Saturday, August 23, 2014

Susun atur tudung bawal

Hi semua....

Hari ni nak sembang2 sikit pasal susun atur....susun atur tu apa ye? haaa...susun atur tu ialah macam mana kita nak simpan barang2 tak kiralah dari sebesar2 alam hinggalah ke sekecil2 benda yang ada kat rumah kita tu supaya semuanya tersusun mengikut jenis ke, mengikut kaler ke...tak kisah la kan....janji hasilnya nanti kemas dan sedap mata memandang....dan yang paling penting memudahkan kita untuk akses barang2 tu bila diperlukan...

Susun atur yang saya nak kongsikan hari ni adalah susun atur tudung bawal saya yang dah lama sangat tersimpan kat dalam laci bawah almari kat dalam bilik tu.....huh...sejak wujudnya tudung2 berawning pelbagai fesyen ni dah tak kuasa nak pakai tudung2 bawal tu semua...tapi sekarang trend tudung bawal dah mula popular semula kan? tapi cara pakai pun dah macam2....bawal kedut lah, bawal pakai macam shawl lah, bawal awning pun ada....

Ok, berbalik kita pada cerita susunatur tadi ye, disebabkan ada sedikit kerajinan dalam diri saya minggu lepas, tiba-tiba je rasa macam nak kemas tudung bawal pulak.....so buka laci bawah tu, keluarkan semua tudung yang ada.....lepas tu terkejut....uihh!! banyaknya tudung-tudung bawal saya rupanya! haha....lepas tu mulakan operasi....kena cepat ni...sebelum encik suami balik, sebab nanti dia dua kali ganda terkejut dari saya bila tengok tudung yang bertimbun-timbun ni! huhu...

  Timbunan ni sebenarnya terdiri daripada tudung bawal, shawl dolu2 dan juga syria yang dah lama tak usik....;)

Saya lipat tudung bawal ni jadi segiempat sama lepas tu susun secara menegak....lepas tu buat dia punya divider guna kertas kotak je.....

Dah siap jadilah macam ni....ok tak? bagi saya susun macam ni senang nak ambil dan senang nak pilih kaler....Bila dah lipat elok2, siap ada space lagi kat tepi tu untuk saya menambah lagi koleksi tudung! wakakaka....shawl dan inner neck (yang soft awning) pun saya susun macam ni jugak....

Emm...bahagianya rasa bila dah siap kemas macam ni.....harap2 bertahan lah kekemasan ni sampai bila2, sebab saya sorang je pun yang buka laci bawah ni kan....:)
Jom kita imbas sekali lagi sebelum dan selepas kejadian kemas-mengemas ni ye....

SEBELUM
main sumbat je semuanya.....ish...ish....teruk betul lah....

SELEPAS
taraaaa......sukanya dah kemas!

Ok, harap anda dapat mengambil iktibar idea dari entry saya hari ni ye....hehe....
Semoga jumpa lagi, selamat berhujung minggu dan selamat mengemas rumah! :))

6 comments:

  1. Salam, wahhh banyaknya tudung bawal akak~~~ best2..lebih kemas dan senang nak pilih warna sbb dh susun secara menegak..xyah susah2 beli produk ikea haa~ hahah

    ReplyDelete
  2. fazianbatrisyia; he2...ye, betul tu kena maintain je lepas ni kan...

    ReplyDelete
  3. lynndamya; best kan bila dh kemas...nk jimat kos kita d.i.y je..asalkan sedap mata memandang...:)

    ReplyDelete
  4. Waaa..kemas sangat cik lia. Bagus idea divider tu.. kotak keras sikit kan.. saya gigihlah balut kotak susu anak..nak cantik konon nya. . Last2 dua tiga je yang sanggup ku balut.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. zila; bahagia je rasa bila dah berjaya mengemas (kemas tudung je pun...heee)zila, tu nak cepat dan malas, so gunting je kotak2 keras tu tak berbalut terus guna...he2..nt mood rajin dah datang kita balut pulak bg cantik ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews