Monday, November 23, 2009

Happy crocheting!

Anda suka crochet tak?Kalau dalam bahasa melayu orang panggil krusye atau mengait.Ataupun lebih tepat lagi kait jarum satu. Ada sejenis lagi mengait yang gunakan dua jarum.Yang tu pulak dipanggil knitting.Tapi knitting ni saya belum belajar lagi.InsyaAllah akan kucuba suatu hari nanti ;-).Mengait ni memang syok (bagi orang yang minat la..).Kalau dah stat mengait tu rasa tak sabar nak siapkan sebab nak tengok hasilnya.Tapi...kalau dah stop,then nak sambung balik,alahai..malasnya.Saya pun dah lama tak mengait ni.Jarum kait tu pun elok je tersimpan tak usik-usik.Sekarang ni tengah cuti panjang, rasanya nak mulakan balik la projek mengait ni.Buat projek simple2 pun tak apalah.Saje nak asah balik skill.Nanti lama sangat tinggal berkarat pulak.hehe.Entry kali ni saya nak share projek2 mengait yang saya dah buat dolu-dolu.Tengoklah..

Set booties dan topi ni saya buatkan untuk
Aleesya masa baby dulu.Sekejap je pakai,sekarang dah tak padan..












Booties brown ni pulak saje suka-suka buat.Seronok tengok bila dah siap









Yang ni saya buat alas.Jenis ni dipanggil fillet crochet.Teknik fillet ni kita boleh buat macam-macam.Nak tulis huruf ke,nak buat corak roses ke...nanti kalau ada masa saya tunjukkan macammana nak buat fillet crochet ni.







Ok,itu saje.Ada lagi beberapa projek yang tak sempat nak diupload.Lain kali la ye.Kalau anda ada projek2 yang lebih menarik boleh la kita share...

2 comments:

  1. Wassup

    I wanted to share with you a AMAZING site I just came across teaching [url=http://www.kravmagabootcamp.com][b]Krav Maga[/b][/url] Online If you guys have seen the Tv Show called Fight Quest you would have seen their chief instructor Ran Nakash there featured on their [url=http://www.kravmagabootcamp.com][b]Krav Maga[/b][/url] segment. Anyways, let me know what you think. Is training via the internet something you would do?


    regards

    Ken

    ReplyDelete
  2. Thanks for publishing this article.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews