Sunday, August 15, 2010

Jalan-jalan Ganu kite!

Na..na..na..na..na..ganu kiterr....hehe
Semua orang suka bercuti kan?Ataupun lebih tepat lagi, bercuti+melancong..haa,kali ni saya nak share percutian saya di Kuala Terengganu hujung minggu lepas. Sebenarnya kami ke sana sempena Hari Keluarga SMK Mengkarak a.k.a sekolah En Aznizam ;)
Petang jumaat lagi kami dah bertolak beramai-ramai menuju ke Kuala Terengganu.Memang meriah sangat bila kita bergerak secara konvoi ni kan..tapi,paham2 jelah,sekali berhenti,hai berjam2 pulak nak bergerak balik..so,dipendekkan cerita kami sampai kat sana lebih kurang pukul 10.00 malam.Malam tu kami tidur kat Marang Guest House.Model kecik posing kat depan chalet2 di Marang Guest House

Esoknya, kumpulan cikgu2 Mengkarak ni dibahagi kepada 2 group.Satu group yang nak ke Pulau Kapas, dan satu lagi yang nak jalan2 ke Pasar Payang.Nak tahu saya pilih yang mana?Of course la saya pilih Pasar Payang!!haha...bukan apa,saya ni lemah sikit kalau bab2 nak naik bot ni..takut pening..huhu..
Oklah,jom kita shoping kat Pasar Payang dulu..Haa,cantik tak bangunan ni?yang ni bukan Pasar Payang ye..yang ni namanya Bazar Warisan.Suka tengok bangunan ni yang nampak tradisional dengan ukiran2 yang cantik.Nak tahu tak?Aleesya cakap, "mama,nak bayang.."dia ingatkan ni masjid, ajak mama dia pergi sembahyang.hehe..
Aha..yang ini barulah Pasar Payang..huh,berpinar mata tengok kain,ada kain pasang,kain sutera,kain tudung,kain batik,kain songket,kain telekung,kain itu,kain ini..Yang ni di bahagian makanan dan keropok2 keping.Orang kata tak sah kalau pergi Terengganu tak beli keropok kan?ha,pilih la nak yang mana..Sebenarnya ada macam2 lagi yang dijual di Pasar Payang ni.Dari kuih-muih,sayur-mayur,lauk-pauk,barang2 kraftangan,kerongsang dan batu permata hinggalah ke toto dan narita...rasanya lebih baik la anda pergi dan tengok sendiri (dan shoping la sendiri..ek),barulah puas hati,kan?

Petang tu,kami bergerak pulak ke Anggulia Beach Resort.Malam ni kami semua akan tidur kat sana pulak dan ada dinner+BBQ.
Model kecik n the gang bergambar di entrance Anggulia Beach Resort

Esoknya pulak,(hari ahad,last day dah ni..huhu),program kami yang seterusnya adalah melawat ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung.Haa,kat sini baru boleh 'bayang'..heheh

Model kecik bersama mama posing kat depan Masjid KristalYang ni salah satu pintu masuk ke dalam masjidYang ni pandangan di sebelah belakang masjid

Dah penat round2 dan ambik gambar kat Masjid Kristal,kami pun bergerak ke Pasar Pasang lagi untuk shoping apa2 yang patut sebelum balik ke Malaysia..opss,chupp! balik ke kerayong...kira ni final shoping la ni..ahaks..

Ok,dah abis shoping dalam pukul 2.30 ptg, kami semua pun berkonvoi lagi untuk balik ke rumah masing2......abis dah...kesimpulannya,terengganu memang best!!rehatkan minda,pergilah melancong..cuti2 Malaysia!

Saturday, August 14, 2010

Menu berbuka hari ni

Hai kawan2 semua....berbuka apa hari ni?kalau nak tahu, inilah menu berbuka saya untuk hari ni.Disebabkan hari ni cuti,maka kerajinan mamaleesya untuk memasak berada di tahap yang agak membanggakan..heheh
Seperti yang anda lihat kat atas ni,menu berbuka saya untuk hari ni adalah ikan siakap sweet sour + sayur kailan goreng bersama ayam + kerabu mangga spesel (sebab mangga muda ambik kat belakang rumah je..hihi) Air?alamak,lupa plak nak snap gambar air...hari ni kami minum air teh 'O' ais takde limau.Abah Aleesya yang bancuh.Kuih dan muih beli kat pasar Ramadhan je...
Alhamdulillah,nampaknya nilah rezeki kami untuk hari ni..menu anda pula apa ye?
Oklah,sebelum terlambat,saya nak ucapkan;

"Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat...."

Thursday, August 12, 2010

Happy Birthday Aleesya.....


09.08.2008
Tarikh yang saya rasakan cukup indah....
pada tarikh inilah Aleesya mula melihat dunia..
pada tarikh inilah saya bergelar mama...dan
pada tarikh inilah suami saya bergelar abah...

Dan kini,Aleesya dah pun berusia 2 tahun...cepatnya masa berlalu...
Walaupun agak terlewat dientrykan,takpelah..akhirnya berjaya juga publish kan...ok,jom kita tengok gambar2 suasana di sekitar majlis harijadi Aleesya...besday girl malu2 nak potong kek..

kengkawan Aleesya yang tak sabar2 dah nak makan kek hello kitty
tetamu sedang menikmati hidangan (hasil air tangan mamaleesya..he2..malu i.. ;)

Yang ni sesi fotografi bersama kawan2 baik Aleesya (semuanya besar daripada dia..:)

Oklah,sampai sini dulu ye...jumpa lagi di entry yang akan datang..cewah..sebelum tu dengarkan ucapan daripada besday girl kat bawah ni...

Sunday, August 01, 2010

Cik Putih dan Cik Purple

Headband lagi....kali ni saya buat 2 headband.Yang putih bersih tu tempahan dari kak Anita,dan yang sweet purple tu tempahan dari saya sendiri.hiks..
Lepas saya siapkan headband untuk kak Anita,terasa macam nak buat untuk Aleesya pulak...punyalah excited nak siapkan...kait..kait..kait.. siap! Tapi malangnya, bila nak try kat Aleesya pakai,dia langsung tak mahu!huhu...sedih mama....penat je kait tau! tapi takpe,mama akan terus berusaha sampailah Aleesya nak pakai...boleh gitu...haha
Oklah, jap lagi saya nak siapkan baju kurung Aleesya yang dah separuh jalan tu...(untuk raya...:)
To all viewers, happy SUNDAY! yeah!!

Wednesday, July 28, 2010

Kerm's Craft 1st Giveaway

Malam ni terasa macam nak join giveaway lah....why? tadi jalan2,terjumpalah 1st giveaway dari Kerm's craft.Tengok hadiah2nya pulak,WOW!sunguh menggoncang jiwa! nak tahu apa hadiah2nya? tengok kat bawah ni....
Ada plushie,berbagai jenis butang,ribbon,hp charm,kain flannel dan bermacam2 lagi...Haa...best kan?Ok,kalau nak join,klik sini ye....

Monday, July 26, 2010

Cutie flower headband

Cute tak tajuk kat atas tu?hehe...tajuk jelah cute..isinya biasa2 je...:)
Emm..dah lama rasanya tak menjahit, dan dah lama juga rasanya tak mengait...yang selalu2 dan setiap hari buat.........me'right'...(meright kertas peksa,meright buku budak2,meright PEKA dan yang sewaktu dengannya...(=_=)

Dalam pada meright benda2 ni semua, sempat jugalah saya curi2 masa untuk mengait flower headband ni.Sebelum ni, saya tak pernah kait pun headband macam ni, saje nak try...biasanya saya selalu tengok headband yang cute2 kat sini. So, kali ni berjaya buat sendiri.Headband ni saya kait sesedap rasa je, tak ikut pattern kat mana2 pun.Sebab rasanya nak kait ni simple je...panjang headband ni agak2 jelah, dan kat hujung tu boleh la letakkan butang untuk senang kita nak selaraskan panjang yang sesuai untuk baby...
Ok,that's all...saya dah ngantuk ni..tengok jam jap, alamak!!dah pukul 1 lebih ni..haiyaa!kena tido la,nak pegi sekolah esok...gudnite!(-,-) zzzzzz

Saturday, July 10, 2010

Yey!! Saya Menang Giveaway!

Awas : Ini adalah entry yang tertangguh ye...

Yeyei!! Saya menang giveaway! Cantik kan beg kat atas ni? Haa,nilah hadiah giveaway yang saya menang dari giveaway maya sempena besdaynya yang ke....berapa ek?emm,tanya empunya dirilah...hehe.
Kembang-kempis saya bila maya umumkan pemenang giveaway hari tu.Memang tak sangka sangat2 macamana boleh menang, sebab peserta yang join giveaway tu agak ramai la juga,lebih kurang 134 orang.Mungkin dah rezeki saya kot...:D
Sepatutnya saya keluarkan entry ni 3 hari lepas,tapi biasalah macam2 halangan yang melanda diri ini..so, terhasillah entry yang tak berapa fresh dah ni...kui..kui..
First time tau saya menang ni..tu yang excited sangat nak share kegembiraan saya ni dengan anda semua!So,tengok la puas2 ye,sebelum saya nak keluar bergaya dengan beg yang cantekk ni... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews