Wednesday, December 30, 2009

Ruffle sleeve dress

Pagi tadi meeting guru kali pertama untuk tahun 2010.Lepas tu sambung terus dengan majlis persaraan pengetua.Pukul 3 lebih baru balik rumah.Esok kena pergi sekolah lagi, untuk pendaftaran pelajar2 tingkatan satu.Tahun ni saya kena jadi guru kelas untuk 1O (1 Optimis) pulak.Emm,nampaknya bermulalah hari2 yang busy untuk mamaleesya..

Tapi semalam sempat juga saya siapkan dress untuk Aleesya.Dress ni saya inspirasikan daripada Sparkle Power.Daripada tutorial ni, ruffles sleeve top tutorial.Saya hanya panjangkan top tu menjadi dress.Sebenarnya agak senang jugak la nak buat dress ni,cuma kita nak kena betul2 adjust ukuran badan tu supaya kedutan getah tu cantik jer...

Saya guna kain cotton yang biasa je ni.Yelah,saya ni bukannya expert sangat.Sekali guna japanese cotton,pastu salah jahit,tak ke rugi...Ok,jom tengok dress yang baru saya siapkan ni.




Tengok betul2,Aleesya pakai kasut crocs baru dia! Tu yang seronok nak posing..okla, kalau anda nak buat juga dress macam ni,boleh lah klik kat tutorial atas tu ye...

4 comments:

  1. nnt nk try jahit jgk la :).. cantikla jahitan awak..

    ReplyDelete
  2. Ala neeza,dress ni simple je.nanti boleh la tgk hasil jahitan awk plak..

    ReplyDelete
  3. LaTte Raey,setakat ni saya tak buat untuk jual.just for my little girl.Tapi tak tau la akan datang boleh amik untuk tempahan plak kan?he2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews