Monday, November 23, 2009

Happy crocheting!

Anda suka crochet tak?Kalau dalam bahasa melayu orang panggil krusye atau mengait.Ataupun lebih tepat lagi kait jarum satu. Ada sejenis lagi mengait yang gunakan dua jarum.Yang tu pulak dipanggil knitting.Tapi knitting ni saya belum belajar lagi.InsyaAllah akan kucuba suatu hari nanti ;-).Mengait ni memang syok (bagi orang yang minat la..).Kalau dah stat mengait tu rasa tak sabar nak siapkan sebab nak tengok hasilnya.Tapi...kalau dah stop,then nak sambung balik,alahai..malasnya.Saya pun dah lama tak mengait ni.Jarum kait tu pun elok je tersimpan tak usik-usik.Sekarang ni tengah cuti panjang, rasanya nak mulakan balik la projek mengait ni.Buat projek simple2 pun tak apalah.Saje nak asah balik skill.Nanti lama sangat tinggal berkarat pulak.hehe.Entry kali ni saya nak share projek2 mengait yang saya dah buat dolu-dolu.Tengoklah..

Set booties dan topi ni saya buatkan untuk
Aleesya masa baby dulu.Sekejap je pakai,sekarang dah tak padan..












Booties brown ni pulak saje suka-suka buat.Seronok tengok bila dah siap









Yang ni saya buat alas.Jenis ni dipanggil fillet crochet.Teknik fillet ni kita boleh buat macam-macam.Nak tulis huruf ke,nak buat corak roses ke...nanti kalau ada masa saya tunjukkan macammana nak buat fillet crochet ni.







Ok,itu saje.Ada lagi beberapa projek yang tak sempat nak diupload.Lain kali la ye.Kalau anda ada projek2 yang lebih menarik boleh la kita share...

Bunga-bunga cinta

Hehe..jiwang tak tajuk kali ni? Sebenarnya saya nak citer pasal gubahan bunga.Selain daripada menjahit manik kat baju, saya ni suka juga menggubah bunga(walaupun main hentam jer..) Saya memang suka tengok gubahan2 bunga yang kat kedai tu.Kadang2 teringin juga nak cuba buat sendiri.So,nilah bunga-bunga yang saya gubah tu.Walaupun tak cantik sangat,tapi puas tengok hasil kerja sendiri.Betul tak?

Wajah-wajah Aleesya

Hai,pengunjung2 blog semua,rasanya dah beberapa hari saya tak masukkan entry yang baru.Maklumlah,minggu lepas kan minggu terakhir persekolahan.Macam-macam benda nak disetelkan.Nak siapkan buku rekod pelajar dan rekod mengajar,nak tutup register,nak kemaskini itu,nak kemaskini ini...macam-macam lagi lah.macam tulah cikgu di hujung-hujung tahun ni.Tapi sume-sume tu dah setel.So sekarang masanya untuk....... CUTI!!!:-)

Kali ni saya nak cerita tentang Aleesya pulak.Sekarang ni umur Aleesya dah masuk 1 tahun 3bulan.Baru bulan lepas je Aleesya mula berjalan.Itupun tak banyak langkah lagi.Sekarang?huhh..tak larat nak kejar.Asyik berjaaaa...lan je.Sekejap2 nak ke dapur, nak kemas rak pinggan.Lepas tu nak masuk bilik, nak tolong susun baju kat dalam almari.Emm,macam-macam lagilah.Tapi itulah satu-satunya penghibur hati saya kat rumah ni(selain dari abah Aleesya tu..;-p) Sambil tengok gelagat Aleesya,terpikir plak saya nak mengedit gambar-gambar Aleesya ni.Oklah, kat bawah ni adalah gambar Aleesya dari dulu sampailah sekarang yang saya dah jadikan collage.Jom tengok...


Ok,yang ni plak adalah gambar yang saya ambik sebagai bahan bukti untuk tunjuk kat abah Aleesya apa yang Aleesya dah buat masa abah takde...nanti mama citer abah tak caye...

Yang ni bukti Aleesya sepahkan habis satu almari baju-baju dia. Kejadian ni berlaku waktu mama dia tengah mandi (mama Aleesya ni kalau mandi lame..hehe)

Ni tengah tekan-tekan butang dekoder Astro tu.Sekejap on,sekejap off,sekejap lagi on balik dan seterusnyer..







Dan bila Aleesya tidur macam ni barulah mama legaaaaa...haa..

Saturday, November 14, 2009

Sulaman manik

Kali ni rasanya saya nak berkongsi dengan pembaca semua tentang sulaman manik.Saya memang suka jahit manik ni.Mula-mula tu saya cuba-cuba jahit sendiri je.Lepas tu tengok kat internet,tengok kat blog orang lain macam mana cara nak jahit manik ni.Last-last saya beli buku Sulaman benang & manik labuci oleh Rosita Jaafar.Ha,baru puas hati.Kat dalam buku tu complete semua jenis jahitan manik dan tekniknya sekali.Lepas tu saya pun cubalah jahit manik ni kat baju sendiri je.Kat bawah ni saya tunjukkan contoh-contoh jahitan manik yang saya dah buat.

Yang ni jahitan manik beriring



Yang ni pulak saya gunakan teknik jelujur dan bunga manjalara.Kedua-dua ni saya jahit kat baju raya Aleesya


Warna biru ni baju saya sendiri.Teknik yang saya gunakan adalah jahitan manik berpintal double layer



Baju hijau yang atas tu dan baju coklat kat bawah ni kedua-duanya saya guna teknik jelujur dan bunga manjalara.Tapi design dia berbeza sikit..

Ok,harap anda suka dengan post saya kali ni.Nanti post yang akan datang saya akan tunjukkan lagi hasil jahitan saya yang lain.

Pemegang periuk

Lepas beli mesin jahit tu,saya dah tak sabar-sabar lagi nak hasilkan sesuatu.So, terhasil lah pemegang periuk tampal cantum ni.Saya gunakan kain-kain perca lebihan yang saya jahit selimut dulu tu.Sambil-sambil nak test mesin jahit baru,saya buatlah pemegang periuk ni.Lagipun projek ni simple dan senang je nak buat.Okay,tengoklah hasil pertama saya selepas dh ada mesin jahit.





Friday, November 13, 2009

My sewing machine

Setelah berjaya hasilkan projek saya yang pertama dulu, iaitu selimut patchwork,semangat saya untuk terus menjahit dan hasilkan projek2 yang baru semakin berkobar-kobar.Teringin pulak rasanya nak beli mesin jahit.Nanti bolehlah saya jahit macam-macam lagi. Husband pun kesian tengok saya dok menjahit guna tangan je.Dan suatu hari, jeng..jeng..jeng.. kami pun pergilah ke Temerloh (untuk pengetahuan pembaca,saya tinggal di bera) untuk beli mesin jahit baru untuk saya!

Tadaa..nilah dia mesin jahit kesayanganku ini:-)

Mesin ni brand Singer.Model 8280.Kalau tak silap saya harganya masa saya beli tu RM695.Wah..seronok tak terkata saya bila dah dapat mesin ni.Tak lena tido malam tu,hehe..Dengan adanya mesin ni,rasanya macam-macam saya nak buat.Tapi terpaksalah tunggu Aleesya tido dulu.Kalau tak berebut lah dengan dia nak godek-godek mesin tu.

Projek pertama

Hai, kali ni saya nak cerita pasal projek pertama yang saya hasilkan.Nak tahu apa dia?Haa...ni dia, selimut tampal cantum atau patchwork.


Selimut ni saya jahit masa tengah pregnantkan Aleesya dulu.Kalau nak tahu, selimut ni saya jahit tangan je, sebab masa tu tak ada mesin jahit lagi.Tapi disebabkan minat dan nak sangat cuba buat selimut tampal cantum ni,saya kuatkan juga semangat untuk siapkan selimut ni.Bertambah semangat lagi bila fikirkan yang saya buat selimut ni untuk baby yang bakal lahir nanti...Dan hasilnya, nilah dia selimut untuk puteri kecik saya tu.

Aleesya seronok main dengan selimut yang mama dia jahit...


Salam perkenalan...

Salam perkenalan buat semua...hi, ini adalah post saya yang pertama.Jadi elok rasanya jika saya memperkenalkan diri saya dulu.Saya adalah seorang wanita yang bekerja, isteri kepada suami tercinta dan ibu kepada seorang puteri yang diberi nama Aleesya Husna.Sebenarnya dah lama saya bercita-cita nak ada blog sendiri ni.Tapi biasalah, tak ada masa nak buat.Setiap hari asyik melayan kerenah si kecik tu.Memang tak sempat..

Tapi,atas dorongan suami tersayang,akhirnya terhasillah blog yang tak seberapa ni.Dengan adanya blog ni,selain untuk mengabadikan kisah hidup saya,sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda semua yang mempunyai minat dan hobi yang sama dengan saya iaitu...MENJAHIT!!!

Ya,saya memang minat sangat-sangat menjahit.Tak kiralah jahit apapun.Jahit baju ke,sarung bantal,alas meja atau apa2 home dekor yang lain.Tapi saya menjahit ni sekadar nak mengisi masa lapang je.Biasanya hujung minggu jelah masa yang saya ada untuk kerja-kerja menjahit ni.Kalau hari-hari biasa,pergi kerja,balik kerja dan siapkan apa2 kerja rumah yang ada jelah.

Selain dari menjahit,saya minat juga menyulam.Terutamanya buat sulaman manik dan sulaman benang.Sulaman riben plak belum ada masa lagi nak cuba.Tapi,insyaAllah satu hari nanti saya nak cuba juga sulaman riben ni.Memang comel! Oklah,rasanya setakat ni sajalah untuk post yang pertama ni dan saya berharap sangat untuk mengenali anda semua yang mempunyai minat yang sama dengan saya.Diharapkan agar di sini kita dapat sama-sama berkongsi ilmu dan bertukar-tukar idea.Ok,salam sayang untuk semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews