Selamat bercuti semua!! Oopss..sori, ada orang yang kena kerja lagi ke hari ni? heheh..saya cuti seminggu..lalalala...
Bersempena dengan cuti yang panjang ni, mamaleesya telah berjaya menghasilkan produknya yang terkini...jeng..jeng..jeng...POLKADOT SHIRRED TOP with matching hairband!! jemputlah tengok ye...
inilah dia polka dot shirred top... |
dan ini pulak polka dot hairband yang sepadan... |
Hihi...suka sangat sebab berjaya mengerjakan kain yang saya shoping di nagoya dulu tu..ingat tak?tak ingat?klik kat sini ye...
Shirred top ni saya jahit 'bersama-sama' dengan aleesya...ha, nak tahu macam mana?saya bentang kain,dia tarik kain..saya ambik kapur, dia pun ambik kapur jugak, bila saya nak garis kat atas kain, dia pun ambik kapur conteng habis kat kain...huhu...macam tulah aleesya 'membantu' mama dia..:(
Tapi dalam pada berebut2 kain dengan aleesya tu, akhirnya terhasil jugaklah shirred top yang agak memuaskan hati saya ni..hehe..sebabnya, saya rasa shirring yang saya jahit kali ni lebih kemas berbanding masa saya buat batik shirred dress dulu tu (senget-benget je jahit masa tu..) yelah, dulu first time jahit, tak tahu lagi macam mana nak handle elastic thread tu..sekarang dah tahu sikit2...he2, tapi kena belajar lagi ni...
dan untuk menambahkan lagi keceriaan top yang sexy-mexy ni, saya buatkan hairband yang sepadan....
Hah, apa lagi..jom la kita tengok model yang tak asing lagi untuk menggayakan polka dot shirred top ni...
Ermm...nampak aleesya pun selesa je pakai top ni..rasa macam nak jahit shirred dress lagi satu lah...hihi...semangat ni! kalau ada yang baru nak cuba2 jahit shirring guna benang elastik ni, sedikit tips dari saya, pastikan anda relak dan tenang semasa menjahit tu ye, jangan gopoh2..nanti kedut2 yang terhasil tu pun tak cantik...haha..apa2 pun kena cuba dulu baru tahu....kat sini saya ada beberapa tutorial yang agak mudah kalau anda nak cuba;
dan kalau nak yang betul2 complete dan senang faham, tengok yang ni;
Ok, selamat mencuba!