Hi, apa khabar?Ok, sekarang adalah masa untuk berblog ye...heheh....walaupun ada sesuatu telah 'menimpa' diri ini selama seminggu.............apa tu?next entry ok...(hihi..macam lah rajin sangat nak buat entry hari2...;)
Ok, apa yang saya nak share dengan anda semua hari ni ye?tuuu, tengok tajuk tu...kisah ladang anggur.....ada sesaper yang pernah pergi kat ladang anggur ni tak?haa, kalau nak tahu kat Malaysia pun ada ladang anggur tau...lokasinya adalah di Sik, Kedah. Ladang anggur Beris, letaknya bersebelahan dengan Tasik Beris.
Sebenarnya mamaleesya n famili pergi ke ladang anggur ni masa cuti sekolah seminggu hari tu...so, kiranya ni adalah entry yg tertangguh la ni ye..ahaks...
Kat ladang anggur ni ditanam dengan dua jenis anggur, warna merah kehitaman dan juga warna hijau...
Teruja betul lah saya bila dapat tengok buah anggur yang bergugus2 kat depan mata...eii,geram je nak ngap! tapi, awas ye.......tengok ni
So, tengok sambil telan air liur jelah kat depan buah2 anggur yang bergugus2 tu ye...hehe..yelah, sesuai la dengan bayaran masuknya, RM3 je sorang, untuk kanak-kanak 7-12 tahun pulak RM1.50 je sorang..so, aleesya free!yey!
Tapi kawasan ladang yang dibenarkan untuk lawatan tu tak seluas mana pun, labih kurang 5 lorong je..
|
ha, yg ni panjang untuk satu lorong... |
Selain dari boleh melawat ladang, kat sini pun ada galeri jualan jugak...ada jus, kek, buah anggur dan ada juga barang2 seperti sabun, shampu yang semuanya berasaskan buah anggur (eh, ye ke ni?)...
Di bahagian luarnya pulak ada tempat untuk berehat-rehat ataupun nak minum jus anggur sambil menikmati kek pun boleh.....
Ermm, dah puas jalan2 kat ladang anggur dan duduk2 kat depan ni, kami pun pergi jalan2 kat tasik pulak. Dekat je tasik ni, betul2 kat belakang ladang anggur tadi. Nama tasik ni adalah Tasik Beris..cantik sangat!...bila tengok air tasik ni, rasa kagum dengan ciptaan Tuhan...subhanallah...
Oklah, Aleesya pun dah tunjuk peace dah tu...rasanya setakat ini dulu lah untuk kali ni...so, kepada saper2 yang tak tahu nak pergi melancong ke mana, boleh la ke Ladang Anggur Beris ni..oklah, jalan2 bawa famili..kan?Oraitt, see u next time....:)