Saturday, January 23, 2010

Kedai 100 yen

Petang semalam saya ajak hubby jalan2 ke Triang.Ingat nak pergi beli buah sikit.Bekalan buah kat rumah ni dah abis...tengah jalan2 ternampak la satu kedai baru kat Triang ni.
"Kedai Serbaneka 100 Yen"
Nampak macam menarik...So kitaorang pun singgah la kejap nak tengok camana kat dalam dia. Rupa2nya kedai ni menjual barangan yang diimport dari Jepun dengan harga 100 yen ataupun kalau duit kita harganya RM4.90.Wah! Seronoknya, semua barang berharga RM4.90 je!

Barang2 dari Jepun ni pulak memang cute2 dan unik sangat. Ada macam2. Dari barangan hiasan rumah,alat tulis,barang2 plastik,makanan dan minuman hinggalah kepada perkakas dapur.Semuanya cute2 belaka.Rasa macam nak borong semua je (nasib baik tak gaji lagi ni..) Saya paling suka bila tengok barang2 dapur.Ada macam2 jenis balang kaca yang cantik2.Ada juga mangkuk seramik dan bekas nasi orang jepun yang bentuk segi empat tu..ada alas buluh untuk gulung sushi,mold yang comel dan banyak lagi lah.Pendek kata,kalau shoping kat Kedai 100 yen ni terasa macam berada kat Jepun pulak (macam la pernah pegi Jepun..haha)

Susunan barang2 dalam kedai ni pun kemas dan teratur.Sedap je mata memandang...yang tak sedapnya, memandang Aleesya yang terlebih excited, berlari keliling kedai...(penat abah dia kena kejar, mama sibuk nak pilih barang..he2)
Dah puas menjamu mata, akhirnya nilah barang2 yang telah berjaya dibeli oleh saya...Dua pasang chopstick.Yang pink tu untuk mama dan yang brown tu untuk abah (bolehlah kami makan megi guna chopstick ni nanti ;-D

Ni pulak alat untuk hancurkan lada hitam tu...(sori tak tahu nama dia apa..)

Dan yang ini selipar jepun untuk saya pakai kat dapur...

Kiranya saya habis dalam 400 yen la untuk beli barang2 ni. Kalau ikutkan banyak lagi nak beli ni, tapi poket masa tak mengizinkan....So, petang tu saya balik dalam keadaan yang penuh keceriaan sebab dah tahu kat mana nak dapatkan barang2 yang cute..kan abah?:-)

10 comments:

  1. wow best tu ada 100yen (pronounced as hyaku en) shop kat situ.. imagine kat sini 100yen shop ni macam cendawan - and Daiso, nanjamura, seria and mcm-2 lagi.. so brg-2 nyer a variasi and covers everything like you said.. kalau i nak balik mesia mmg shopping souvenirs kat 100 yen shop.. :D

    ReplyDelete
  2. oo kat triang ker...thanks for sharing..nanti blehla jenjalan..mmg saya bakal ke sana pon...kat bandar triang tu ajer yer..huhu tak sabar...

    ReplyDelete
  3. hi, do you mean Triang, Pahang?

    ReplyDelete
  4. sue,100 yen shop kt sana mesti lg best kan?kalau i pegi sana tak tau la nk ckp,msti xnk balik..hehe

    Diesha,nk pegi Triang ke?meh la singgah umah kiter..actually takde apa sgt kt Triang ni..tapi kedai 100 yen mmg best...

    Anonymous; yes,Triang,Pahang.

    ReplyDelete
  5. pernah lalu je nih..nnt nk singgah gak lah..cam menarik je..

    ReplyDelete
  6. kdai 100yen mmg best
    rambang mate menengoknye..

    ReplyDelete
  7. hi lia. kedai tu (agaknya) cam daiso kot. kat daiso tu pon brg dia sumer rm5. rambang mata nengoknya.
    anyway, that day lia ada mention kakak lia lwyer. kakak lia tu lwyer which firm? manalah tau kot2 kenal. hehehe.

    ReplyDelete
  8. salam...

    bila terbaca jer rosmalia mohamad di blog oya, cam kenal jer nama ni. so, dgn laju jer tgn terus click nick lia tu...tadaaa..kan betul, kawan u aku dulu rupa nyer...

    hye lia, do you still remember me???

    ReplyDelete
  9. Ija; singgah,jgn tak singgah..

    Mrs Narchotique; yes,saper2 yg suka brg2 yg kiut-miut mmg akan suka kt kdai 00 yen ni..

    Aimila; a'ah,lebih kurang mcm Daiso la kot.tp kdai 100 yen ni kecik je

    ila; mstilah aku ingat kt ko.kwn sepermainan kt U dulu.he..

    ReplyDelete
  10. Salam kak...akak taw x kt triang ni mane nk cari alatan mengait

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews