Monday, June 14, 2010

Baju kurung Aleesya

Dah lama rasanya saya tak jahitkan baju kurung untuk Aleesya.Baju kurung Aleesya yang lama2 tu semuanya dah kecik..opps! Aleesya yang dah makin besar dan tinggi.hihi..Sebenarnya dah dekat 3 minggu projek baju kurung Aleesya ni tertangguh.Alasannya?emm,macam2 la..ada je masalah nak menyiapkan baju ni.Sampai dah 2,3 kenduri dah terlepas,Aleesya masih lagi tak dapat melaram dengan baju baru.Dan akhirnya........dengan semangat juang yang cukup tinggi, berjaya juga saya menyiapkan baju kurung kaler purple untuk Aleesya ni.Huh...lega.Dan Aleesya pun berjaya menggayakannya di hari kenduri kawen sepupu saya di Kuantan semalam (hari ahad).

Haa, nak citer sikitlah pasal baju kurung ni.Kain yang saya gunakan ni jenis kain cotton yang nipis dan lembut sesuailah untuk budak2 sebab kain ni tak panas.Kat hujung lengan tu saya buatkan kedut2 gunakan benang elastik.Sekarang kan trend tangan kedut2 macam tu....dan leher pulak saya jahitkan mata lalat (eh, mata lalat ke karipap ek?ntah la,janji jahit tikam leher...;)Lepas tu manik2 tabur tu pulak tak ada pun dalam perancangan sebenarnya...Macam ni ceritanya, tengah2 syok saya menyembat kat leher tu,masa nak gunting benang tetiba tergunting sekali kain!Arggg!!!rasa nak menangis je. Dah la susah nak menyiapkan baju ni..tergunting pulak dah..So,untuk meng'cover' kesan saya tergunting tu,saya lekatkan kertas gam kat sebelah dalam dan jahit manik tabur kat sekeliling leher..nampak tak kat mana kesan gunting tu?tak nampak kan?heheh


Yang ni gambar model masa kat rumah kenduri.

Oklah,so moral of the story, berhati2 lah ketika menjahit ye...kalau tak benda yang senang akan jadi susah,betul tak?

7 comments:

  1. lia, tak nampak pun, nampak sangat comel dan cantik baju kurung ni suka i tengok :) Bila lah nak sampai seru jait baju kurung for anak2 dara ku itu huhu

    ReplyDelete
  2. waaaahhh cantik..!! suker pergelangan tangan bergetah cam tu.. and manik tabur tu penambah seri (tak nampak pun kesan tergunting tu!!) CUTE!!

    ReplyDelete
  3. thanks zura.nasib baik ada manik yg matching kaler untuk cover..hehe.kita minta tinihani buat jom jahit baju kurung pulak nak?baru semangat lebih sikit nak jahit..

    ReplyDelete
  4. sue,tq..yang tu namanya "manik tabur terpaksa"..hihi :-)

    ReplyDelete
  5. cantik! modelnya pun comel :) mcmana ye nak jahit hujung lengan bergetah tu?

    ReplyDelete
  6. aleesya yum yum jgk, gigi besaq tu jgn lupa gosok.. jahit sendiri ker?:P

    ReplyDelete
  7. so sweet.. bju and aleesya hehe baju aleesya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews