Pernah dengar ketupat buluh tak?Kalau dalam bahasa inggeris, namanya alkaline dumpling.Ketupat ni lebih kurang sama dengan kuih orang cina yang dipanggil kee chang. Saya pun sebenarnya baru je kenal ketupat buluh ni..sejak dah 2,3 tahun berhari raya di negeri Kedah. Rasa2nya orang kedah je kot yang buat ketupat ni, itupun tak semua tempat yang tahu. Masa balik beraya baru2 ni,sempatlah saya belajar dengan mak mertua macamana nak buat ketupat buluh ni. So, semalam,disebabkan tahap kerajinan yang terlalu tinggi, saya pun try la buat sendiri.So, di sini saya nak share dengan anda semua cara2 nak masak ketupat buluh.
1. Gambar yang atas tu adalah bahan2 yang kita perlukan iaitu daun buluh, air abu (alkaline water) dan beras pulut. Beras pulut tu kita kena rendam dulu semalaman bersama dengan air abu. Air abu tu jangan banyak sangat, dalam 3 sudu oklah. Daun buluh tu pun kita kena rendam juga bagi dia lembut, supaya senang nak balut nanti.
2. Gambar yang kedua tu pulak, cara2 nak balut ketupat. Ambil 2 helai daun buluh dan lipatkan menjadi bentuk kon, lepas tu bentukkan menjadi tiga segi.(sori,tak ada gambar step by step untuk bentukkan 3 segi, sebab tak ada orang nak tolong ambik gambar....i sorang2 je tau buat ni...)
3.Haa, macam nilah rupa ketupat yang dah siap dibalut dan diikat menggunakan tali rafia/benang.4.Ok,sekarang bolehlah direbus selama lebih kurang 3-4 jam...
Nak tengok ketupat yang dah masak?Nilah rupanya...
Tak berapa nak jadi..sepatutnya bentuk dia lagi cantik dan padat. Mungkin skill masa membalut tu perlu diasah lagi...hahah...Ketupat ni sedap dimakan dengan serunding. Serunding ni pun saya baru buat semalam jugak..(kan tadi dah cakap,semalam saya terover rajin...heheh) Oklah, nampaknya sekian lah sahaja kelas memasak kita pada hari ni. Ada yang teringin nak cuba ke?;)
i like sayang...
ReplyDeletecuba lagi nanti mesti jadii:-)
tq my dear!;)
ReplyDeleteWah... bestnya,,, mesti sedap. Lain kali ajak i nanti bole i tolong ambikkan gambar... ;p
ReplyDeleteaida,takkan tolong ambik gambar je...kena la tolong makan sekali..hehe :D
ReplyDeleteHi Lia.. salam perkenalann... tak tahu kewujudannya.. ingatkan kat jepun jer ada rupanya orang kita pun makan jugak yer.. nice info!
ReplyDeletehi Nuno Lady..sy pun br je tahu kewujudannya..he2..tu yg excited nk buat..
ReplyDeletewow nampak sedap.. teringin plak nak makan ketupat.. dah abih raya ni kan
ReplyDeletedaun buluh tu cuci macam biasa ke? tak miang ke? atau ada cara tertentu?
ReplyDelete