Thursday, December 31, 2009

H.a.p.P.y N.e.W Y.e.a.R!


Happy New Year semua!
Tinggal beberapa jam je lagi kita akan melangkah ke tahun 2010.Apa azam baru anda?mesti masing2 dah ada azam dan semangat yang berkobar2 nak masuk tahun baru ni kan?Kalau tak pun,forward jelah azam yang tahun lepas tu ke depan...hehe.Nak tahu apa azam baru saya?Ok,kat bawah ni saya dah buat list apa yang saya nak capai tahun depan...
  1. Nak jadi isteri yang SOLEHAH untuk suami tercinta (yang ni bukan azam tahun baru tapi azam sepanjang hayat..insyaAllah..)
  2. Nak jadi mama yang TERBAIK untuk Aleesya sayang
  3. Nak jadi cikgu yang penuh DEDIKASI dan CEMERLANG untuk anak2 muridku..(sekarang pun dah cemerlang dah sebenarnya..haha)
  4. Nak tambah lagi skill dalam bidang jahitan ni dan nak cuba jenis2 kraf yang lain pulak..
Oklah,tak nak la senarai banyak2,nanti tak tercapai di akalmu pulak..
Harap anda semua pun dah ada azam dan semangat yang baru dan sama2 lah kita berusaha untuk mencapainya..

Wednesday, December 30, 2009

Ruffle sleeve dress

Pagi tadi meeting guru kali pertama untuk tahun 2010.Lepas tu sambung terus dengan majlis persaraan pengetua.Pukul 3 lebih baru balik rumah.Esok kena pergi sekolah lagi, untuk pendaftaran pelajar2 tingkatan satu.Tahun ni saya kena jadi guru kelas untuk 1O (1 Optimis) pulak.Emm,nampaknya bermulalah hari2 yang busy untuk mamaleesya..

Tapi semalam sempat juga saya siapkan dress untuk Aleesya.Dress ni saya inspirasikan daripada Sparkle Power.Daripada tutorial ni, ruffles sleeve top tutorial.Saya hanya panjangkan top tu menjadi dress.Sebenarnya agak senang jugak la nak buat dress ni,cuma kita nak kena betul2 adjust ukuran badan tu supaya kedutan getah tu cantik jer...

Saya guna kain cotton yang biasa je ni.Yelah,saya ni bukannya expert sangat.Sekali guna japanese cotton,pastu salah jahit,tak ke rugi...Ok,jom tengok dress yang baru saya siapkan ni.




Tengok betul2,Aleesya pakai kasut crocs baru dia! Tu yang seronok nak posing..okla, kalau anda nak buat juga dress macam ni,boleh lah klik kat tutorial atas tu ye...

Tuesday, December 29, 2009

Aleesya punya,abah punya,mama punya...

Nak tahu tak kami beli apa di uptown?
Taraa...

Kasut crocs ni,Aleesya punya!


Yang ni pulak kasut crocs abah...

Mama punya mana??
.
.
.
.
.
.

Haa, mama tak beli kasut crocs, mama beli blouse bunga2! sukenyer...

Ok,tu jelah yang kitaorang beli kat uptown ni.Selebihnya jalan2,tengok2...Dekat pukul 2.30 am barulah kitaorang balik.Arggh..ngantuknya!

Monday, December 28, 2009

Dapat anak sedara baru

Semalam saya ke Hospital Selayang melawat anak sedara baru.Alhamdulillah,kaklong saya selamat melahirkan bayi perempuan yang comel dengan berat 3.34 kg.Ni adalah anak kaklong yang ketiga.Dan ketiga-tiganya adalah perempuan!hehe..tapi baby ni tak diberi nama lagi.mak
dan abah dia tengah fikir lagi kot..nak tengok gambar baby ke? nanti laa,tengok la gambar model 2 orang ni dulu...
Yang ni gambar mamaleesya dan baby besar tengah bergaya kat depan kereta sebelum bertolak(he2..sempat lagi tu!)abahnya lah yang kena paksa ambik gambar ni.cayang abah!!


haa,yang ni barulah gambar baby,tido jer...umur baru je beberapa jam ni


dan yang ni pulak gambar baby dengan kakak2nya...sarah (yang besar) dan zulaikha(mestilah yang kecik sikit tu..;-)

Dah abis waktu melawat,kami pun balik ke Rawang (rumah kaklong) untuk berehat dan tido.Tapi malam tu kami plan tak nak tido,sebab nak pegi jalan2 ke uptown!Yelah sekali sekala datang ke sini,nak la juga pegi jalan2 menghirup udara kota.Cewah!
So malamnya tu dalam pukul 10.30 kami pun keluar lah nak pegi uptown.Wow,happening sangat2.Nak tau tak kami beli apa kat sana?

Emm,esok jela citer ye?sebab dah ngantuk ni,nak ganti tido yang semalam tak cukup.ok,tunggu sambungan dalam entry yang seterusnya ye..gudnite!


Friday, December 25, 2009

From jeans to skirt

Biasanya seluar jeans kita yang dah lama ataupun yang dah lusuh,kita akan simpan saja kan?Ataupun dermakan saja pada sape2 yang nak..tapi sebenarnya,banyak yang kita boleh buat dengan material jeans ni.Bila saya tengok hasil kerja Liyana dari Terompah Surau,saya kagum sangat dengan kreativiti Liyana ni.Macam2 yang dia hasilkan dari seluar jeans.Beg,sarung handphone,pencil case,kotak cenderahati dan macam2 lagi.Saya pun teringin la juga nak buat something daripada kain jeans ni.Tapi saya tak ada seluar jeans yang nak dikorbankan.Camna ek?haa...cari la kat bundle!
Kebetulan hari sabtu lepas,saya ke pasar malam kat Paya Pulai.Yeeha! saya berjaya membeli 2 helai seluar jeans terpakai dengan harga yang saaangat murah! (saya beli saiz yang paling besar, baru banyak sikit projek boleh buat..)
Dan inilah hasilnya seluar jeans yang dah saya kerjakan tu...

Saya buat skirt untuk Aleesya.Nak tengok Aleesya pakai?Emm,sorilah,model tak ada mood la hari ni.Nanti hari lain la saya uploadkan gambar skirt ni bersama modelnya sekali.

p/s: untuk De & Koktang,projek untuk wokme
nanti ye,coming soon!


Fabric giveaway dari Sew Rectro Chic!

Siapa yang tak nak kain2 yang cantik macam ni..sebab tu lah saya nak join giveaway dari Zura Sew Rectro Chic! 5 jenis kain cotton ni akan diberi sebagai hadiah kepada pemenang yang bertuah.Ish,kalau lah saya menang,macam2 saya nak buat,nak buat patchwork,quilt,sarung bantal,beg,pencil case,dress Aleesya,buat itu,buat ini...eh,eh,ada masa ke ni?;-p

Wednesday, December 23, 2009

Bakul cute

Hai kawan2...cute tak bakul kain ni?haa...nilah projek saya yang terbaru. Saya gunakan perca2 kain yang ada.Guntingkan bentuk square kecik2 untuk jadikan patchwork.Lepas tu,cantumkan semuanya untuk jadikan bentuk bakul macam ni.Emm...nak letak apa ye dalam bakul ni?Rasanya muat kot nak letak benang2 kait saya tu..Sebenarnya,saya ternampak bakul yang cute ni di blog Pink Penguin.Comel sangat! Teringin plak nak buat.Setelah study habis2 tutorial yang diberi,maka saya pun bertungkus-lumus la menyiapkan bakul kecik ni.Sebab nak cepat sangat siap (sebab tak sabar nak tengok bila dah jadi macam mana) so,hasil jahitannya pun tak berapa nak kemas..takpelah, lain kali buat yang baik punya! Kalau anda nak buat juga bakul macam ni,boleh la tengok tutorialnya kat sini ye...

Thursday, December 17, 2009

Nak join giveaway lagi!

Kali ni saya nak join giveaway dari Kak Zila pulak.Saya memang suka sangat baca blog kak Zila ni, Coretan Anak Seni.Ada macam2 benda yang menarik dan menepati jiwa saya.Lagi satu saya kagum sangat dengan ketekunan dan kesungguhan kak Zila dalam dunia seni jahitan kreatif ni.Sebagai syarat untuk join giveaway ni saya dah copy and paste posting dari blog kak Zila.

"salam semua kawan2... aku ada 5 ketul coin pouch suteramas nak giveaway... syaratnyerr senang jeee.... u all kena paste my posting kat blog....akan banyak giveaway nanti bila aku balik dari ganu... shopping kat kraf2 tu... so copy this posting pastu letak comment kat banyak... insyaallah setiap yg buat copy n paste serta comment akan dapat hadiah dari zilakasim.... yg 5 komen pertama akan dapat hadiah kat atas... pastu akan menyusul hadiah yg lain........... nantikan......."

Ok,yang ni pulak hadiah untuk 5 pengkomen yang terawal.Tp rasanya dah ada pemenang yang ni..takpelah harap2 dapatlah hadiah misteri dari kak zila!

Tuesday, December 15, 2009

Jalan-jalan keliling rumah

Petang semalam saya bawa Aleesya jalan2 kat laman rumah.Boring pulak asyik duduk kat dalam rumah je.Suami pulak pagi2 lagi dah keluar ke Kemayan sebab dia dijemput untuk jadi pengadil Pertandingan Sepak takraw Piala Ketua Polis Negeri Pahang (tp my hubby bukan polis ye..)So tinggallah saya dengan Aleesya je kat rumah ni.
Aleesya bukan main seronok lagi dapat main kat luar.Asyik berlari ke sana sini.Sebenarnya Aleesya ni kalau berjalan pun tak berapa nak balance lagi,tapi ada hati nak berlari...Saya pun apalagi,asyik nak kena kejar dia jelah.Takut jatuh...oklah,jom kita tengok gelagat Aleesya kat luar rumah...

Inilah laman rumah kami yang tak berapa nak indah ni.



Eee,syoknya dpt main kt luar..


Mama,buka la pintu pagar ni!


Ni pokok apa mama?


Mama,tengok ni ada ulat lah... Cantik tak gigi saya ni?

Tapi sekejap je Aleesya dapat main kat luar.Sebab tak lama lepas tu,hujan pun turun rintik2,so terpaksalah bawa Aleesya masuk dalam rumah semula...

Crochet hair clip

Ok tak hair clip ni?Saja cuba2 buat.Hair clip ni saya recycle daripada hair clip Aleesya yang dah patah bunganya..Saya pun ambil benang kait dan cuba kait bentuk bunga.Kira jadi la bentuk bunga ni kan..Then,ambik manik mutiara dan jahitkan kat tengah2 bunga tu.Lastly,lekatkan pada hair clip dengan menggunakan hot glue.Ok,dah jadi.Boleh la Aleesya melaram dengan hair clip baru dia lepas ni..

Monday, December 14, 2009

1st time join giveaway!

Ni 1st time saya join giveaway.Lepas tengok handmade card yang dibuat oleh Nasuha,tergerak plak hati ni nak join giveaway ni.Sebab hadiah yang ditawarkan pun sweet sangat..nak tahu hadiahnya?Tengok la kt bawah ni.Sweet tak?Comei sangat kad yang ada cupcake tu kan...

Dan dalam banyak2 kad yang Nasuha buat tu,yang ni saya paling suka...


Sebab kad ni kaler PINK!!hehe...

So kalau anda nak join juga boleh la tengok kat sini (http://nasuha-chua.blogspot.com)

Toaster cover la pulak...

Semalam saya buat toaster cover plak.Kain yang saya guna untuk buat table cloth tu ada la lebih sikit2.Bila tengok2 balik,rasanya macam cukup untuk buat sarung toaster saya ni.Malam tadi sebelum tido sempatlah juga saya jahit toaster cover ni.Renda pun ada lebih juga,saya jahit jelah keliling sebelah atas tu.Manfaatkan apa yang ada...So, terhasillah toaster cover yang sepasang dengan table cloth...hihi:-)

Sunday, December 13, 2009

English roses table cloth

Wah..seronoknya dah berjaya siapkan table cloth ni!Ini semua kerja keras malam tadi la ni...Kain untuk buat table cloth ni saya beli kat Nagoya dengan harga RM7 satu meter.Corak english roses.Kalau anda nak tahu,saya ni memang suka sangat dengan corak2 yang macam ni (bukan setakat suka tapi fanatik..).Saya beli 2meter.So cukuplah untuk meja makan yang ada 6 seater ni.Table cloth yang saya buat ni cukup simple.Hanya tambahkan renda saja dan jahit di sekeliling kain tu.Siap...Ok,jomla tengok hasil kerja saya yang terbaru ni..(ish,tak sabar plak nak wat candle light dinner ni..hehe)

Saturday, December 12, 2009

Kain...kain...kain...

Semasa pulang bercuti ke Kedah dua minggu lepas,sempatlah saya borong kain di Jakel dan Nagoya, Sungai Petani.Hujung2 tahun macam ni biasanya memang ada jualan murah.Saya memang suka tengok kain2 ni (tengok+beli).Terutamanya kain cotton,boleh guna untuk buat patchwork,sarung kusyen,beg dan macam2 lagi lah.Ni antara kain-kain cotton yang saya beli...


Yang ni pulak kain pasang untuk buat baju kurung
Semua sekali kain2 yang saya beli.............

Emm..,nak buat apa ye dengan kain-kain ni?Tungguuuuuu...

Dress untuk Aleesya

Hmm...dah dua minggu saya tak update blog ni.Sebab dua minggu lepas saya balik ke Kedah, kampung my hubby di Felda Teloi Timur.So, tak dapat la nak masukkan entry2 yang baru.Ok,entry kali ni saya nak tunjukkan dress yang saya dah jahit untuk Aleesya.Kalau anda nak tahu,nilah cubaan pertama saya untuk buat dress.Sebenarnya dress ni saya buat berdasarkan dress Aleesya yang dah sedia ada.Saya cuma ukur saja paten yang dah ada tu..


Beach dress ni dihadiahkan oleh kakak saya ataupun Makde Aleesya.So,saya ikut paten dress ni dan tukar kepada ini.......................;-)


Haa,nilah dress Aleesya yang telah diberi nafas baru...hehe

Nak tengok tak macammana rupa Aleesya pakai dress ni?



Sorilah,gambar kurang memuaskan sebab model ni tak reti nak duduk diam...
Seronok plak rasa bila tengok Aleesya pakai dress yang saya jahit ni.Tak sabar rasanya nak cuba buat dress dengan paten yang lain plak.Sekarang tengah cuti panjang,harap-harap dapatlah buat apa2 projek yang lain pulak lepas ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews