Saturday, March 12, 2011

Crochet rose hairclip + Button hairclip

Hari ni bermula lah cuti sekolah pertengahan penggal pertama ye...boleh lah cikgu2 semua relaks sikit kan? tapi relak2 pun kertas peksa nak kena siapkan juga...nasib baik saya dah pulun habis-habisan marking paper sebelum cuti lagi...tinggal satu kelas je lagi ni..takpe, esok-esok lah tanda..hehe...;)
Sebenarnya saya baru je balik dari kenduri cikgu sekolah saya, Shila, di Felda Sg Kemahal. Tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan dari rumah saya. Pagi2 tadi masa tengah memilih2 baju apa aleesya nak pakai, tiba2....ting! datang idea nak buat hairclip untuk aleesya, untuk saya matchingkan dengan dress aleesya nanti...so, saya pun mula lah menyelongkar laci dan kotak barang2 kraf saya...
Dipendekkan cerita, akhirnya terhasillah crochet rose hair clip kaler pink ni....
hairclip tu saya jahitkan dengan felt kaler hijau supaya nampak macam daun...:)
Alang2 dah 'terbuat' hair clip bunga ros kat atas ni, datang pulak dah idea nak buat hair clip butang2...simple je, lekatkan je butang yang warna-warni ni kat kat atas alligator clip dan......tadaaaa....ni lah hasilnya...
kejap je buat, dah dapat 3 pasang hairclip..hihi
dan inilah hasil kerja keras saya pagi tadi...ahaks :)
 Ok,lepas ni boleh lah aleesya melaram dengan hairclip2 baru ni....:))

Nak tengok gambar mama+aleesya kat rumah kenduri tak?heheh...tengoklah...

Selamat Pengantin Baru buat Shila dan suami...semoga berbahagia selalu....:)



1 comment:

  1. So beautiful! Akak suke sgt rose hairclip tu!

    Selamat bercuti, lia!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews