Saturday, August 14, 2010

Menu berbuka hari ni

Hai kawan2 semua....berbuka apa hari ni?kalau nak tahu, inilah menu berbuka saya untuk hari ni.Disebabkan hari ni cuti,maka kerajinan mamaleesya untuk memasak berada di tahap yang agak membanggakan..heheh
Seperti yang anda lihat kat atas ni,menu berbuka saya untuk hari ni adalah ikan siakap sweet sour + sayur kailan goreng bersama ayam + kerabu mangga spesel (sebab mangga muda ambik kat belakang rumah je..hihi) Air?alamak,lupa plak nak snap gambar air...hari ni kami minum air teh 'O' ais takde limau.Abah Aleesya yang bancuh.Kuih dan muih beli kat pasar Ramadhan je...
Alhamdulillah,nampaknya nilah rezeki kami untuk hari ni..menu anda pula apa ye?
Oklah,sebelum terlambat,saya nak ucapkan;

"Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat...."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews