Sunday, February 20, 2011

Cantiknya benang2 ni semua!!

Setelah  hampir seminggu mamaleesya menghilangkan diri (tak hilang pun sebenarnya,ada je kat sini..he2)....
Hari ni saya nak share dengan anda semua benang2 kait yang saya beli dengan Kak Ayza dari benangkait.com. Benang2 kait ni baru je sampai ke rumah saya semalam..kali ni saya order benang2 single yang pelbagai jenis..saje nak tengok dan nak try benang2 yang pelbagai ni...yelah, asyik2 benang nona, benang ondori, benang nona, benang ondori...boring la pulak kan...(he2..padahal benang tulah yang dok buat kait selama ni..:)
Oklah, jom kita terjah benang2 Turki ni...
Sekarang saya nak perkenalkan pulak benang2 ni satu persatu ye..
benang ni dari jenis wool bulky..besar sikit saiznya,tapi lembut...
yg ni namanya pure merino sb materialnya 100% dibuat dari merino wool
yang ni saya suka paling suka!soft2 gitu..he2..100% cotton, memang cantik...
ini pulak benang jenama nako dan 100% akrilik, lembut sgt dan berbulu sikit, beza dgn benang akrilik yg kita guna kat M'sia ni..
cute tak yg ni?bila pegang, rasa macam tgh membelai bulu kucing je..hi2..benang jenis polar dan 100% micropolyester
yg ni benang kartopu, juga 100% akrilik tapi tak berbulu dan berat sikit berbanding dengan benang nako tadi


nampak tak 2 btg jarum kait tu?haa, yg tu pun sy order dgn k.Ayza juga, saiz 7mm dan 8mm

Emm, nak buat apa  ye dengan benang2 ni semua? saya ni bila dah banyak benang yang cantik dan comel macam ni, mulalah sayang nak guna..rasa nak tengok je...boleh gitu?:D
So, kalau ada siapa2 yang berminat nak dapatkan benang2 comel ni, bolehlah klik kat sini, BenangKait.Com.

Sunday, February 13, 2011

Sweet baby beanie

Sweet kan tajuk kali ni? hehe..beanie untuk baby girl ni dikait khas untuk norhaya..customer online saya...dia minta saya buatkan apa2 hat untuk baby girl yang berusia 8 bulan...setelah difikir2kan hat apa yang sesuai, so, saya putuskan untuk kait sweet baby beanie ni..kombinasi warna yang orang kata "never go wrong" iaitu pink dan putih..
Harap2 Pn. Rohaya berpuas hati dengan sweet beanie ni..ok, i nak teruskan mengait dulu ye..babai!:D

Wednesday, February 09, 2011

Hot pink crochet headband

Shoping jarum sudah, shoping benang pun sudah...so, now it's time to show my latest work! Hot pink crochet headband tempahan azreen. Ini second order dari azreen sebenarnya.Sebelum ni dia pernah order tissue box cover dengan saya, juga kaler pink....ermm, i like! hihi...:) InsyaAllah, esok saya akak poskan headband ni kepada azreen...




Tuesday, February 08, 2011

Parcel dari Turki

Petang tadi, waktu balik dari sekolah, tiba-tiba saya ternampak satu bungkusan putih terdampar kat depan rumah...lalu saya pun dengan penuh tanda tanya mengambil bungkusan misteri itu.....jeng...jeng...jeng...
 Tengok alamat pengirim, dari Turki...aaaaahhh!!! sukanya!! benang yang saya order dengan Kak Ayza dulu dah sampai rupanya...saya ingatkan lambat lagi..tak sangka pulak dah sampai hari ni..

Nak tengok tak macam mana rupa benang2 turki ni?
Sebenarnya saya order 3  jenis benang, tapi lagi satu akan dipos kemudian disebabkan masalah warna yang tiada dalam stok. So, dua jenis benang ni, yang putih tu baby yarn dan yang kaler rose pink tu benang soft merino...cantik sangat benang2 ni dan lembut je...

 Tak tahulah lagi nak buat apa dengan benang2 ni semua...saje je test dulu ni...almaklum lah nak try jarum baru...hahah...tak abih lagi excited ni...hihi...
Oklah, kalau ada yang nak order juga benang2 dari turki ni boleh lah melawat ke benangkait.com dan berhubung dengan Kak Ayza ye..(servis memang tip top..best!)
Ok, nak tido dah...gudnite semua!


Monday, February 07, 2011

Crochet hook Hamanaka Rakuraku kini milikku!!

Hai semua...seperti yang saya janjikan semalam, hari ni saya nak share dengan anda semua sesuatu yang sangat menarik dan saya sangat2 teruja ni!....hehe..especially untuk crocheter2 di luar sana..mesti ada di kalangan anda yang pernah dengar ataupun terbaca tentang jarum kait buatan jepun ni...yang diberi nama Hamanaka Rakuraku.
Pertama kali saya tahu tentang jarum kait jepun ni bila saya terbaca review yang dibuat oleh Sindarery di blognya Da' Knit.Memang seronok baca review dari Sindarery ni, tambahan pula saya memang dah lama teringin nak memiliki satu set jarum kait yang comel macam ni...walaupun saya agak confuse sebenarnya, nak ke tak nak....takut jugak nanti bila dah beli tak seperti yang diharapkan.....hinggalah Sindarery memberikan link ni pada saya..lepas baca review dari melissa ni, lagilah bertambah semangat nak memiliki set rakuraku ni...
Survey punya survey punya pikir....akhirnya saya tekadkan hati untuk beli set Hamanaka Rakuraku ni! Kenapa saya cakap tekad?sebab harga satu set jarum ni mencecah RM170!!huhu....tapi kalau hati dah suka nak buat macam mana kan?
Akhirnya pada pagi selasa 01/02/11(masa tu tengah bersiap2 nak pergi bercuti...nasib baik lah mamaleesya ni bersiap lambat...hihi) datanglah En. Posmen membawa bungkusan yang memang saya nanti2kan selama ini..
haa, ni lah dia bungkusan dari Hong Kong...

Dan inilah dia Hamanaka Rakuraku  Soft Touch, crochet hook buatan Jepun!!
 Wah! seronok tak terkata!! rasa nak menjerit je...tapi terpaksa kontrol sebab En Posmen tu tak balik lagi...hihi...masuk je kat dalam rumah terus menjerit! yey!sukanya!!
Set Hamanaka Rakuraku ni ada 5 batang jarum semuanya...dan ianya adalah jenis double ended, maksudnya kedua-dua hujungnya ada hook.

Dan saiznya pulak bermula dari saiz 2/0 hinggalah kepada saiz 10/0. Seronok sangat sebab saya tak pernah ada lagi crochet hook yang saiz besar macam ni...tapi tak ada pulak benang yang sesuai...takpe,takpe, akan diusahakan nanti...;)
Dan, setelah mencuba jarum2 yang comel ni, hasilnya, memang selesa sangat bila mengait. Tak kiralah anda memegang jarum dengan cara knife-style ataupun pencil-style, kedua-duanya pun sesuai dengan bentuk jarum ni. Jarum rakuraku ni juga sangat-sangat ringan dan lembut bila digunakan, terasa seolah-olah seperti anda tak memegang jarum pun!! rasanya kalau nak mengait berjam-jam lama pun tak lenguh tangan....hehe :)
Dengan warnanya yang cantik dan pemegangnya yang sangat lembut , memang saya berpuas hati dan berbaloi  sangat memilikinya.....anda bila lagi?heheh....macam iklan pulak...tapi kalau betul2 anda nak mendapatkan jarum kait ni bolehlah menghubungi personal shopper Sindarery. Cuma, rasanya saya nak kena buat case lah untuk jarum2 yang comel ni..barulah bertambah exclusive, kan?

Oklah, rasanya setakat ni dululah entry untuk hari ni...insyaAllah nanti saya akan update kan pula hasil2 crochet menggunakan Hamanaka Rakuraku ni ye...jumpa lagi!

Sunday, February 06, 2011

De Rhu Beach Resort, Kuantan

 Ok, kali ni saya nak buat entry cuti-cuti malaysia! Bersempena dengan cuti tahun baru cina yang baru saja berlalu ni...kebetulan kami suami-isteri, dua-dua dapat cuti seminggu (termasuk cuti berganti...huh) untuk tahun baru cina. So, sebelum balik ke kampung, kami plan untuk bawa aleesya jalan-jalan ke Pantai Balok, Kuantan. Masa saya sekolah dulu2, Pantai Balok ni memang popular dengan aktiviti budak2 sekolah khasnya camping...tapi sekarang kan musim hujan, sunyi jelah Pantai Balok ni..dengan ombak yang besar, memang tak ada orang la yang berani nak main2 kat tepi pantai tu...kami pun hanya tengok dari jauh je..tak sempat nak snap gambar pun...tempat penginapan kami sekeluarga pulak adalah di De Rhu Beach Resort..
seronok sangat budak kecik ni main lompat2 kat atas katil


makan lempeng dulu sebelum  turun ke kolam
Tak dapat mandi laut, mandi kolam pun jadilah...tapi masa kami pergi ni, banyak kolam masih lagi dalam penyelenggaraan..ada 2 kolam je yang boleh mandi..okla tu..aleesya sorang je yang nak mandi pun...abah tukang pegang aleesya, mama pulak tukang ambik gambar...:)
dah ketaq2 pun tak mau naik lagi....

lepas mandi, dengan basah2 lagi tu nak main kat taman permainan pulak.
Mama dengan abah layan jelah budak kecik sorang ni..sampailah dia penat..barulah nak naik...
Naik atas, siap2, check out, kami pun baaalikk kampunggg.......!
Kepada pembaca2 blog sekalian, esok saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan anda semua...tunggu ye!

Saturday, February 05, 2011

Dress bunga2 untuk Sofea

 Hai...macam mana dengan hari cuti anda semua?mesti ramai yang pergi melancong atau pun melawat tempat2 yang menarik sempena cuti tahun baru cina ni kan?bagi mamaleesya n family, kami bercuti ke Pantai Balok di Kuantan, Pahang...tapi entry hari ni bukan nak cerita pasal percutian ye...saya nak bercerita pasal dress yang saya buat khas untuk anak sedara saya yang paling kecik, Nur Hana Sofea (anak kaklong saya...)
Cuti tahun baru cina ni, kebetulan kami semua adik-beradik pulang ke kampung...so dapatlah berjumpa dengan anak2 sedara yang kecik2 ni...riuh-rendah lah rumah tok ma dan tok ayah dengan dengan budak2 kecik ni semua...
Dah lama sebenarnya saya nak siapkan dress ni...tapi disebabkan kekangan masa yang melanda...cewah...baru sekarang dress ni dapat disiapkan...sofea sekarang pun dah masuk umur setahun lebih...masa saya jahit dress ni, main agak2 je saiz si sofea ni..nasib baik lah padan..he2..okla,jom layan gambar2 kat bawah ni ye...
dress ni saya gunakan kain cotton yang lembut..sejuk je kain ni...
sofea yang cute..demam ni, tapi layan jugak makcik dia nak ambik gambar..

bergambar bersama kakak2 yang tak mandi lagi...haha


Friday, February 04, 2011

Variety of crochet flower

 Alhamdulillah....tempahan 50 kuntum bunga crochet daripada farahdila telah saya sempurnakan....dan telah pun selamat sampai kepada empunya diri....
Pattern bunga2 crochet yang saya buat kali ni semuanya atas permintaan farah..dia attachkan gambar untuk saya ikut pattern2 yang diminta ni....semuanya dikait menggunakan benang halus, sebab farah minta saya buatkan bunga yang very the cute...hehe...nak saiz lebih kurang 3.0cm hingga 3.5cm. Puas jugaklah saya try and error untuk dapatkan bentuk bunga dan saiz yang betul2 sama dengan gambar yang diberi tu..dan hasilnya seperti yang anda lihat dalam gambar kat bawah ni...nasib baiklah cik farah berpuas hati dengan bunga2 ni semua...:D



 Sebenarnya cik farah ni pun ada buat bisnes jugak...kalau nak tahu apa yang dia nak buat dengan bunga2 kait ni bolehlah ke blog cik farah di http://gemersikpucatbulan.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews