Tengok dress A cut ni....comel tak? hihi....saya suka sebab simple tapi comel je nampak....dah lama berkenan nak buat, tapi tak berapa konfiden nak draw pola....so, nak senang saya pun tanya kat pakcik google kat mana ada free pattern untuk dress ni.....google, google, google.....akhirnya dapat.....tapi sori sangat2 tak boleh nak share link nya kat sini sebab dah lama sebenarnya cerita dress ni, (tahun lepas) sampai saya pun dah lupa cari kat mana....huhu...
Free pattern untuk dress ni kita kena download, lepas tu print kat A4 paper lepas tu sambung2 kan pattern tu sampai complete.....dah siap boleh lah mula menggunting kain.....sekejap je nak buat dress ni sebab jahit lurus je, tak payah nak beropol-ropol bagai......untuk kemasan saya letak butang balut nak bagi nampak cute sikit....nak letak apa2 butang pun boleh je......
Dress ni saya jahit suka-suka je sebab comel kan...dah alang2 jahit tu buat lah terus 2 helai untuk bagi kat anak-anak saudara....:)