksalah saya pegi ambik sendiri kat pejabat pos esok...kalau tak, dah boleh show off kat anda semua...takpelah, next time pulak ye.....

Kalau saya order benang banyak2 nanti, agak2 muat lagi ke nak simpan kat almari comel saya tu ye? tak muat kan?heheh...

Mr abah..............jom kita pergi beli almari lagi boleh tak? hahahaha.......(lariiiiiiii...............:D)

Tuesday, November 15, 2011

Kisah benang dan almari baru

Kalau anda seorang crocheter, pastinya benang akan menjadi salah satu kegilaan anda...betul tak?Kalau tak percaya, cuba tanya geng2 mengait di Yarn Lovers Malaysia (YLM)....mesti semua setuju kan? hehe...
Waktu shopping benang ni kan, kadang2 kita macam tak ingat dunia tak sedar je, semua kaler nampak cantik, dan semua kaler rasa nak cuba...dalam kepala ni ligat dok pikir nak buat macam2...konon2nya lah...last2, semuanya jadi UFO....(saya je kot macam tu...ahaks ;)

Dalam kegilaan saya membeli benang2 kait ni, sedar2, saya dah tak cukup tempat rupanya nak simpan koleksi benang2 saya tu semua...ada yang duduk kat dalam kotak, ada yang menyorok kat dalam plastik, terselit kat almari, dalam laci....dan sebagainya.....huh...macamana nak buat ni ye.....
Bila saya join group YLM, dan tengok koleksi crocheter2 yang lain, barulah dapat idea macam mana nak organize benang2 kait saya, selain daripada rasa tercabar bila tengok orang lain punya yarns yang lagi superb!! hahaha...
Saya pun gunakan lah segala skill yang ada untuk memujuk mr. abah pegi beli almari...yoohoo! mr.abah on je.....kami pun dengan pantasnya terus menuju ke kedai Perabot Triang untuk mencari almari benang idaman saya tu...hehe
Setelah selesai sesi memilih, membelek2 dan tawar-menawar, akhirnya dapat jugaklah saya beli dua almari kecik tu dengan harga rm50...hihi...murah tak?(kena ada skill jugak nak dapat  harga macam ni tau.....xD)

Balik rumah, mr. abah bertungkus-lumus la nak pasang 2 bijik almari ni......he2...sayang abah!
Nasib baik lah si kecik tu dah tertido, kalau tak, emm, lagi tension la abah nak siapkan almari tu....nampak tak botol air vitagen kat tepi tu?hehe...tu upah tu....;) sambil pasang almari,  sambil minum vitagen, baru bertenaga!;)
tengok lah betapa seriusnya mr abah kalau tengah kerja......he2...

pasang, pasang, pasang, akhirnya............SIAP! yeay!! nak tengok? tadaaaaa........
 .....
.....
Aikk?? bila pulak si kecik ni bangun?huhu...punyalah susah dan lamanya abah nak siapkan almari ni, sampai si kecik aleesya pun dah bangun dan sempat jadi model lagi....:)
Oklah, dah panjang sangat ni....saya stop sini dulu ye...esok saya sambung lagi. So, kalau anda nak tengok macam mana rupa almari comel ni dipenuhi dengan benang2 kait saya yang  tak seberapa tu, jangan lupa ikuti "Kisah benang dan almari baru" bahagian 2 pulak, esok ye....(dah macam telenovela pulak entry saya kali ni....hihi)
Ok, jumpa lagi!

Sunday, November 13, 2011

Two Lovely Sunhat

 Hi everyone! Happy Sunday!
Di pagi yang ceria ni, jomla kita buat aktiviti yang ceria2 jugak ye....semoga hari cuti kita ni bertambah2 lah ceria hendaknya....hehe

So, saya pun nak tunjukkan kepada anda semua sepasang topi yang comel dan ceria tempahan dari kak aini. Yang ni pun sama jugak, tempahan untuk hari raya puasa tetapi telah ditunda ke hari raya haji....huhu...sori la banyak2 kak aini ye...maaf zahir dan batin....heee...;)
headband ni free gift untuk baby ye....
Alhamdulillah...sepasang topi comel dan headband ni dah pun selamat sampai ke tangan empunya diri....harap2 kedua2 princess kak aini suka dengan topi mereka ni ye...tq so much!

Saturday, November 12, 2011

Purple booties & headband with small rose

Selamat petang semua dan selamat bersantai di hujung minggu....saya tak boleh nak bersantai2 sangat hari ni, sebab saya kena pergi sekolah!huuu....hari  ni sekolah ganti (ganti hari selasa untuk cuti raya haji...)
takpelah, pergi sekolah pun, aman tenteram je sekolah hari ni, almaklumlah, hari sabtu....budak2 pun dah abih exam...so,masing2 buat cuti sendiri lah...
Ni ada lagi satu order raya puasa yang saya belum share lagi dengan anda semua...(haih...tak abih2 lagi dengan entry terperap saya ni...;)
Order dari Azlina, cikgu sekolah saya untuk second babynya, Nur farhah adila. Sebelum ni azlina dah pernah order crochet kerchief untuk anaknya yang sulung, tengok sini..so, kali ni order untuk adik pulak. Satu set headband dan booties kaler dark purple dengan hiasan bunga ros kaler pink....
ini booties....

ini headband....
dan yang ni kedua2nya, booties dan headband...hi2

Dan yang kat bawah ni pulak tuan punya stuffs yang kat atas ni............ cik nur farhah adila.....tadaaaa.....
Sayangnya gambar ni dia tak pakai booties dan headband purple tu....takpelah, anda bayangkan jelah sendiri ye macam mana baby comel ni pakai, boleh?.....heheh.....ok,tq Na!

Thursday, November 10, 2011

Comei Crochet booties

 Malam ni saya nak share satu lagi tempahan sebelum raya puasa dulu....heheh...crochet booties tempahan dari norhafizah...2 pasang booties yang sama kaler dan pattern, sebab norhafizah tempah booties ni satu untuk anaknya dan satu lagi untuk anak kawan dia...
Design booties ni simple je dengan kaler yang natural......harap2 norhafizah gembira dengan tempahan kali ni...tq so much!! walaupun agak terlambat saya ber'entry'...takpelah ye....;)
Oraitt,saya tak ada idea lah nak pot-pet-pot-pet malam ni.....so, i have to stop now....:)
Emmm, agak2 bila saya nk umum a.k.a melancarkan berita gembira untuk semua pembaca2 blog saya ni ye? Sabar ye.....minggu depan la kot....sebab minggu depan ada special day untuk saya....hihihi....:))
babai!gudnite semua!!

Wednesday, November 02, 2011

Newsboy hat and baby sneakers

 Hari ni saya nak share salah satu tempahan yang dah saya siapkan sebelum raya hari tu...bukan raya haji ni, tapi raya pose hari tu punya ye, kawan2......ahaks...punyalah lama tak berblog...banyak tempahan2 lama yang saya tak sempat nak share kat sini...takpelah, better late than never kan?kan?heheh...
Tempahan ni dari Rafahah, member masa kat MRSM dulu...banyak betul kenangan masa tu....seronoknya masa jadi student.....hihi....(tiba2 teringat pulak nostalgia dulu2...;)
Ok,ok...jom kita citer pasal hat & sneakers ni pulak ye...rafahah minta saya buat satu set hat dan sneakers untuk baby boy dengan gabungan kaler biru,merah dan putih...bila dah siap macam ni, nampak macam warna tema jersi Malaysia pulak kan?hehe...okla tu....i love malaysia! :)
 
Walaupun agak lambat sikit sampai kepada rafahah, mungkin poslaju busy sikit masa tu....sebab saya pos dalam minggu akhir sebelum raya...risau jugak, nasib baik lah akhirnya sampai jugak...alhamdulillah....:)

Ok,tq rafahah! and see u guys! :))

Tuesday, November 01, 2011

sWEET pINK bABY SuNHaT

 Hai...kata semangat nak berblog, tp xupdate2 jugak blog....ish..ish...ish...:P
Oklah, hari ni nak update dah...ini yang terbaru la ni ye...tempahan dari zuriani, salah seorang cikgu sekolah saya..comel kan warna pink ni?sebab tu lah saya namakan topi ni sweet pink baby sunhat...
Simple je kan?harap2 zuriani gembira dengan design topi ni ye...
Opps, sebelum terlupa. saya nak maklumkan kepada semua yang saya dah pun menukar nama blog mamaleesya@home  kepada
" ~ My Craft Garden~ "
dan bersempena dengan penukaran nama blog ni, ada sesuatu yang istimewa yang akan berlaku...apa ye? tungggguuuu....;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews