Tuesday, December 15, 2009

Jalan-jalan keliling rumah

Petang semalam saya bawa Aleesya jalan2 kat laman rumah.Boring pulak asyik duduk kat dalam rumah je.Suami pulak pagi2 lagi dah keluar ke Kemayan sebab dia dijemput untuk jadi pengadil Pertandingan Sepak takraw Piala Ketua Polis Negeri Pahang (tp my hubby bukan polis ye..)So tinggallah saya dengan Aleesya je kat rumah ni.
Aleesya bukan main seronok lagi dapat main kat luar.Asyik berlari ke sana sini.Sebenarnya Aleesya ni kalau berjalan pun tak berapa nak balance lagi,tapi ada hati nak berlari...Saya pun apalagi,asyik nak kena kejar dia jelah.Takut jatuh...oklah,jom kita tengok gelagat Aleesya kat luar rumah...

Inilah laman rumah kami yang tak berapa nak indah ni.



Eee,syoknya dpt main kt luar..


Mama,buka la pintu pagar ni!


Ni pokok apa mama?


Mama,tengok ni ada ulat lah... Cantik tak gigi saya ni?

Tapi sekejap je Aleesya dapat main kat luar.Sebab tak lama lepas tu,hujan pun turun rintik2,so terpaksalah bawa Aleesya masuk dalam rumah semula...

1 comment:

  1. ala..cumilnyer aleesya.
    nak geget jer pipinyer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews