Sunday, September 26, 2010

Pernah makan ketupat buluh tak?

Pernah dengar ketupat buluh tak?Kalau dalam bahasa inggeris, namanya alkaline dumpling.Ketupat ni lebih kurang sama dengan kuih orang cina yang dipanggil kee chang. Saya pun sebenarnya baru je kenal ketupat buluh ni..sejak dah 2,3 tahun berhari raya di negeri Kedah. Rasa2nya orang kedah je kot yang buat ketupat ni, itupun tak semua tempat yang tahu. Masa balik beraya baru2 ni,sempatlah saya belajar dengan mak mertua macamana nak buat ketupat buluh ni. So, semalam,disebabkan tahap kerajinan yang terlalu tinggi, saya pun try la buat sendiri.So, di sini saya  nak share dengan anda semua cara2 nak masak ketupat buluh.
 1. Gambar yang atas tu adalah bahan2 yang kita perlukan iaitu daun buluh, air abu (alkaline water) dan beras pulut. Beras pulut tu kita kena rendam dulu semalaman bersama dengan air abu. Air abu tu jangan banyak sangat, dalam 3 sudu oklah. Daun buluh tu pun kita kena rendam juga bagi dia lembut, supaya senang nak balut nanti.
2. Gambar yang kedua tu pulak, cara2 nak balut ketupat. Ambil 2 helai daun buluh dan lipatkan menjadi bentuk kon, lepas tu bentukkan menjadi tiga segi.(sori,tak ada gambar step by step untuk bentukkan 3 segi, sebab tak ada orang nak tolong ambik gambar....i sorang2 je tau buat ni...)
3.Haa, macam nilah rupa ketupat yang dah siap dibalut dan diikat menggunakan tali rafia/benang.
4.Ok,sekarang bolehlah direbus selama lebih kurang 3-4 jam...

Nak tengok ketupat yang dah masak?Nilah rupanya...
Tak berapa nak jadi..sepatutnya bentuk dia lagi cantik dan padat. Mungkin skill masa membalut tu perlu diasah lagi...hahah...Ketupat ni sedap dimakan dengan serunding. Serunding ni pun saya baru buat semalam jugak..(kan tadi dah cakap,semalam saya terover rajin...heheh) Oklah, nampaknya sekian lah sahaja kelas memasak kita pada hari ni. Ada yang teringin nak cuba ke?;)

Friday, September 24, 2010

Crochet tissue box cover

 Inilah projek crochet saya yang terbaru...tissue box cover.Sebenarnya dapat idea nak kait tissue box cover ni dari sini dan sini.Simple je sarung kotak tissue ni,tak ada ropol2,tak ada munga2...he2...simple and sweet...;) Kalau ada yang nak try buat,boleh la tengok pattern kat link yang saya bagi tu.Senang je,just gunakan double crochet(dc) dan chain(ch),ataupun orang melayu kata kerang dengan tali air.Sebenarnya ada beberapa lagi tempahan mengait yang perlu saya siapkan.Tapi,saja curi2 masa kait sarung kotak tisu ni...nak menghiburkan hati..hahah...ni mood tengah happy,sebab esok CUTI....yeay!!!So,selamat bercuti dan berhujung minggu kepada anda semua...

Monday, September 20, 2010

Salam Lebaran 2010

Salam lebaran untuk semua....
Nampaknya kali ni berjaya jugak saya publishkan entry untuk raya.Tahun ni kami beraya di Felda Teloi Timur,Kedah, kampung sebelah suami.Hari isnin lagi kami dah bertolak pulang ke Kedah.Kami kat sana sehinggalah hari raya ketiga.Pagi raya ketiga tu kami dah mula bergerak untuk kembali ke Pahang,balik kampung saya la pulak...:))

Alkisahnya, kebetulan hari raya ketiga tu hari ahad,esoknya isnin,orang dah mula kerja...jalan punyalah jem giler2!dari Penang lagi dah nampak dah jalan macam nak jem teruk..terpaksalah kami mengharungi satu2nya jem yang tak manis tu..:( Lebih kurang 9jam perjalanan (masa tu dah dekat pukul 9malam),barulah kami sampai ke Rawang.Kalau ikutkan 9jam tu,dah boleh sampai,dah boleh tido2 kat rumah dah...Disebabkan driver pun dah lenguh2 kaki,dah tak larat  nak drive,saya pun ajak lah suami bermalam kat rumah kakak saya di Rawang.Kebetulan pulak kakak baru je balik ke rumah dia petang tu.So,malam tu terpaksalah kami tidur di rumah kakak dulu,sebelum meneruskan perjalanan lagi esok pagi.

Dan esoknya,nasib baik trafik dari KL ke Temerloh berjalan lancar...sampailah kami ke Kampung saya pada hari raya yang keempat...isk..isk..isk..sedihnya....Kakak2 pun dah balik,yang tinggal adik2 jelah...so,tak adalah gambar raya di Kampung sebelah saya.Takpe,tahun depan la pulak ye..heheh...dan untuk tatapan anda semua,cewah...nilah gambar2 raya kami sekeluarga di Kedah..dengan tema tahun ni warna..........................COKLAT!emmm..yummy!!!
Ini gambar kami sekeluarga,abah,mak,tok dan adik2
Ini gambar bersama mak dan abah a.k.a tok dan wan aleesya

Yang ni pulak gambar abah+mama+aleesya..;)
Gambar mama dan abah yang maintain,tapi Aleesya dah mula boring,taknak bergambar

Oklah,setakat ni dulu kisah raya kami tahun ni..semoga kita dipanjangkan usia untuk dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan pula...ok,babai!Salam lebaran dari mamaleesya untuk semua....:)

Friday, September 17, 2010

Cute & Yummy: Fabulove Giveaway

Hai..selamat hari raya semua!Masih dalam mood raya kan?hehe...saya pun sama..rasa tak cukup je cuti+cuti ganti yang hampir 2 minggu tu..tapi,oopss!ni bukan entry raya ye..sebenarnya entry ni sempena saya nak join giveaway dari cute & yummy.Hadiah memang bessstt sangat2!tapi giveaway ni khas untuk crocheter sahaja ok...so,kalau ada yang berminat nak join boleh tengok kat sini ye..

Sunday, September 05, 2010

Baju raya Aleesya

La.la..la..la..la....senangnya dalam hati....baju raya Aleesya baru je  dah siap!setelah saya bertungkus-lumus  menyiapkannya semalam,dan hasilnya..........nilah dia baju raya Aleesya...satu corak english roses dan satu lagi corak bunga kecik2...dua2 kain cotton.Sesuailah untuk budak2.Sebenarnya dah lama saya beli kain ni,tapi disebabkan ke'busy'an yang melampau,terpaksalah saya perap dulu...Last2,last minute jugak baru siap.Ingatkan nak jahit sepasang lagi,eh...2pasang lagi,sedondon Aleesya dengan mama dia,tapi..emm, itulah,kita hanya merancang...:(  Takpelah nanti raya haji la pulak kan?
Yang corak roses tu saya jahit mata lalat giant kat leher,yang coklat tu pulak ingatkan nak jahit manik,harap2 sempatlah jahit sebelum raya ni..haa..nak tengok mata lalat giant tak?hehe,nanti saya close up sikit ye....
Nilah dia..mata lalat tu jadi besar sebab saya gunakan benang kait.Saja try nak tengok cantik tak....
Oklah,sampai sini dulu ye,jap lagi saya nak kemas barang2 pulak.Tahun ni kami sekeluarga akan beraya di nunnnnnnnnn....utara sana, negeri Kedah Darul Aman...heheh...so nak kena kemas rumah dan packing apa2 yang patut.Esok kami akan balik kampung...hohohoho...balik kampung!!So,di kesempatan yang ada ni saya nak ucapkan pada semua.....
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Friday, September 03, 2010

Skaf comel untuk Airin

 
Skaf lagi ke?mesti ada yang cakap macam ni kan?hehe..taklah..saya yang cakap..kali ni saya kait skaf untuk Airin pulak.Tempahan dari Aizan untuk anak saudaranya.Aizan minta saya kaitkan skaf guna benang bulu kambing yang mix colour.Puas la saya cari kat sekitar bandaraya Bera ni,tak jumpa.Almaklumlah,bandaraya yang terpencil macam ni mana nak ada benang2 yang canggih macam ni.So,saya pun mencari2 la di kedai2 online yang ada.Nasib baik ada kak Aisya yang baik hati yang rekemenkan saya untuk tengok kat sini.Akhirnya dapat juga saya beli benang yang comel ni.Dan terhasillah skaf yang comel ni untuk Airin...

Thursday, September 02, 2010

Skaf dan headband raya untuk Afrina

Semalam saya berjaya menyiapkan kerchief ataupun skaf  yang ditempah oleh Azlina, cikgu sekolah saya untuk anaknya Afrina.Benang yang saya gunakan untuk buat skaf ni,sebenarnya sama dengan yang saya buatkan untuk Kak Anita dulu.Cuba tengok sini.Bila Azlina tengok skaf yang saya buatkan untuk anak Kak Anita tu,terus dia berminat nak order jugak.Dan dia nak kaler benang yang sama jugak.Yang bezanya,saya tambahkan 3 kuntum bunga dan 2 helai daun kat atas tu...bagi nampak berseri sikit..yelah,skaf ni untuk dipakai di hari raya nanti....Lagi satu tempahan Azlina,ni dia...headband putih berbunga pink..
Harap2 baby Afrina sukalah dengan kerjatangan auntie mamaleesya ni ye..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews