Wednesday, March 23, 2011

Crochet baby beanie and headband


Apa khabar semua?semoga semuanya ceria2 selalu...tak macam blog saya ni...kesian...terabai dan diabai oleh tuannya...hehe...tak adalah..saaaayannng blog mamaleesya ni...ahaks ;)
Oklah, ini yang terbaru dari saya ye...tempahan kak niza untuk baby girlnya yang baru masuk 3 bulan kalau tak silap saya lah...
Pattern beanie ni sama sebijik macam yang pernah saya buat untuk aleesya dulu..nak tengok, klik sini ye...headband ni pun saya dah pernah buat untuk tempahan customer sebelum ni...orait, jom kita tengok.. 

~ tiba-tiba hati saya berbunga2 lah malam ni...kenapa ye?hihi...tak tahulah...;) ~

Sunday, March 13, 2011

Hairclip suka-suka

 "Senangnya dalam hati...bila di hari cuti.....lalala...."
Hari ni hari ahad ye...hari untuk bersantai-santai di rumah...sambil duduk bersenang-lenang di rumah hari ni, sempat juga saya buatkan 3 lagi hairclip untuk aleesya. Kali ni saya letakkan crochet butterfly sebagai hiasan...alligator clip dan ribbon yang comel ni pulak sebenarnya baru je saya beli dengan kak jaja dari tamujajakraf..(tu yang semangat lebih nak buat hairclip tu...ahaks ;)
Oklah, hari ni tak nak tulis panjang2 lah, sebab jap lagi saya nak tengok nona, lepas tu nak layan lah apa2 citer yang ada kat tv hari ni...lepas tu nak Zzzzz......heheh...
hairclip ni semua not for sale ye...ini projek suka-suki...
Ok tak crochet butterfly tu?hehe..patternya saya ambil dari Little Birdie Secrets...boleh lah cuba ye...:)

Saturday, March 12, 2011

Crochet rose hairclip + Button hairclip

Hari ni bermula lah cuti sekolah pertengahan penggal pertama ye...boleh lah cikgu2 semua relaks sikit kan? tapi relak2 pun kertas peksa nak kena siapkan juga...nasib baik saya dah pulun habis-habisan marking paper sebelum cuti lagi...tinggal satu kelas je lagi ni..takpe, esok-esok lah tanda..hehe...;)
Sebenarnya saya baru je balik dari kenduri cikgu sekolah saya, Shila, di Felda Sg Kemahal. Tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan dari rumah saya. Pagi2 tadi masa tengah memilih2 baju apa aleesya nak pakai, tiba2....ting! datang idea nak buat hairclip untuk aleesya, untuk saya matchingkan dengan dress aleesya nanti...so, saya pun mula lah menyelongkar laci dan kotak barang2 kraf saya...
Dipendekkan cerita, akhirnya terhasillah crochet rose hair clip kaler pink ni....
hairclip tu saya jahitkan dengan felt kaler hijau supaya nampak macam daun...:)
Alang2 dah 'terbuat' hair clip bunga ros kat atas ni, datang pulak dah idea nak buat hair clip butang2...simple je, lekatkan je butang yang warna-warni ni kat kat atas alligator clip dan......tadaaaa....ni lah hasilnya...
kejap je buat, dah dapat 3 pasang hairclip..hihi
dan inilah hasil kerja keras saya pagi tadi...ahaks :)
 Ok,lepas ni boleh lah aleesya melaram dengan hairclip2 baru ni....:))

Nak tengok gambar mama+aleesya kat rumah kenduri tak?heheh...tengoklah...

Selamat Pengantin Baru buat Shila dan suami...semoga berbahagia selalu....:)



Monday, March 07, 2011

Chocolate+cream tissue box cover

Hi everyone...rindu kat semua...dan rinduuuu sangat kat blog kesayangan saya ni! yelah, dah dekat 2minggu saya berhibernasi dan menyepikan diri...menyetelkan urusan2 sekolah..huh, lega rasanya sukan sekolah dah pun selesai..tapi, Ujian Penilaian 1 pulak baru nak bermula ni...ermm, oklah, kita lupakan dulu masalah kerja ye...jom kita bercerita tentang 'kerja-kerja' mamaleesya at home pulak...hehe..
 Sepanjang proses hibernasi saya tu, inilah kerja yang dah saya siapkan..crochet tissue box cover...tempahan kak yati. Ini tempahan yang ketiga, sebelum ni kak yati pernah tempah headband dan juga kerchief untuk anak sedara dia. Dan kali ni dia nak saya kaitkan sarung kotak tisu dengan warna coklat dan krim..sukalah kombinasi kaler pilihan kak yati ni...bila dah siap, nampak macam kek coklat berlapis krim vanilla pulak saya tengok....hihi..esok baru nak bagi kat tuan dia ni..Oklah..nak layan Trilogi Cinta pulak ni ye..babai!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews