Hari ni 2 Julai 2014 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1435......maksudnya dah 4 hari kita berpuasa...
Alhamdulillah....setakat ni saya berjaya masak sendiri di rumah...hehe...masak simple2 je lah kan....sebab tahun ni awal2 lagi saya dah bertekad dan berikrar bahawasanya saya akan sedaya upaya untuk memasak sendiri lauk-pauk untuk berbuka puasa....cewah....bukannya apa tak nak beli kat pasar ramadhan ni...ada beberapa sebab yang membuatkan saya tawar hati nak membeli-belah kat pasar ramadhan ni, antaranya:
1) Mahal ~ setiap tahun harga barang naik, dulu beli kuih rm1 dapat 4biji, lepas tu rm1 3biji sekarang dah tak boleh nak beli singgit, WAJIB beli rm2 dapat 5 biji...huh...nampak tak......ada unsur2 paksaan di situ...
murtabak pun sama, dulu rm3, naik rm3.50 sekarang naik lagi rm4...tu belum citer ayam golek lagi....memang tergolek la nak beli....tapi orang tetap beratur panjang nak beli kannn.....
2) Kebersihan ~ tahap kebersihan penjual2 di pasar ramadhan ni pun kadang2 meragukan juga...minta maaf ye saya cakap ni bukan semua...ada segelintir jelah kan...saya kalau beli makanan saya suka perhatikan kuku, tangan, pakaian dan juga peralatan yang digunakan...kalau agak2 tak menepati piawaian saya, sori ye...babai..tq...saya tak beli dah kat situ...so, kalau kita masak sendiri memang terjamin halalan toyyiba dari segi kebersihannya apa yang kita masak....
3) Rasa ~ Saya ni bukannya pandai sangat masak-memasak ni...lepas la orang kata untuk famili sendiri...tapi saya akan rasa frust sangat2 bila beli juadah untuk berbuka and then bila rasa tak seperti yang diharapkan.....bukanlah nak sedap macam chef2 antarabangsa tu masak, tapi biarlah ada rasa dan boleh ditelan sampai habis makanan2 tu....rasa membazir pulak bila beli tapi tak boleh nak makan.....
4) Ramai orang ~ yang ni pun antara sebab musabab jugaklah membuatkan saya malas nak ke pasar ramadhan....malas nak bersesak2 dengan orang ramai....dengan anak keciknya lagi...kesian kat budak2, kesian kat mak budak dan bapak budak......hehehe...
5) Tak tahu nak beli apa ~ pernah tak terjadi situasi macam ni, dah habis round satu pasar ramadhan tu tapi tak tahu nak makan apa...haha...penat je jalan, dah la puasa kan...kadang2 menu yang ada tu dah tak berjaya menarik perhatian kita, lagi2 kalau dah penghujung puasa...lagi lah dah boring...
Ok, kat bawah ni pulak saya senaraikan kelebihan2 kalau kita masak sendiri di rumah:
1) Kebersihan makanan terjamin dan makanan yang dimasak berkhasiat
2) Dapat menambahkan pahala kerana menyediakan hidangan untuk orang yang berpuasa
3) Rasa masakan macam mana pun tak kisah sebab kita yang masak kan....hehe
4) Boleh masak banyak lepas tu simpan terus untuk bersahur
5) Boleh mengikat kasih sayang suami dan anak2
6) Boleh berjimat
Tapi semua orang tak sama kan? ini pandangan peribadi saya....lain orang lain pandangannya....untuk yang terpaksa membeli-belah di pasar Ramadhan disebabkan kekangan masa, kerja dan sebagainya berbelanjalah dengan bijak dan berhemah ye....amboi...macam pesanan khidmat masyarakat pulak....hihi...
Apapun, sama2 lah kita berusaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadat kita di bulan yang penuh kemuliaan ni.....
Sampai jumpa lagi! :))