Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran 2010

Salam lebaran untuk semua....
Nampaknya kali ni berjaya jugak saya publishkan entry untuk raya.Tahun ni kami beraya di Felda Teloi Timur,Kedah, kampung sebelah suami.Hari isnin lagi kami dah bertolak pulang ke Kedah.Kami kat sana sehinggalah hari raya ketiga.Pagi raya ketiga tu kami dah mula bergerak untuk kembali ke Pahang,balik kampung saya la pulak...:))

Alkisahnya, kebetulan hari raya ketiga tu hari ahad,esoknya isnin,orang dah mula kerja...jalan punyalah jem giler2!dari Penang lagi dah nampak dah jalan macam nak jem teruk..terpaksalah kami mengharungi satu2nya jem yang tak manis tu..:( Lebih kurang 9jam perjalanan (masa tu dah dekat pukul 9malam),barulah kami sampai ke Rawang.Kalau ikutkan 9jam tu,dah boleh sampai,dah boleh tido2 kat rumah dah...Disebabkan driver pun dah lenguh2 kaki,dah tak larat  nak drive,saya pun ajak lah suami bermalam kat rumah kakak saya di Rawang.Kebetulan pulak kakak baru je balik ke rumah dia petang tu.So,malam tu terpaksalah kami tidur di rumah kakak dulu,sebelum meneruskan perjalanan lagi esok pagi.

Dan esoknya,nasib baik trafik dari KL ke Temerloh berjalan lancar...sampailah kami ke Kampung saya pada hari raya yang keempat...isk..isk..isk..sedihnya....Kakak2 pun dah balik,yang tinggal adik2 jelah...so,tak adalah gambar raya di Kampung sebelah saya.Takpe,tahun depan la pulak ye..heheh...dan untuk tatapan anda semua,cewah...nilah gambar2 raya kami sekeluarga di Kedah..dengan tema tahun ni warna..........................COKLAT!emmm..yummy!!!
Ini gambar kami sekeluarga,abah,mak,tok dan adik2
Ini gambar bersama mak dan abah a.k.a tok dan wan aleesya

Yang ni pulak gambar abah+mama+aleesya..;)
Gambar mama dan abah yang maintain,tapi Aleesya dah mula boring,taknak bergambar

Oklah,setakat ni dulu kisah raya kami tahun ni..semoga kita dipanjangkan usia untuk dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan pula...ok,babai!Salam lebaran dari mamaleesya untuk semua....:)

1 comment:

  1. kak liya,sempat jumpa sat je aritu...sedih...time org ramai,kami dah otw balik puncak alam n melaka...

    -shuhada

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews