Thursday, June 03, 2010

Topi Crochet untuk Auni

Budak2 sekolah tengah mid-year exam sekarang ni.Tinggal 1hari lagi nak merdeka.Dan tinggal 1 hari jugak lah untuk budak2 sekolah nak bercuti panjang! termasuklah cikgu2nya sekali!hooray!!(2 minggu je ye,jgn lebih2...)
Dan untuk cikgu2 semua, selamat bercuti di bawah timbunan kertas2 exam yang berlambak2 tu.heheh

Oklah, tu intro untuk entry saya kali ni..topi crochet untuk Auni, iaitu baby girl Kak Anita yang baru (tengok entry ni). Lepas saya hadiahkan Kak Anita baju minnie mouse dengan topi purple yang saya kait tu,kak anita nampak berminat sangat dengan barang2 kait ni.Dia minta saya buatkan satu lagi topi untuk Auni,tapi kali ni nak yang ada ropol2 bagi nampak girly sikit..(almaklumlah,ni anak perempuannya yang pertama setelah anak sulung dan kedua hero2 belaka)So, hasilnya seperti yang anda lihat ni...(Aleesya,mama pinjam lagi kawan aleesya ni ye..) Gabungan warna pink dan coklat cair+warna krim sikit..ditambah dengan sekuntum crochet flower yang besar sebagai hiasan.Selain tu saya letakkan juga riben supaya senang nak adjust saiz, sebab riben tu boleh dicerutkan bila pakai nanti. Kalau ada yang berminat nak kait topi macam ni,boleh la tengok pattern kat sini ye...(thanks shaza for the free sunhat pattern)

Dan yang paling saya suka adalah bila tengok Kak Anita pun happy sangat dengan topi ni...
Ok, nak rehat2 dululah..nak kumpul tenaga sebelum menanda kertas peksa students saya ni...

9 comments:

  1. wawww sngat sngat coomelll....

    ReplyDelete
  2. ummi suka gabungan warna nih...thumbs up for the great work..

    ReplyDelete
  3. OMG chumelnyer...!!! loving the colour combo and the pattern.. mmg saaaannngat sweet..!! good job (bleh dengki dr jauh jek.. i blum graduate dr doilies lagi..uhuhuh)

    ReplyDelete
  4. cantik sangat.. share le kat mana dapat pattern ni. nak jugak try bila ada kelapangan.

    ReplyDelete
  5. erinsz; tq,tak nak tempah utk eisya 1 ke?hehe

    ummi; tq..sebenarnya cuba2 je combine 2 kaler ni..nasib baik masuk jer kaler dia..

    sue; thanks for your comment!{hug}haha...dengki ke?ala,u punya crochet flower dulu tu cantik je..tak sabar nak tunggu your next crochet work..:)

    halizda; thanks..saya dh letak link kat entry ni..nt bleh la try ye

    ReplyDelete
  6. Wah... comelnya... Memang cantik...

    ReplyDelete
  7. Thanks Lia... harap ramai lagi yang mencuba.

    ReplyDelete
  8. cantik sgt..nanti dpt bb girl leh tempah :)hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews