Sunday, October 31, 2010

My W.I.P

Apa khabar semua?Semoga semua ceria di hari minggu yang indah ni...terutamanya penyokong2 setia Red Warriors yang berjaya menjulang Piala Malaysia malam tadi...hehe...saya berkecuali ye...kelate bukan, nogori sembilan pun bukan...saje, kena la ambik tahu sikit2 perkembangan sukan kat negara kita ni kan....
 Hari  ni tak ada projek baru pun, just nak share dengan anda semua sebahagian daripada aktiviti w.i.p saya ni...sekarang ni tengah sibuk nak menyiapkan headband2 tempahan customer. Ada yang ditempah oleh cikgu2 sekolah, kawan lama, saudara-mara dan jugak customer2 yang lain. Sebenarnya saya sekarang cukup risau nak menyiapkan tempahan2 ni semua. Yelah, sekolah cuma tinggal 2 minggu je lagi. Kalau boleh sebelum cuti ni saya nak bereskan semua tempahan cikgu2 sekolah saya ni..tambahan pulak, hujung2 sekolah ni, kerja kat sekolah pun dah bertimbun2. Dengan nak marking papernya, buku rekod pelajar, fail peribadi...macam2 lagi lah..so,saya harap sangat2 customer2 yang saya sayangi sekalian dapat bersabar dan memahami situasi saya sekarang ye...huhu

Tak sabar rasanya nak tunggu cuti sekolah..boleh la saya tumpu sepenuhnya kat aktiviti mengait dan menjahit saya ni....;)

Friday, October 29, 2010

Keychain L.O.V.E

Salam semua....
Hari ni saya nak update sikit lah keychain2 felt yang dah saya siapkan minggu ni...tempahan budak2 sekolah...kali ni diaorang nak keychain bentuk love dan ada huruf nama masing2...layan jelah..tapi ada satu terselit keychain aiskrim macam yang saya dah buat dulu..tengok sini dan sini.Oklah tak nak citer banyak2,lets enjoy the pictures..:)

Wednesday, October 27, 2010

Crocheted scarf and headband

 Hai semua...ok, ni dia skaf dan headband tempahan kak za (cikgu sekolah saya..) untuk anak sedaranya..dah laaaama kak za menunggu tempahannya ni..akhirnya siap jugak, dan dah pun selamat sampai ke tangan tuannya...skaf ataupun kerchief tu saya guna benang yang aduhai....sangatlah halusnya...lebih halus daripada benang yang pernah saya guna untuk kait skaf afrina dulu....itu yang lambat sikit baru siap...
skaf ni saya gunakan benang jenama wina,halus sesangat,tapi hasilnya skaf ni jadi lembut je..

headband ni saiz untuk 2 tahun,saja tambah daun selai bagi berseri sikit..

Oklah, tak sah rasanya kalau takde gambar model yang menggayakan assessori2 kat atas ni kan?
Ok,tq model mama...semoga kak za gembira dengan tempahan skaf dan headband ni ye...babai semua!

Sunday, October 24, 2010

keychain felt lagi

Happy SUNDAY everyone...
Seronoknya hari ahad....yes, i love sunday! hihi...eh, hari isnin pun saya suka jugak tau...tapi isnin 25 Oktober sahaja, sebab esok orang2 pahang dapat cuti.. sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang hari ni...(jangan jeles ye...)...dah beberapa hari tak keluarkan entry baru ni..bukan apa, saya sekarang ni tengah sibuk menyiapkan tempahan crochet dari kawan2 dan customer...alhamdulillah, orang dah bagi kepercayaan kat kita kan...so kenalah buat yang yang terbaik untuk diaorang..(cewah..motivasi di pagi ahad...;)
Oklah, sementara nak tunggu projek2 mengait saya tu siap, apakata kita tengok dulu felt keychain yang berjaya saya siapkan minggu lepas dan dah pun sampai ke tangan empunya...
ni bahagian belakang, rupa sebelah depan, tengok gambar kat atas tu..
yang ni pun sama, sebelah depan
ni bahagian belakang

yang ni pulak anak penyu...hihi

Monday, October 18, 2010

Crochet beanie untuk Awis

 Projek mengait saya yang terkini.....inilah dia, crochet beanie kaler coklat...Beanie ni ditempah oleh Ija untuk anaknya Awis. Kaler coklat ni saya yang pilih, sebab ibunya tak nak warna pink, putih atau merah. So,agak2nya boleh la kot warna ni ek...he2..beanie ni saya kaitkan guna teknik shell dan hdc (half double crochet), dan untuk hiasan pulak saya letak satu crochet flower yang besar dan leaves applique...oklah, tak nak cerita panjang2, jom kita tengok beanie untuk Awis ni...
 Ok, model mama....come here...tolong pakai ni jap....:)
Nampak aleesya macam seronok pulak pakai beanie ni..hai, kena kait satu untuk aleesya pulak la lepas ni...:))

Friday, October 15, 2010

Jahit Manik lepas raya..

Dah lama rasanya saya tak jahit manik.Dulu rajin jugak dok jahit manik kat baju. Jahit manik beiring la, manjalara la, manik pintal la...macam2 la lagi nama manik2 ni..tapi tu dulu...ye, masa Aleesya tak pandai lagi nak kacau mama dia buat kerja.Sekarang? huh..bercinta nak siapkan sebelah tangan pun..Aleesya sekarang pantang nampak mama dia bawa keluar kotak manik2 tu semua, haa..siaplah dia nak tolong sama.Tak bagi kang menangis pulak..so, jalan yang terbaik tak payah lah jahit manik ye mama...
Yang ni guna teknik manik tabur dan bunga dahlia

Yang ni pulak manik berpintal dan bunga matahari
 Dalam kepayahan ini, ceewah...terasa kagum pulak bila saya berjaya siapkan jahitan manik tempahan ainiyah ni...huhu..3 pasang semuanya. Dah lama ainiyah hantar ni, sebelum raya lagi. Nasib baik baju ni bukan untuk raya, tapi baju lama yang nak di 'makeover'. Sekarang baru boleh siap, sebab tu tajuk entry ni, jahit manik lepas raya...hihi.Tak sempat pulak nak pikir nama untuk jahitan manik saya ni...takpelah, layan jelah ye....
Lastly, manik bunga lalang+dahlia


Lega rasanya berjaya siapkan tempahan ni..boleh la pikir nak jahit manik kat baju sendiri pulak. Tengok orang lain jahit manik cantik2 kat baju,tringin pulak nak try jahit manik crumble mumble yang tengah hot sekarang ni..tapi, dengan adanya assisstant saya yang terover rajin tu, agak2nya berapa tahun bulan baru boleh siap ye?;)

Wednesday, October 13, 2010

Aiskrim.......emm,yummy!!

Hai..nak tanya ni, siapa tak suka makan aiskrim angkat tangan!! Haa, sebab entry kali ni hanya untuk orang yang suka makan aiskrim je...hehe...taklah, gurau je...sebenarnya aiskrim kat atas ni adalah tempahan dari customer kecik saya..(budak2 yang tempah ni...) Sorang nak aiskrim yang ada perisa warna-warni, yang sorang lagi nak aiskrim berperisa coklat..dan akhirnya, inilah hasilnya...emm,yummy!!

Sunday, October 10, 2010

Crochet baby boy set

Hari ni 10.10.10...cantik kan tarikh ni? Mesti ramai orang yang pilih tarikh ni untuk melangsungkan hari bahagia...termasuklah angkasawan negara kita...Dr Sheikh Muzaffar...hehe..oklah, so entry saya kali ni tak ada kaitan pun dengan tarikh hari ni ataupun dengan angkasawan negara...tapi berkaitan dengan projek mega saya yang baru je berjaya disiapkan tadi. Inilah dia...set crochet untuk baby boy..tempahan kakak saya untuk dihadiahkan kepada kawan dia yang baru je dapat baby boy.
 Warna dan pattern semuanya dia suruh saya yang pilih. So, saya pilih biru, warna yang paling selamat untuk baby boy. Dalam set ni ada baby hat, booties dan bib.Untuk baby hat dan bib tu rekaan sepenuhnya oleh saya..ceewah...dan untuk booties tu pulak saya dapatkan patternnya di Free Patterns.com. Agak mencabar jugaklah nak menyiapkan booties ni sebab dia dalam kategori intermediate, so ada beberapa jenis stiches yang saya tak pernah dengar pun. Macam cross stich (cr st) dan reverse stich (reverse sc). Terpaksa lah saya google dulu macamana nak kait benda ni.Oklah, tak payah citer panjang2, jom kita tengok hasil yang tak seberapa ni...hihi...:)
Abaikan patung teddy bear yang comot tu ye..
Untuk bib tu saya lapikkan dengan kain cotton flanel kat sebelah belakang,bagi tebal sikit..
Sian kat teddy bear comot ni, moyok je muka sebab kena paksa jadi model..ahaks..;)
Ok, harap2 cik puan yang menempah ni puas hati la ye...babai!!

Thursday, October 07, 2010

Headband for little girl

 Headband untuk budak perempuan kecik....ya,headband ni saya buat untuk budak perempuan yang berumur 4 tahun, kerana ianya adalah tempahan dari lin,cikgu sekolah saya. Headband ni dia nak hadiahkan kepada anak saudaranya yang tinggal di Kuala Lumpur. Disebabkan lin dah nak balik ke KL esok, so, saya dengan gagahnya menyiapkan juga headband ni. Dan inilah hasilnya...
 Dan ini pulak, aksi model kecik menggayakan headband ni...aleesya pinjam jap ye...
Ok pulak mood aleesya malam ni..biasanya suruh pakai sekejap pun tak nak...

Tuesday, October 05, 2010

Keychain for loving couple ;-)


Lepas saya siapkan keychain yang semalam tu,ada pulak la customer yang berminat dengan kerja tangan saya ni...tapi dia minta saya buatkan 2 keychain yang sama, yelah..satu untuk dia, dan satu lagi untuk ehem..ehem....girlfren dia lah...heheh.Keychain ni memang saya buatkan sama je dua2.Tengok tajuk kat atas tu, kan keychain untuk loving couple...mestilah sehati sejiwa kan?Oklah,harap customer saya ni happy dengan keychain ni ye...:))

Sunday, October 03, 2010

Cupcake dan love u...

Apa kaitan cupcake dan love u?hehe..takde apa2 kaitan pun...dah tak ada idea nak letak tajuk apa...
Petang tadi, tiba2 angin nak jahit felt datang bertiup sepoi2 bahasa....so, saya pun menyelongkar la balik kain2 felt yang saya beli dulu2..banyak jugak koleksi kain felt saya ni rupanya ye...dah lama saya tak jahit felt. Rindu pulak rasa..haha......dan inilah hasilnya, 2 keychain yang simple je. Cupcake tu saya punya dan yang love u mestilah abah aleesya yang punya!! hihi....Oklah, sampai sini dulu ye...sekejap lagi saya nak siap2 untuk ke jamuan raya kat sekolah ni......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews