Sunday, October 10, 2010

Crochet baby boy set

Hari ni 10.10.10...cantik kan tarikh ni? Mesti ramai orang yang pilih tarikh ni untuk melangsungkan hari bahagia...termasuklah angkasawan negara kita...Dr Sheikh Muzaffar...hehe..oklah, so entry saya kali ni tak ada kaitan pun dengan tarikh hari ni ataupun dengan angkasawan negara...tapi berkaitan dengan projek mega saya yang baru je berjaya disiapkan tadi. Inilah dia...set crochet untuk baby boy..tempahan kakak saya untuk dihadiahkan kepada kawan dia yang baru je dapat baby boy.
 Warna dan pattern semuanya dia suruh saya yang pilih. So, saya pilih biru, warna yang paling selamat untuk baby boy. Dalam set ni ada baby hat, booties dan bib.Untuk baby hat dan bib tu rekaan sepenuhnya oleh saya..ceewah...dan untuk booties tu pulak saya dapatkan patternnya di Free Patterns.com. Agak mencabar jugaklah nak menyiapkan booties ni sebab dia dalam kategori intermediate, so ada beberapa jenis stiches yang saya tak pernah dengar pun. Macam cross stich (cr st) dan reverse stich (reverse sc). Terpaksa lah saya google dulu macamana nak kait benda ni.Oklah, tak payah citer panjang2, jom kita tengok hasil yang tak seberapa ni...hihi...:)
Abaikan patung teddy bear yang comot tu ye..
Untuk bib tu saya lapikkan dengan kain cotton flanel kat sebelah belakang,bagi tebal sikit..
Sian kat teddy bear comot ni, moyok je muka sebab kena paksa jadi model..ahaks..;)
Ok, harap2 cik puan yang menempah ni puas hati la ye...babai!!

4 comments:

  1. wah comelnya hasil kaitan lia ....

    ReplyDelete
  2. wah yg ini lgi saya suka sgat lah...bib tuh sungguh sungguh kawaii dah

    ReplyDelete
  3. tq aien!rasanya kalau awk buat lg comel kot..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews