Saturday, April 30, 2011

Cute baby booties

 Jarang2 je tengok mamaleesya keluarkan produk baby booties ni kan?(produk la konon2...kih2..;)
Selalunya asyik buat beanie dan headband je...so kali ni bolehlah tengok baby booties yang julung2 kali dihasilkan ni...cewah...ini adalah tempahan my cousin, kak ida..untuk super cute baby aimi!
Booties ni saya tak ikut mana2 pattern pun, main hentam kromo je...hanya berpandukan pada gambar yang dihantar oleh kak ida....so, sudah pastilah ada senget-benget disana -sini...almaklumlah pattern sendiri kan...hehe..
gabungan kaler krim dan coklat, ditambah dgn sepasang rama2...cute tak?..(^_^)
yg ni pulak sepasang dgn headband...satu kaler je, simple....
Ok,that's all.....sebenarnya hari ni saya tengah bersiap2 nak balik ke kampung ni...minggu ni cuti 3 hari, sempena hari pekerja..so, kepada semua pekerja2 di Malaysia, HAPPY LABOUR DAY! see u guys...babai.....:)

Friday, April 29, 2011

Baby beanie with two flowers

Dalam pada keasyikkan menonton perkahwinan diraja Britain, Putera William dan Kate ni, sempatlah saya halakan jari-jemari mulus ni ke keyboard untuk menaip entry ni....wahh..ayat pun dah berbunga2 juga nih...mentang2 lah tengah tengok anak raja kahwin.....heheh
Ok, straight to the point.......kali ni saya nak tunjuk kat anda semua baby beanie kaler krim yang ditempah oleh azian...beanie ni saya dah pos minggu lepas lagi, baru hari ni berjaya dientrykan...sorilah azian ye....
Tak ada idea lah nak tulis.....jom layan gambar jelah....



Thursday, April 14, 2011

Topi earflap Bob Marley

 Minggu ni saya dah pergi sekolah.....sebab cuti 'special' saya dah abis...dan saya pun dah semakin sihat dan bersemangat!heheh...
Dan atas semangat itulah, saya telah berjaya membuat entry pada malam ni...:D
Kali ni saya nak tunjuk kat anda semua earflap hat terbaru yang dah saya siapkan...earflap ni menggunakan warna tema Bob Marley....siapa Bob Marley tu?hehe...saya pun tak tahu sebenarnya....tapi, setelah membuat sedikit research di internet ni...(cewah....) akhirnya, barulah saya tahu yang Bob Marley ni sebenarnya adalah seorang penyanyi dan pemuzik terkemuka yang berasal dari Jamaica sekitar tahun 1963-1981.(tak pasal2 saya buat research pasal bob marley pulak dah....;)
Ini semua gara2 order dari kawan saya,Yna. Dia order dengan saya earflap hat ni, dan nak kaler Bob Marley....mula2 konfius juga....rupa2nya kaler bob marley tu, kaler hijau, kuning dan merah...hehe...ok,jom layan gambar pulak.....

Saturday, April 09, 2011

Cute baby shirred top

 Nak update sikit pasal sewing project la pulak...cute baby shirred top...cute ke?hahah...apa2 yang berkaitan dengan baby mestilah cute kan? Shirred top ni saya jahit sebelum saya diserang chicken pox hari tu...tempahan wany untuk anak sedaranya balkis.Tak pasti pulak saya berapa umurnya balkis ni, tapi rasanya belum sampai setahun lagi....
Syok tau jahit shirred top ni....sukaa sangat tengok bila kedut2 tu dah jadi banyak..comel je...fabrik yang saya gunakan kali ni ada corak strawberry kecik2...very cute!tapi kali ni takde gambar model la ye...sebab aleesya nak tolong pakai pun, tak padan....kecik....
Ok,harap2nya wany dan balkis suka la dengan hasil tangan mamaleesya ni ye...

Friday, April 08, 2011

me in kosmo...(^_^)

Ok, guys...inilah cerita gembira yang saya nak bagitau semalam tu....cerita yang membuatkan saya tersengih hingga ke telinga...heheh...malulah nak cite panjang2...kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik kat kosmo online ni.Takpun baca je kat bawah ni ye, kosmo 04/04/2011...:))
tq farhana yang sudi menemubual saya untuk menyiarkan rencana ni...;)

Scarf and earflap hat for gegirl

Dah lama rasanya tak update hasil kaitan terkini....yelah, sejak saya 'bercuti panjang' ni, nak pegang jarum kait pun dah tak larat...2,3 hari ni dah rasa ok sikit....tu yang semangat nak buat entry ni...hihi  :)
Kali ni saya buat satu set scarf dan earflap hat dengan warna tema pink dan coklat, of course la untuk gegirl kan? Order kali ni adalah dari kawan lama saya masa sekolah dulu, Tengku Zunida. Kami jumpa balik kat facebook dan dia pun berminat dengan seni kait-mengait ni....sebenarnya Tengku Z tempah scarf dan earflap hat ni untuk anak gadisnya yang berumur 4 tahun, sebab dia nak ke UK mengikut suaminya sambung belajar di sana..nanti musim2 sejuk bolehlah pakai scarf dengan hat ni ye...
Alhamdulillah, scarf dan earflap hat ni dah pun sampai ke tangan tuannya, dan Tengku Z sekeluarga pun dah selamat sampai ke UK...baik2 kat tempat orang ye...(teringin la pegi sana jugak....hehe)
earflap hat ni saya hiaskan dengan bunga yang simple je..
gabungan kaler pink+coklat pilihan Tengku Z...orait gak kan?

Thursday, April 07, 2011

Arrghh....saya diserang chicken pox!!!


Haa...inilah dia bendanya yang telah menimpa saya seminggu yang lepas.Chicken pox!!Biasanya penyakit ni menyerang budak2 kecik..tapi disebabkan saya memang tak pernah kena dari kecik lagi, sebab tulah badan saya tak ada antibodi untuk melawan penyakit ni.Dapat dari mana tu saya pun tak tahulah...
Tiga empat hari sebelum nak kena tu, memang saya rasa badan ni letih dia lain macam sangat...tak pernah saya rasa seletih tu, dengan lenguh2 badannya dan rasa macam bisa2 je kat sendi..rupa2nya waktu tu lah virus Varicella tu sedang berinkubasi dalam badan saya ni...wah! dah macam mengajar sains kat kelas pulak ye...murid2...haha...

Dan...2hari selepas tu, saya nampak ada biji2 merah mula timbul kat bahagian perut dan tangan.Tak banyak, ada 2,3 biji je..Esoknya saya tengok, biji2 tu dah mengelembong dan ada air.Alamak! apa pulak ni? ke saya terkena penyakit kulit?memang tak terfikir langsung nak kena chicken chop pox...sehinggalah saya berjumpa dengan doktor petang tu.Bila doktor tengok je biji2 kat tangan saya tu...memang sah! saya diserang chicken pox!!! arghhh!!!rasa nak menjerit je masa tu....tapi, takpelah, saya kena redha.Orang kata penyakit yang Tuhan bagi kat kita ni untuk menghilangkan dosa2 kecil....

Nak tahu tak macamana virus ni menyerang?tengok gambar kat bawah ni...
klik sini untuk baca lebih lanjut
Ok,ok, jom sambung lagi cite nak....saya bangun pagi esoknya...haa, tu diaaa....penuh bintik2 kat muka, kat badan terutamanya kat belakang....ish,takut nak tengok muka sendiri kat cermin...dengan bengkak2 merah dan ada yang dah mengelembong...huhu....betapa seksanya menahan sakit dan gatal2 kat seluruh badan ni...calamine lotion yang doktor bagi tu dah jadi peneman setia saya dah...yelah,bila sapu lotion tu,rasa lega sikit gatal2 tu...sampai aleesya pun tanya kat saya, "mama, kenapa mama tak sapu bedak tu?" hehe..dia tengok muka saya putih macam tepung gomak kot....

Petua tradisional orang lama2 pun saya amalkan juga...yang pertama, orang tua2 kata minum air nyo..hehe...air kelapa...untuk keluarkan semua virus2 yang ada dalam badan kita ni...lepas tu untuk hilangkan rasa gatal2 kat badan bolehlah gunakan daun semambu ataupun daun belimbing buluh, ramas2kan dalam air dan buat mandi...

Dan masuk hari ni dah 9 hari saya berkurung kat rumah sambil membelai biji2 comel kat badan saya ni..tapi kebanyakkannya dah hampir kering dan jadi berkeruping....aduh, tak sabar rasanya nak sihat seperti sediakala, nak pergi sekolah, nak jumpa budak2...(ada sedikit unsur2 penipuan di situ ye...haha)
Oklah, dah jadi cerpen dah entry saya hari ni. Sampai sini dulu lah ye, nanti kita cite lagi k...eh, saya ada sesuatu yang gembira la nak share dengan anda semua....esok2 la pulak...babai...

Wednesday, April 06, 2011

Kat Malaysia pun ada ladang anggur ke?

Hi, apa khabar?Ok, sekarang adalah masa untuk berblog ye...heheh....walaupun ada sesuatu telah 'menimpa' diri ini selama seminggu.............apa tu?next entry ok...(hihi..macam lah rajin sangat nak buat entry hari2...;)
Ok, apa yang saya nak share dengan anda semua hari ni ye?tuuu, tengok tajuk tu...kisah ladang anggur.....ada sesaper yang pernah pergi kat ladang anggur ni tak?haa, kalau nak tahu kat Malaysia pun ada ladang anggur tau...lokasinya adalah di Sik, Kedah. Ladang anggur Beris, letaknya bersebelahan dengan Tasik Beris.
Sebenarnya mamaleesya n famili pergi ke ladang anggur ni masa cuti sekolah seminggu hari tu...so, kiranya ni adalah entry yg tertangguh la ni ye..ahaks...
Kat ladang anggur ni ditanam dengan dua jenis anggur, warna merah kehitaman dan juga warna hijau...

  Teruja betul lah saya bila dapat tengok buah anggur yang bergugus2 kat depan mata...eii,geram je nak ngap! tapi, awas ye.......tengok ni
 So, tengok sambil telan air liur jelah kat depan buah2 anggur yang bergugus2 tu ye...hehe..yelah, sesuai la dengan bayaran masuknya, RM3 je sorang, untuk kanak-kanak 7-12 tahun pulak RM1.50 je sorang..so, aleesya free!yey!
Tapi kawasan ladang yang dibenarkan untuk lawatan tu tak seluas mana pun, labih kurang 5 lorong je..
ha, yg ni panjang untuk satu lorong...
Selain dari boleh melawat ladang, kat sini pun ada galeri jualan jugak...ada jus, kek, buah anggur dan ada juga barang2 seperti sabun, shampu yang semuanya berasaskan buah anggur (eh, ye ke ni?)...
 Di bahagian luarnya pulak ada tempat untuk berehat-rehat ataupun nak minum jus anggur sambil menikmati kek pun boleh.....
  Ermm, dah puas jalan2 kat ladang anggur dan duduk2 kat depan ni, kami pun pergi jalan2 kat tasik pulak. Dekat je tasik ni, betul2 kat belakang ladang anggur tadi. Nama tasik ni adalah Tasik Beris..cantik sangat!...bila tengok air tasik ni, rasa kagum dengan ciptaan Tuhan...subhanallah...
Oklah, Aleesya pun dah tunjuk peace dah tu...rasanya setakat ini dulu lah untuk kali ni...so, kepada saper2 yang tak tahu nak pergi melancong ke mana, boleh la ke Ladang Anggur Beris ni..oklah, jalan2 bawa famili..kan?Oraitt, see u next time....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews