Wednesday, August 25, 2010

Crochet Flowerssss


 "...bunga-bunga matahari...
harum mekar di taman hati..."

Ingat tak lagu ni dulu2?hehe..tak ingat pun takpe,sebab entry saya kali ni tak ada kaitan pun dengan lagu ni..
Sebenarnya saya baru je siapkan bunga2 crochet yang colourful ni..ada 25 biji semuanya,tempahan daripada Ila.Esok baru nak pos kat tuan punya.Kalau nak tahu,Ila ni kawan saya masa kat UKM dulu.Dah lama tak jumpa dia,tak sangka pulak boleh terjumpa di alam maya ni..hehe..
Oklah,harap2nya Ila berpuas hati la dengan hasilnya ni....(kalau tak puas hati,bagitau kat aku cepat2 ye..;-)
 So,kalau ada yang berminat nak order bolehlah email saya....tapi lepas raya la ye..

Saturday, August 21, 2010

Crochet little kerchief

Inilah projek mengait saya yang terbaru.Crochet kerchief ataupun skaf. Kecik je skaf ni.Saya buat untuk saiz baby dalam 6-12 bulan. Ni tempahan kak Anita,cikgu sekolah saya.Skaf ni saya kait guna benang kait yang halus tu,so lambat sikit la nak siapkan.Lebih kurang 2,3 hari la jugak.(ni kalau tanpa gangguan Aleesya ni...kalau tak lagi lambat laa..hihi)
Untuk pattern ni saya gunakan teknik double crochet (dc) je...simple

crochet triangle kerchief
Pandangan dari belakang.Terpaksa pinjam model simpanan ni..sebab model sebenar tak berapa minat nak pakai hiasan kat kepala ni...:(
Kalau ada yang berminat nak kait kerchief macam ni,sebenarnya ada banyak free pattern yang kita boleh dapat kat internet ni..dan ni salah satu link yang ada banyak pattern yang boleh dicuba.
Ok, that's all..jumpa lagi untuk projek yang akan datang!Babai...sayonara!

Wednesday, August 18, 2010

Baju kurung Mumtaz

Hah..legaaaa... berjaya juga siapkan tempahan dari cikgu sekolah saya,kak ina.Baju ni bukan untuk dia,tapi untuk anaknya Mumtaz yang berumur lebih kurang setahun lebih..So,saya gunakan ukuran baju Aleesya yang dah kecik tu untuk jahitkan baju Mumtaz ni..harap2 oklah saiz ni ye..tengoklah gambar2 kat bawah ni..ni tengah panas2 lagi amik gambar ni..baru je siap tadi.Terus wat entry...hahah...semangat gitu!Bukan apa,esok dah nak bagi kat tuan dia,tu yang cepat2 amik gambar tu...ok,saya dah ngantuk ni..Pukul 5 nanti nak bangun lagi sahur..ok,gudnite everybody...see u tomorrow...-_-



Monday, August 16, 2010

Model baju kelawar

Model baju kelawar?hehe..ni la dia budaknya yang jadi model baju kelawar tu...sebenarnya baju ni saya beli di Pasar Payang masa kami pergi bercuti ke Terengganu baru2 ni.Tengok sini.Sukalah tengok baju kelawar kecik2 macam ni..comel sangat nampak...tu yang terus beli satu kat Aleesya..tak sangka Aleesya sporting pulak untuk jadi model saya kali ni..hihi..
Ermm..abah,nampaknya lepas ni bukan mak kelawar je yang akan berterbangan di malam hari,anak kelawar pun dah ikut sama ni..hahah

Sunday, August 15, 2010

Jalan-jalan Ganu kite!

Na..na..na..na..na..ganu kiterr....hehe
Semua orang suka bercuti kan?Ataupun lebih tepat lagi, bercuti+melancong..haa,kali ni saya nak share percutian saya di Kuala Terengganu hujung minggu lepas. Sebenarnya kami ke sana sempena Hari Keluarga SMK Mengkarak a.k.a sekolah En Aznizam ;)
Petang jumaat lagi kami dah bertolak beramai-ramai menuju ke Kuala Terengganu.Memang meriah sangat bila kita bergerak secara konvoi ni kan..tapi,paham2 jelah,sekali berhenti,hai berjam2 pulak nak bergerak balik..so,dipendekkan cerita kami sampai kat sana lebih kurang pukul 10.00 malam.Malam tu kami tidur kat Marang Guest House.Model kecik posing kat depan chalet2 di Marang Guest House

Esoknya, kumpulan cikgu2 Mengkarak ni dibahagi kepada 2 group.Satu group yang nak ke Pulau Kapas, dan satu lagi yang nak jalan2 ke Pasar Payang.Nak tahu saya pilih yang mana?Of course la saya pilih Pasar Payang!!haha...bukan apa,saya ni lemah sikit kalau bab2 nak naik bot ni..takut pening..huhu..
Oklah,jom kita shoping kat Pasar Payang dulu..Haa,cantik tak bangunan ni?yang ni bukan Pasar Payang ye..yang ni namanya Bazar Warisan.Suka tengok bangunan ni yang nampak tradisional dengan ukiran2 yang cantik.Nak tahu tak?Aleesya cakap, "mama,nak bayang.."dia ingatkan ni masjid, ajak mama dia pergi sembahyang.hehe..
Aha..yang ini barulah Pasar Payang..huh,berpinar mata tengok kain,ada kain pasang,kain sutera,kain tudung,kain batik,kain songket,kain telekung,kain itu,kain ini..Yang ni di bahagian makanan dan keropok2 keping.Orang kata tak sah kalau pergi Terengganu tak beli keropok kan?ha,pilih la nak yang mana..Sebenarnya ada macam2 lagi yang dijual di Pasar Payang ni.Dari kuih-muih,sayur-mayur,lauk-pauk,barang2 kraftangan,kerongsang dan batu permata hinggalah ke toto dan narita...rasanya lebih baik la anda pergi dan tengok sendiri (dan shoping la sendiri..ek),barulah puas hati,kan?

Petang tu,kami bergerak pulak ke Anggulia Beach Resort.Malam ni kami semua akan tidur kat sana pulak dan ada dinner+BBQ.
Model kecik n the gang bergambar di entrance Anggulia Beach Resort

Esoknya pulak,(hari ahad,last day dah ni..huhu),program kami yang seterusnya adalah melawat ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung.Haa,kat sini baru boleh 'bayang'..heheh

Model kecik bersama mama posing kat depan Masjid KristalYang ni salah satu pintu masuk ke dalam masjidYang ni pandangan di sebelah belakang masjid

Dah penat round2 dan ambik gambar kat Masjid Kristal,kami pun bergerak ke Pasar Pasang lagi untuk shoping apa2 yang patut sebelum balik ke Malaysia..opss,chupp! balik ke kerayong...kira ni final shoping la ni..ahaks..

Ok,dah abis shoping dalam pukul 2.30 ptg, kami semua pun berkonvoi lagi untuk balik ke rumah masing2......abis dah...kesimpulannya,terengganu memang best!!rehatkan minda,pergilah melancong..cuti2 Malaysia!

Saturday, August 14, 2010

Menu berbuka hari ni

Hai kawan2 semua....berbuka apa hari ni?kalau nak tahu, inilah menu berbuka saya untuk hari ni.Disebabkan hari ni cuti,maka kerajinan mamaleesya untuk memasak berada di tahap yang agak membanggakan..heheh
Seperti yang anda lihat kat atas ni,menu berbuka saya untuk hari ni adalah ikan siakap sweet sour + sayur kailan goreng bersama ayam + kerabu mangga spesel (sebab mangga muda ambik kat belakang rumah je..hihi) Air?alamak,lupa plak nak snap gambar air...hari ni kami minum air teh 'O' ais takde limau.Abah Aleesya yang bancuh.Kuih dan muih beli kat pasar Ramadhan je...
Alhamdulillah,nampaknya nilah rezeki kami untuk hari ni..menu anda pula apa ye?
Oklah,sebelum terlambat,saya nak ucapkan;

"Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat...."

Thursday, August 12, 2010

Happy Birthday Aleesya.....


09.08.2008
Tarikh yang saya rasakan cukup indah....
pada tarikh inilah Aleesya mula melihat dunia..
pada tarikh inilah saya bergelar mama...dan
pada tarikh inilah suami saya bergelar abah...

Dan kini,Aleesya dah pun berusia 2 tahun...cepatnya masa berlalu...
Walaupun agak terlewat dientrykan,takpelah..akhirnya berjaya juga publish kan...ok,jom kita tengok gambar2 suasana di sekitar majlis harijadi Aleesya...besday girl malu2 nak potong kek..

kengkawan Aleesya yang tak sabar2 dah nak makan kek hello kitty
tetamu sedang menikmati hidangan (hasil air tangan mamaleesya..he2..malu i.. ;)

Yang ni sesi fotografi bersama kawan2 baik Aleesya (semuanya besar daripada dia..:)

Oklah,sampai sini dulu ye...jumpa lagi di entry yang akan datang..cewah..sebelum tu dengarkan ucapan daripada besday girl kat bawah ni...

Sunday, August 01, 2010

Cik Putih dan Cik Purple

Headband lagi....kali ni saya buat 2 headband.Yang putih bersih tu tempahan dari kak Anita,dan yang sweet purple tu tempahan dari saya sendiri.hiks..
Lepas saya siapkan headband untuk kak Anita,terasa macam nak buat untuk Aleesya pulak...punyalah excited nak siapkan...kait..kait..kait.. siap! Tapi malangnya, bila nak try kat Aleesya pakai,dia langsung tak mahu!huhu...sedih mama....penat je kait tau! tapi takpe,mama akan terus berusaha sampailah Aleesya nak pakai...boleh gitu...haha
Oklah, jap lagi saya nak siapkan baju kurung Aleesya yang dah separuh jalan tu...(untuk raya...:)
To all viewers, happy SUNDAY! yeah!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews