Sunday, August 15, 2010

Jalan-jalan Ganu kite!

Na..na..na..na..na..ganu kiterr....hehe
Semua orang suka bercuti kan?Ataupun lebih tepat lagi, bercuti+melancong..haa,kali ni saya nak share percutian saya di Kuala Terengganu hujung minggu lepas. Sebenarnya kami ke sana sempena Hari Keluarga SMK Mengkarak a.k.a sekolah En Aznizam ;)
Petang jumaat lagi kami dah bertolak beramai-ramai menuju ke Kuala Terengganu.Memang meriah sangat bila kita bergerak secara konvoi ni kan..tapi,paham2 jelah,sekali berhenti,hai berjam2 pulak nak bergerak balik..so,dipendekkan cerita kami sampai kat sana lebih kurang pukul 10.00 malam.Malam tu kami tidur kat Marang Guest House.Model kecik posing kat depan chalet2 di Marang Guest House

Esoknya, kumpulan cikgu2 Mengkarak ni dibahagi kepada 2 group.Satu group yang nak ke Pulau Kapas, dan satu lagi yang nak jalan2 ke Pasar Payang.Nak tahu saya pilih yang mana?Of course la saya pilih Pasar Payang!!haha...bukan apa,saya ni lemah sikit kalau bab2 nak naik bot ni..takut pening..huhu..
Oklah,jom kita shoping kat Pasar Payang dulu..Haa,cantik tak bangunan ni?yang ni bukan Pasar Payang ye..yang ni namanya Bazar Warisan.Suka tengok bangunan ni yang nampak tradisional dengan ukiran2 yang cantik.Nak tahu tak?Aleesya cakap, "mama,nak bayang.."dia ingatkan ni masjid, ajak mama dia pergi sembahyang.hehe..
Aha..yang ini barulah Pasar Payang..huh,berpinar mata tengok kain,ada kain pasang,kain sutera,kain tudung,kain batik,kain songket,kain telekung,kain itu,kain ini..Yang ni di bahagian makanan dan keropok2 keping.Orang kata tak sah kalau pergi Terengganu tak beli keropok kan?ha,pilih la nak yang mana..Sebenarnya ada macam2 lagi yang dijual di Pasar Payang ni.Dari kuih-muih,sayur-mayur,lauk-pauk,barang2 kraftangan,kerongsang dan batu permata hinggalah ke toto dan narita...rasanya lebih baik la anda pergi dan tengok sendiri (dan shoping la sendiri..ek),barulah puas hati,kan?

Petang tu,kami bergerak pulak ke Anggulia Beach Resort.Malam ni kami semua akan tidur kat sana pulak dan ada dinner+BBQ.
Model kecik n the gang bergambar di entrance Anggulia Beach Resort

Esoknya pulak,(hari ahad,last day dah ni..huhu),program kami yang seterusnya adalah melawat ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung.Haa,kat sini baru boleh 'bayang'..heheh

Model kecik bersama mama posing kat depan Masjid KristalYang ni salah satu pintu masuk ke dalam masjidYang ni pandangan di sebelah belakang masjid

Dah penat round2 dan ambik gambar kat Masjid Kristal,kami pun bergerak ke Pasar Pasang lagi untuk shoping apa2 yang patut sebelum balik ke Malaysia..opss,chupp! balik ke kerayong...kira ni final shoping la ni..ahaks..

Ok,dah abis shoping dalam pukul 2.30 ptg, kami semua pun berkonvoi lagi untuk balik ke rumah masing2......abis dah...kesimpulannya,terengganu memang best!!rehatkan minda,pergilah melancong..cuti2 Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews