Monday, June 28, 2010

Refashion: From t-shirt to dress

Hi..setelah seminggu lamanya mamaleesya bertapa, akhirnya keluar jugak entry yang terbaru ni..:D. Hari ni saya CUTI (1 hari je..), ambil CRK, sebab semalam baru balik dari kampung di Kedah.Balik tengok ayah mertua saya yang sakit.Alhamdulillah, dah bertambah baik..

So,di hari cuti yang indah ni,sempat jugak lah saya mengerjakan t-shirt Aleesya ni haa..Selalu tengok kat blog2 omputih, diaorang ni suka sangat refashion baju2 lama untuk dijadikan seluar,skirt ataupun tambah ropol2 supaya nampak lebih cantik.Jadi,saya pun nak try jugalah refashion kan baju Aleesya ni.Sebenarnya, t-shirt ni dapat free je kalau kita beli susu Progress.Sekarang kan musim World Cup,so diorang buat promotion kalau beli 2 kotak dapat free 1 t-shirt.Beli lah..beli lah...(heheh..tak pasal2 terpromote pulak..) Aleesya dah kumpul 3 helai dah t-shirt ni.Jadi, apa salahnya kalau saya kerjakan selai, kan?hihi

Ini rupa t-shirt sebelum refashion..
Dan ini rupa t-shirt yang dah bertukar jadi dress....
Simple je, saya cuma tambahkan double ruffle skirt kat bawah tu untuk jadikan dress.Ingatkan nak letak kain corak lain kat bawah tu,cari2 kain dalam laci,tak ada yang sesuai la pulak..so,buat jelah satu corak je..(ni terasa macam nak pergi shoping kain lagi ni..;-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews