Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak....
Wah......lebih kurang seminggu dah kita semua menunaikan ibadah puasa.....alhamdulillah....dan lebih kurang seminggu jugalah saya tak berjaya nak keluarkan entry baru....bukannya tak ada barang baru yang nak ditunjukkan, tapi, emm, biasalah kekangan2 masa, kesibukan yang ntah apa2 dan beberapa lagilah faktor2 yang lain.....cewahhh....ayat macam mesyuarat post-mortem SPM pulak....ahaks...;)
Tapi kan, faktor yang paling utama yang menghalang saya nak berblog adalah Aleesya! arghhhh...!!
|
ni lah dia budak buchuk tu.....huh.. |
Let me explain.........macam ni, sekarang ni aleesya dah ada hobi a.k.a kegemaran terbaru, asal dia nampak je mama dia buka laptop, mulalah dia datang
menyibuk dekat....dengan dialog yang berbunyi, "mama, icha nak tengok upin dan ipin boleh tak?". Bunyi macam ayat tanya, tapi yang sebenarnya adalah ayat paksa!....huhu...
Lepas upin ipin, nak tengok mr.bean, lepas tu dora, lepas tu pulak pocoyo, lepas tu baa baa black sheep.....dan yang sewaktu dengannya...jangan tak caye ye puan2, dia dah boleh gerak2kan hujung jarinya yang halus mulus tu pada touchpad sendiri! Maksud saya, dia dah pandai pilih sendiri video2 katun mana kat youtube tu yang dia berkenan...bila ter'double' klik kat videu tu kan, video tu akan jadi full screen, pandai pulak lah dia tekan butang Esc utk back tu normal screen....Wah! ini dah cukup advance untuk budak kecik yang baru nak masuk 3 tahun jagung ni!
Saya rasa lah kan, aleesya ni dah lama tau buat kajian macam mana nak guna touchpad, macam mana nak pilih katun2 yang best kat youtube dan macam mana nak jadi seorang blogger tegar! hahaha.....
Dan sekarang kalau nak buka laptop, saya terpaksa menyiapkan mental dan fizikal untuk berebut dengan dia, dan selalunya yang kecik lah yang akan menang....yelah, yang besar kenalah mengalah...kan orang tua2 dulu ajar macam tu...hihi....
Ataupun, option yang kedua, buka laptop waktu dia tido....haaa, macam sekarang nilah....sudah je sahur terus buat entry....*tee..hee*
Aik?? awat tajuk lain cerita lain nih?heheh...mama terlupa sudah....syok sangat dapat tekan keyboard setelah beberapa hari asyik berebut dengan aleesya je...takpelah, saya tangguhkan dulu cerita pasal crochet headband tu for next entry la ye?....doakan saya berjaya dalam 'perebutan' laptop dengan aleesya nanti....;)
Ok, sebelum mengundur diri...saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang menunaikan ibadah puasa.....(walaupun dah agak lewat nak ucap juga...)semoga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat untuk kita semua.........aminnnnn.