Sunday, February 06, 2011

De Rhu Beach Resort, Kuantan

 Ok, kali ni saya nak buat entry cuti-cuti malaysia! Bersempena dengan cuti tahun baru cina yang baru saja berlalu ni...kebetulan kami suami-isteri, dua-dua dapat cuti seminggu (termasuk cuti berganti...huh) untuk tahun baru cina. So, sebelum balik ke kampung, kami plan untuk bawa aleesya jalan-jalan ke Pantai Balok, Kuantan. Masa saya sekolah dulu2, Pantai Balok ni memang popular dengan aktiviti budak2 sekolah khasnya camping...tapi sekarang kan musim hujan, sunyi jelah Pantai Balok ni..dengan ombak yang besar, memang tak ada orang la yang berani nak main2 kat tepi pantai tu...kami pun hanya tengok dari jauh je..tak sempat nak snap gambar pun...tempat penginapan kami sekeluarga pulak adalah di De Rhu Beach Resort..
seronok sangat budak kecik ni main lompat2 kat atas katil


makan lempeng dulu sebelum  turun ke kolam
Tak dapat mandi laut, mandi kolam pun jadilah...tapi masa kami pergi ni, banyak kolam masih lagi dalam penyelenggaraan..ada 2 kolam je yang boleh mandi..okla tu..aleesya sorang je yang nak mandi pun...abah tukang pegang aleesya, mama pulak tukang ambik gambar...:)
dah ketaq2 pun tak mau naik lagi....

lepas mandi, dengan basah2 lagi tu nak main kat taman permainan pulak.
Mama dengan abah layan jelah budak kecik sorang ni..sampailah dia penat..barulah nak naik...
Naik atas, siap2, check out, kami pun baaalikk kampunggg.......!
Kepada pembaca2 blog sekalian, esok saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan anda semua...tunggu ye!

3 comments:

  1. pernah pegi tempat ni kecik2 dulu..ngan family...masa dok kerteh

    ReplyDelete
  2. Seronoknye Aleesya!! Tak sabar nk tunggu besok...apa agaknye benda tu ye??

    ReplyDelete
  3. nurazimah; ooo..pernah pergi jugak dulu2 ye...mesti dah banyak berubah kan kalau nurazimah datang sekarang...

    kak Aisyah,kena tunggu esok la kalau nak tahu,hehe...especially untuk crocheter..just nak share je keseronokkan saya ni..;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews