Wednesday, December 29, 2010

Keychain nama untuk Amira

 Selamat pagi semua....semoga semuanya ceria2 belaka...dan pastinya ramai yang tak sabar2 dan berdebar2 nak menanti perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki Cup, Malaysia vs Indonesia malam ni kan? terutamanya Mr. Abah aleesya tu..hehe.. so,sama2 lah kita doakan kejayaan skuad negara kita ye...cewah, dah macam pengacara Arena pulak...;)
Ok, hari ni saya nak update sikit  keychain2 felt yang ditempah oleh Amira. Dia minta saya buatkan 5 keychain yang ada nama2 macam kat dalam gambar tu...satu untuk mama, satu untuk papa dan yang lain2 tu mungkin untuk adik2nya..dan saya tambahkan satu free gift handphone charm yang bentuk love tu...ok, tq amira!harap2 amira gembira dengan keychain2 ni ye....:)

Thursday, December 23, 2010

Cuti SekoLah+SALE=ShoPPinG!!

Musim cuti sekolah ni  memang sinonim dengan SALE atau jualan murah kan?Ok, kalau tak caya cuba tengok kat kedai2 baju atau kedai serbaneka contohnya, cuti sekolah baru start pun diaorang dah mula buat jualan murah "Back to school..".termasuklah kedai2 kain kegemaran saya, hehe...i like! Disebabkan kedai2 ni meng'offer' diskaun yang hebat dan berbaloi2, terpaksalah saya memujuk Mr. Abah untuk bawa saya pegi shopping ke 3 buah kedai kegemaran saya ni...:))

Kedai yang pertama...KAMDAR
Kain cotton ni harganya RM12 1mtr, after less dapat RM10 1mtr...
Saya suka sangat kain2 cotton dekat Kamdar ni sebab kain dia agak tebal tapi lembut je bila pegang..corak pun banyak kalau nak mix n match...cepat2 ye, jualan akhir tahunnya berakhir pada 2 Jan ni..

Kedai feveret yang kedua....NAGOYA
Kat sini pun beli kain cotton jugak, yg ni harganya RM7 1mtr,before less tak ingat la berapa...sb syok sgt tgk kain cotton cantik2...:)

Kat Nagoya ni pun banyak juga pilihan, tapi saya alergik betul kalau nampak corak polka dot..mesti nak beli..hihi..kain cotton kat nagoya ni agak ringan sikit berbanding dengan jenis yang saya beli di Kamdar tu..ha, lagi satu, shoping kat nagoya ni siap dapat kalender free lagi...he2

Dan kedai feveret ku yang ketiga.....JAKEL@alamoda
Kali ni saya beli 2 kain pasang corak batik dan 2m kain cotton...
Kat Jakel ni saya tengok tak banyak sangat kain cotton...yang ada pun biasa2 je..yang banyaknya kain pasang. Memang cantik2 dengan design2 yang terkini dan sensasi...tapi poket ni tak mengizinkan untuk beli banyak2...huhu....
So, saya beli kain pasang corak batik tu saje nak tambah koleksi baju batik untuk pakai p sekolah hari khamis...kain cotton barney dengan zirafah tu pulak nak buat sarung bantal dan bantal peluk...kain cotton yang beli kat Kamdar dengan Nagoya tu pulak nak buat..........ermmm....dah2 la berangan tu ye...nanti satu pun tak siap...heheh...

Ok, dah abis shopping!yey...suka! tq Mr. Abah sebab sudi menemani mamaleesya bershopping dan mengejar Aleesya kat dalam kedai...;)


Sunday, December 19, 2010

KrafAina 1st Giveaway!

  "Selamat pagi sayang......" ewah..pagi2 ni kenalah mulakan hari anda dengan ceria ye..supaya sepanjang hari ni akan jadi hari yang indah untuk kita...hehe..
So, bersempena dengan keceriaan saya di pagi ahad ni, saya nak join satu lagi giveaway yang tak kurang hebatnya, dianjurkan oleh KrafAina, seorang crocheter yang simple dan perfectionist.. sebenarnya semalam waktu saya meronda-ronda ke blog Kak Ayza, tak sangka pulak diri ini telah ditag oleh Kak Ayza untuk join giveaway ni....huhu..nasib baik sempat lagi, sebab tarikh tutup giveaway ni ialah pada 21/12/2010.Nak tahu apa syarat2....

Syarat-syaratnya:
1- seikhlas hati follow blog krafaina dan share link krafaina di blog
anda.- done
2- buat entry tentang giveaway ini.[tajuk entry 'krafaina 1st Giveaway']. [mohon bagi 
satu pandangan atau cadangan untuk krafaina]- done, pandangan saya, aina ni seorang yang kreatif dan sangat mencintai bidang kait-mengait ni berdasarkan pada pelbagai item yang dah beliau hasilkan.. :), cadangan saya pelbagaikan lagi hasil kraf  anda ok..wishes all the best to you!
3- Nyatakan salah satu kraf yang paling anda suka dalam blog
krafaina - done, saya sangat suka baju baby!wow..so cute! tak caya? haa..tengok sini
4- sila tag 3 orang rakan anda untuk join Giveaway ini.... [pastikan rakan anda 
tahu blog mereka di tag dengan cara tinggalkan pesanan di shout box atau ruangan komen mereka]- done
          - miera
          - sulela
          - jarinah
5- memiliki akaun CIMB atau Maybank... -done, saya guna CIMB...
6- jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini... -done
7- tarikh tutup penyertaan 10 hari dari hari ini...[21 disember 2010] jam  11pm. 
Ok,tunggu apa lagi?jom la kita join ramai2...

Friday, December 17, 2010

Topi kait kembang setaman

 Hai..bersua lagi kita di ruangan mamaleesya@home...
Wow!! Ini adalah entry yang kedua untuk hari ni...^_^...wah...tak pernah2 saya berjaya buat 2 entry dalam satu hari...kalau 2 minggu buat 1 entry adalah...ahaks...
Yelah, nak cover balik 2 minggu lepas, blog mamaleesya ni sunyi sepi je kan...hehe
Oklah, cuba tengok tajuk yang agak meriah bunyinya ni, "topi kait kembang setaman"...rasanya bersesuaian la dengan design topi atau sunhat yang saya kaitkan untuk aleesya kali ni. Ada 3 kuntum bunga ros merah yang besar dan dikelilingi pulak oleh ropol2 yang mewah gitu...hihi...tapi sayangnya model tak dapat beraksi la malam ni...tertido sudah!Zzzzzzzz...sebab tu mama dia gedik nak berentry ni... ;)
Topi ni saya kait masa balik bercuti ke Kedah 2 minggu lepas...baru hari ni  berkesempatan nak share kat blog..jom tengok...
Nantilah, kalau ada masa saya updatekan gambar topi kembang setaman ni bersama modelnya pulak ye...

Crochet baby beanie dan headband

 Saya kini dah pun berada di rumah ku yang terchenta!!:))...setelah menghabiskan 2minggu cuti sekolah di kampung En.Suami di Kedah. So, sisa2 cuti sekolah yang ada ini akan dihabiskan dengan penuh bermanfaat di rumahku syurgaku ini...hahah...
Tengok jam jap.....hah?? dah pukul 12.15 pagi bersamaan dengan 17/12/2010. Baru je nak buat entry ni...nak tahu tak kenapa lewat sangat mood nak berentry ni datang? Haa..sebabnya siang tadi keadaan saya lebih kurang macam ni..
image from here
Aduhai...seksanya...dengan hidung yang berair, muka rasa panas semacam je, badan tak larat...mungkin sebab perubahan cuaca dari utara ke pantai timur kot...hehe..(boleh ke gitu?) Tapi sekarang dah ok sikit...setelah terpaksa menelan ubat! huhu..
Oklah, jom kita kembali kepada tajuk asal kita, crochet baby beanie dan headband. Kali ni tempahan dari Kak Malin. Cikgu a.k.a akak yang baik sangat dengan saya masa di sekolah lama saya dulu. Kak Malin baru je menimang cahaya mata yang kedua, baby girl, so, dia tempah 2 baby headband dengan saya, dan beanie tu pulak sebagai gift dari saya untuk baby kak malin yang comel tu...;)
Alhamdulillah, headband dan beanie ni dah pun sampai kepada tuan empunya minggu lepas..dan kak malin ada bagitau kat saya yang babynya tak kisah pun diletakkan apa kat atas kepala dia...ermm...syok lah mak dia nak menghias ye...hehe
Oklah, tak mau tido lewat2 sangat...banyak lagi projek yang nak disiapkan esok ni, eh, hari ni lah,lupa dah pagi..gudnite! nak tido dah ni...(^_^)

Monday, December 13, 2010

Giveaway yang bessttt.....

Dah lama saya tak keluarkan entry baru...sebenarnya ada beberapa projek yang dah berjaya saya siapkan tapi masih tak berkesempatan lagi nak upload gambar2..sebab saya masih lagi bercuti di Kedah ni...ermm, bila dah bercuti di kampung ni, mood nak berentry tu pun dah semakin merudum....huhu....
Tapi blog comel mamaleesya@homeku ini, (ceh,perasan la pulak..) tetap kuterjah setiap hari...hihi..(nasib baik lah rumah ibu mertuaku ada streamyx! heheh...:))
Entry kali ni saya nak ajak anda semua join giveaway dari Balancing!3x sempena Maal Hijrah.Syarat2nya, ni saya copy terus dari blog tuan rumah, silalah baca ye...
Syarat-syaratnya;
  • Senang aja, beri komen - kata nak ikut serta giveaway.
  • Terbuka untuk semua.
  • Sesiapa yang share news giveaway ni kat blog dia, akan dapat 2 undian - the more the merrier. (jgn lupa beritahu, takut nanti dpt satu undian aja)
Salah satu hadiahnya pulak, macam yang tertera kat dalam gambar kat atas tu ye...oklah..selamat ber'giveaway'!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews