Sunday, February 20, 2011

Cantiknya benang2 ni semua!!

Setelah  hampir seminggu mamaleesya menghilangkan diri (tak hilang pun sebenarnya,ada je kat sini..he2)....
Hari ni saya nak share dengan anda semua benang2 kait yang saya beli dengan Kak Ayza dari benangkait.com. Benang2 kait ni baru je sampai ke rumah saya semalam..kali ni saya order benang2 single yang pelbagai jenis..saje nak tengok dan nak try benang2 yang pelbagai ni...yelah, asyik2 benang nona, benang ondori, benang nona, benang ondori...boring la pulak kan...(he2..padahal benang tulah yang dok buat kait selama ni..:)
Oklah, jom kita terjah benang2 Turki ni...
Sekarang saya nak perkenalkan pulak benang2 ni satu persatu ye..
benang ni dari jenis wool bulky..besar sikit saiznya,tapi lembut...
yg ni namanya pure merino sb materialnya 100% dibuat dari merino wool
yang ni saya suka paling suka!soft2 gitu..he2..100% cotton, memang cantik...
ini pulak benang jenama nako dan 100% akrilik, lembut sgt dan berbulu sikit, beza dgn benang akrilik yg kita guna kat M'sia ni..
cute tak yg ni?bila pegang, rasa macam tgh membelai bulu kucing je..hi2..benang jenis polar dan 100% micropolyester
yg ni benang kartopu, juga 100% akrilik tapi tak berbulu dan berat sikit berbanding dengan benang nako tadi


nampak tak 2 btg jarum kait tu?haa, yg tu pun sy order dgn k.Ayza juga, saiz 7mm dan 8mm

Emm, nak buat apa  ye dengan benang2 ni semua? saya ni bila dah banyak benang yang cantik dan comel macam ni, mulalah sayang nak guna..rasa nak tengok je...boleh gitu?:D
So, kalau ada siapa2 yang berminat nak dapatkan benang2 comel ni, bolehlah klik kat sini, BenangKait.Com.

8 comments:

  1. wah byk nye yarn...geram2....:-)

    ReplyDelete
  2. Wah..happy crocheting kak Lia :) hihi.. sukanya tengok benang-benang ni kan? Rasa macam nak duduk kat tepi kak Lia and mengait sama-sama.. bila tengok banyak benang, macam-macam projek di kepala.. aish..
    Tak sabar nak tengok hasil projek kak Lia dengan benang benang ni.. Good uses kak Lia!

    ReplyDelete
  3. itulah,amani,akak pun geram jugak ni..rasa nak picit2 je benang2 ni...:))

    ery,kita ni sama2lah fanatik kat benang..haha..mmg mcm2 projek kat kepala ni,tp akak ni jenis sayang lah nak guna..tunggu dh abis sayang nt akak buat projek baru ye!he2..

    ReplyDelete
  4. Alamak, lia!! Jelesnye akak ni! Cantik2 lah yarns tu! Ada ke mixed lot yg sikit ni? Tk jumpa pun...cepat sikitlah lia abiskn sayang pd yarns tu so kami semua dpt tgk hasilnye!

    ReplyDelete
  5. kak Aisyah,yg ni bukan mixed lot sebenarnya..sy minta k.Ayza belikan single yarns ni utk sy..dan dia pos yarns ni dari melaka..dia balik ke m'sia mgu lepas..
    tgh sayang lagi kat yarns ni semua..heheh..:)

    ReplyDelete
  6. cantik..suka yg warna merah tu... semua pun mcm gebu2 la..geram tgk... ngeee... :D

    ReplyDelete
  7. zila,cantik2 kan benang ni?kalau pegi tengok sendiri kat turki sana..hai,tak tahulah, mahu berpinar biji mata ni rasanya...he2

    ReplyDelete
  8. ehh cantiknya benang dia..
    berpinar2 mata tgk, international pulak tu tukri mai..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews