Wednesday, January 06, 2010

Strawberry fridge magnet

Felt lagi!yei!hari ni dapat kain felt dari mscraft pulak.Tip top betul la service dari mscraft ni...semalam bayar,hari ni terus dapat.ok,thanks ye cik kema...
Dah macam2 kaler felt saya ada.Sekarang tengah giler felt pulak.Dalam kepala ni macam2 nak buat..Orang lain dah lama buat,kita baru je nak stat.Takpelah,macam William Shakespeare cakap, "To climb steep hills, requires slow pace at first.."hehe..betul tak?Ni lah kain felt yang saya order dari mscraft tu..
Dan inilah hasilnya....
strawberry fridge magnet.dah jadi hiasan dah kat peti ais kat dapur tu..
Ada yang berminat ke?hehe..bleh la email saya ye..;-)

Tuesday, January 05, 2010

My first felt craft

Hari ni dah masuk hari kedua persekolahan.Awal2 tahun macam ni penat la sikit (yelah,setelah sekian lama bercuti panjang...) Macam2 yang nak disiapkan,buku rekod,register kelas,TOV pelajar, dengan meeting setiap hari...hai,macam nilah cikgu2 di awal tahun..Tapi,balik sekolah semalam saya hepi sangat.sebabnya.......Kain felt yang saya order dengan Tica tu dah sampai!wah,saya teruja sangat2!!tak sabar rasa nak hasilkan sesuatu.Dan disebabkan keterujaan itu,saya telah hasilkan ini..........tengok la..Flower hair clip untuk AleesyaYang ni bahagian belakang hair clipYang ni gambar tuan punya hair clip malas nak tengok camera

Seronok juga buat felt craft ni ye..first time saya buat.Kiranya ni my first trial laa.Banyak lagi kain felt tu,so nantikan projek2 yang bakal menyusul nanti ye..

Sunday, January 03, 2010

Tahun baru, serba baru?

Yeke tahun baru serba baru ni? Apa yang baru ek? Haa..bukan sofa,bukan langsir baru ye...tapi kawan baru!!! Nak tahu siapa? Tengok ni...
Mesin jahit tepi Singer ataupun overlock model 14N555!!!

This is my 2nd besfren.My 1st besfren?(mesin jahit yang kat sebelah tu...). Mesin ni saya beli kat kedai Baisudin Mesin Jahit di Temerloh (En Baisuddin kena bagi komisen kat saya ni sebab tolong promote..).Sape2 orang Temerloh mesti tahu punya kedai ni.Best, dia siap ajar lagi macamana nak jahit tepi kecik,jahit tepi besar,nak masuk benang bagai...sampai la puas hati, baru beli. So sekarang saya dah ada 2 kawan baik.Tengok,comel tak diaorang ni...hahaEmm..baru syok dah ada kawan baru kan?kalau tak mesin jahit saya tu duduk sorang2 (sebijik2) je kat situ.Tak payah la saya hantar kat kedai cina lagi lepas ni untuk jahit tepi.
Ada lagi ke yang baru? Ada... ni ha,gunting kain cap Singer jugak.
Gunting lama saya yang cap ayam tu dah tumpul,tak best nak potong kain.Gunting Singer ni walaupun mahal sikit,tapi berbaloi-baloi! bila gunting kain tu rasa macam meluncur je lajunya..hehe
Dan yang terakhir adalah ini..
Plastic storage drawer kaler PINK!!!
(erin pink heart jangan jeles ye..)
untuk simpan kain2 yang bersepah yang tunggu masa untuk diprojekkan dan untuk simpan sewing tools yang lain. So macam nilah rupa ruang menjahit saya dengan adanya kawan2 baru saya ni...Ok,tu jelah yang nak saya share dengan anda semua..eh,eh,ada lagi la.. Aleesya pun nak share juga kawan baru dia ni...

(baru beli kat Giant)

Hehe..Okla,harap2 sempena tahun 2010 ni, boleh la saya meningkatkan lagi skill saya dalam bidang jahit-menjahit ni dan hasilkan sewing project yang best2...yeah!!

Nota kaki: Setinggi-tinggi penghargaan buat En Aznizam (abah Aleesya le tu..) yang telah bersusah-payah mengangkut barang2 ni masuk ke bonet kereta.Mmuuaah!!

Deliagarden Giveaway

Sempena birthday empunya blog Lydia, pada hari esok (hepi besday to you...) dia dengan berbesar hatinya telah melancarkan satu giveaway yang best!nak tahu hadiahnya?.....
sebuah pouch sling dan......cutie green tote bag/nursing

kedua-dua ni handmade by Deliagarden.Kalau anda nak join boleh lah klik sini DELIAGARDEN

Saturday, January 02, 2010

Patchwork tote bag

Tak tau la..semenjak dua menjak ni,tangan ni gatal nak buat bag jelah..lepas buat pouch kecik tu,teringin pulak nak try buat tote bag.Masa tengah susun kain2 cotton saya yang bersepah tu,terjumpalah sehelai patchwork yang pernah saya buat dulu..dah lama juga lah saya cantum2kan kain ni.Tak tahu nak buat apa,nak buat selimut malas pulak..lambat siap! pikir2 jap,emm...kalau buat beg pun ok kot..So,hari ni seharian saya dok menjahit tote bag nilah.Lambat jugalah nak siap (untuk orang yang tak pro macam saya ni...).kejap2 salah jahit,pastu tetas plak,adui,mencabar juga lah nak siapkan beg ni..anda tengoklah hasilnya...

siap ada pouch kecik untuk letak syiling... Beg ni tema hijau kuning.Orang kedah mesti suka kan?...haha.(my hubby lah! nak suruh dia bawa pergi sekolah,bleh tak bang?;-D)

Friday, January 01, 2010

Recycle your jeans - Part II

A little pouch for my sis...
Pouch ataupun beg kecik ni saya buatkan untuk kakak saya, De.Corak bunga tu saya buat sedondon dengan handphose case yang saya buat untuk adik saya tu.Saja nak bagi gift kat diaorang.Sebab diaorang berdua ni la yang tolong saya pilihkan seluar jeans kat kedai bundle dulu..Ok,harap2 diaorang berdua ni suka lah dengan gift ni.(kalau tak suka pun,kena suka juga!tak kira...penat tau jahit zip tu!)



Recycle your jeans - Part I

Yes!Recycle your jeans...
Handphone case yang dibuat daripada seluar jeans ni saya nak hadiahkan pada adik saya (nama manja dia kalau dalam famili ;koktang) yang sedang berkursus di Kuantan. Dia yang request saya minta buatkan something untuk dia.Cari2 idea, akhirnya nilah hasilnya...saya ni sebenarnya takut nak jahit benda2 yang berzip ni..(zippersphobia:-P hehe..).tapi try jugaklah..sebab tu saya tak snap gambar sebelah dalam(comot sangat!)

(saya gunakan lebihan kain jeans yang saya jahit skirt Aleesya dulu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews