Tuesday, July 08, 2014

Buku Origami ~ Seni Melipat Kertas

Assalamualaikum semua......
Tak tahu nak cerita apa hari ni....tapi nak jugak berentry....hehe......so, godek2 gambar dalam album teringat pulak kat buku2 origami yang saya beli masa pameran buku di sekolah hari tu......
Sekolah saya selalu buat pameran buku ni.....tapi biasanya pameran buku2 cina lah.....hihihi....dan selalunya bila ada pameran buku macam ni sayalah orangnya yang selalu dok ulang2 pergi tengok....sampai anak murid pun dah heran macam mana cikgu dia boleh faham bahasa cina.....hehe...sebenarnya tengok gambar je pun....:)
 Kali ni saya beli buku origami pulak.....sebab cari2 buku mengait tak ada.....buku menjahit yang ada pun tak menarik perhatian saya.....jadinya, beli lah buku origami ni.....(nak jugak beli, baru puas hati.....hihi..:)

Yang ni ada diskaun 40%....lepas diskaun dapat lah harga RM42 2 biji ni....oklah kan....buku ni tebal dan kertas dia pun cantik....
Sebelum kita preview apa yang ada kat dalam buku ni, saya nak kongsikan sedikit fakta berkenaan origami ni ye....

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas :

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. 

Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal dari Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.


Ok, sekarang jom kita tengok apa isi kandungan buku ni....






Menarik tak? bagi orang yang minat mesti la menarik sangat kan? saya pun saja suka2 beli buku ni.......nak bagi kat aleesya bagi dia mengembangkan lagi 'bakat' dan 'kreativiti' dia.......hehe.......lepas tu mama jugak lah yang kena kemaskan kertas2 yang bersepah2 tu semua.....huhu....
Okla, sampai sini dulu.....jumpa lagi di lain entry.....
selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.......:))
(##emm, nak masak apa ye hari ni? )

6 comments:

  1. X pandai , klai pandai pun buat kapal terbang or kapal. Hihihi ada buku best juga blh refer

    ReplyDelete
  2. hye.. sy ada jeans baru yg dibeli di ig..tp xmuat nak pakai sbb longgar.. saiz 24..guess bootcut.. jika berminat email sy k..norynz7@gmail.com..harga rm100 je..sy bli rm150

    ReplyDelete
  3. hye..sy ada nak letgo guess jeans bootcut saiz 24.. baru beli di instagram tp xmuat sbb longgar.. klw berminat email sy di norynz87@gmail.com..nt sy tunjuk pic. tq.

    ReplyDelete
  4. suka origami..tapi masa xde nak ngadap dengan penuh kesabaran..huhu

    ReplyDelete
  5. kak suzie; mesti zaman sekolah dulu selalu main kapal terbang dalam kelas ni...hehe...tp buku ni mmg best ada mcm2 pattern boleh buat...:)

    ReplyDelete
  6. O'gosh Iskandar; suka origami ke? sy pun suka2 je ni....bagi anak2 main...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews