Saturday, November 14, 2009

Sulaman manik

Kali ni rasanya saya nak berkongsi dengan pembaca semua tentang sulaman manik.Saya memang suka jahit manik ni.Mula-mula tu saya cuba-cuba jahit sendiri je.Lepas tu tengok kat internet,tengok kat blog orang lain macam mana cara nak jahit manik ni.Last-last saya beli buku Sulaman benang & manik labuci oleh Rosita Jaafar.Ha,baru puas hati.Kat dalam buku tu complete semua jenis jahitan manik dan tekniknya sekali.Lepas tu saya pun cubalah jahit manik ni kat baju sendiri je.Kat bawah ni saya tunjukkan contoh-contoh jahitan manik yang saya dah buat.

Yang ni jahitan manik beriring



Yang ni pulak saya gunakan teknik jelujur dan bunga manjalara.Kedua-dua ni saya jahit kat baju raya Aleesya


Warna biru ni baju saya sendiri.Teknik yang saya gunakan adalah jahitan manik berpintal double layer



Baju hijau yang atas tu dan baju coklat kat bawah ni kedua-duanya saya guna teknik jelujur dan bunga manjalara.Tapi design dia berbeza sikit..

Ok,harap anda suka dengan post saya kali ni.Nanti post yang akan datang saya akan tunjukkan lagi hasil jahitan saya yang lain.

2 comments:

  1. hai lia,
    nana pon ada wat entry gak pasal manik-manik nieh..
    kat label " jejari gold erin"
    bleh kongsi jahit-jahit.. tp blogku caca-merba hehehehhe
    jom ke pink heArt
    http://ehemsz.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews