Monday, January 31, 2011

Polka dot shirred top

Selamat bercuti semua!! Oopss..sori, ada orang yang kena kerja lagi ke hari ni? heheh..saya cuti seminggu..lalalala...
Bersempena dengan cuti yang panjang ni, mamaleesya telah berjaya menghasilkan produknya yang terkini...jeng..jeng..jeng...POLKADOT SHIRRED TOP with matching hairband!! jemputlah tengok ye...
inilah dia polka dot shirred top...
dan ini pulak polka dot hairband yang sepadan...
Hihi...suka sangat sebab berjaya mengerjakan kain yang saya shoping di nagoya dulu tu..ingat tak?tak ingat?klik kat sini ye...
Shirred top ni saya jahit 'bersama-sama' dengan aleesya...ha, nak tahu macam mana?saya bentang kain,dia tarik kain..saya ambik kapur, dia pun ambik kapur jugak, bila saya nak garis kat atas kain, dia pun ambik kapur conteng habis kat kain...huhu...macam tulah aleesya 'membantu' mama dia..:(

Tapi dalam pada berebut2 kain dengan aleesya tu, akhirnya terhasil jugaklah shirred top yang agak memuaskan hati saya ni..hehe..sebabnya, saya rasa shirring yang saya jahit kali ni lebih kemas berbanding masa saya buat batik shirred dress dulu tu (senget-benget je jahit masa tu..) yelah, dulu first time jahit, tak tahu lagi macam mana nak handle elastic thread tu..sekarang dah tahu sikit2...he2, tapi kena belajar lagi ni...
dan untuk menambahkan lagi keceriaan top yang sexy-mexy ni, saya buatkan hairband yang sepadan.... 
Hah, apa lagi..jom la kita tengok model yang tak asing lagi untuk menggayakan polka dot shirred top ni...




Ermm...nampak aleesya pun selesa je pakai top ni..rasa macam nak jahit shirred dress lagi satu lah...hihi...semangat ni! kalau ada yang baru nak cuba2 jahit shirring guna benang elastik  ni, sedikit tips dari saya, pastikan anda relak dan tenang semasa menjahit tu ye, jangan gopoh2..nanti kedut2 yang terhasil tu pun tak cantik...haha..apa2 pun kena cuba dulu baru tahu....kat sini saya ada beberapa tutorial yang agak mudah kalau anda nak cuba;
dan kalau nak yang betul2 complete dan senang faham, tengok yang ni;

Ok, selamat mencuba!

Saturday, January 22, 2011

Crochet kerchief

 Kali ni saya nak update sikit crochet kerchief yang dah saya siapkan untuk 2 orang cikgu sekolah saya, kak yati dan saera. Diorang berdua ni request kaler yang sama dan masing2 tempah untuk anak2 sedara..Kesian kat diaorang berdua ni...lamanya menunggu kerchief ni siap. Bukannya apa, kait pakai benang halus ni memang lambat banyak sikit...jenuh rasanya nak menyiapkan 2 kerchief ni..nasib baik lah customer2 saya ni amatlah penyabar orangnya. Oklah, takde idea nak tulis panjang2...jom layan gambar pulak...

Friday, January 14, 2011

Selimut dan felt

Selimut dan felt? aha...kali ni saya jahit felt kat atas selimut...first time buat ni tau, atas permintaan arina. Dia tanya kat saya, boleh jahit felt kat selimut tak?Saya kata saya tak pernah buat...tapi, apa salahnya kalau saya cuba, betul tak?best jugak sekali-sekala buat sesuatu yang mencabar ni kan?hehe...dan hasilnya, ni lah dia.....design ni arina yang attach kat saya. So, saya hanya "menyalinnya" semula dalam bentuk felt..haa, dan yang bestnya selimut ni nak dihadiahkan kepada someone special kan arina?heheh...:)

Sunday, January 09, 2011

Crochet little sling bag

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sihat2 dan ceria di hari minggu ni ye...hari ni saya nak share hasil crochet saya iaitu beg kait kecik ataupun crochet little sling bag...beg ni tempahan dari lin, cikgu sekolah saya..sebenarnya beg ni ditempah sebelum cuti lagi, sekali dengan headband...tapiiiiiiiiiiiii.....haa,tengok, panjang tapinya tu....hahah...disebabkan mamaleesya sibuk, so terpaksalah ditangguhkan, lepas cuti sekolah baru siap....beg kecik ni ditempah untuk anak sedaranya yang minat sangat dengan handphone case love yang saya pernah buat dulu...tapi dia nak versi beg pulak dengan tema yang sama, kaler pink + purple dan ada felt love....hope she like it!!
bahagian dalam saya letak lining....
konon2 nak control senyum,last2 pejam mata terus...hihi
haa..yang ni baru betul...model ala2 control...:)

Sunday, January 02, 2011

Barut gantung Aimi

 Sebelum ni saya pernah buat entry macam mana cara nak jahit barut gantung ni. Ingat tak?Kalau tak ingat tengok sini.Kali ni saya nak tunjukkan barut gantung yang dah saya siapkan untuk sepupu saya kak ida. Dah lama kak ida tempah barut ni sebenarnya...(sebelum bersalin lagi dia dah tempah ni..:). Tapi tulah, mamaleesya ni sibuk memanjang (tak tahulah sibuk apa..hihi ;)
Barut gantung ni dibuat khas untuk baby aimi yang tembam...eee,geram tengok pipi dia, rasa nak cubit2 je..tapi saya tak ada gambar la nak tunjuk..takpelah,kita tengok gambar barut dia jelah ye...
Ok, yang ni pulak free gift untuk baby aimi..hairclip sedondon dengan barut...hehe
Harap2 kak ida sabar menanti kehadiran barut ni ye...:)

Saturday, January 01, 2011

Kisah budak kecik nak pergi sekolah

      Pada suatu hari,di sebuah bandar yang terpencil, ada seorang budak kecik yang sangatlah tak sabar2 untuk ke  sekolah..walaupun baru berumur 2tahun jagung, budak kecik lagi comel itu sering bertanya kepada mamanya,"mama, icha nak pegi tolah (sekolah) boleh tak?", lalu dengan penuh ayu si mama menjawab, "nantilah, icha kan kecik lagi..icha pegi rumah ibu jelah ye....(ibu ni pengasuh kepada si budak kecik...).Si budak kecik pun berkata, "ok, nanti icha nak pegi tolah,nak lukis,nak main, nak pegi tolah, nak lukis...bla..bla..". "Emm, ok sayang.."jawab si mama dengan penuh kasih sayang...
      Di suatu petang yang indah, mama, dengan hati yang berbunga2 telah berjaya menyoping barang2 si budak kecik yang nak  sangat pergi ke sekolah tu...(pergi sekolah la konon2...)Antaranya, beg sekolah barbie, bekas pensil hello kitty beserta isi dalamnya semua berjenama hello kitty tiruan.:)
Betapa girangnya hati si budak kecik bila mendapat beg sekolah+alat tulis yang diimpi2kannya selama ini...tengoklah ni....
 Dan ini pulak aksi si budak kecik yang tengah excited dengan barang2 sekolah dia...
tu basikal pun dah ready dah tu...
Dan akhirnya, "babai mama! icha nak pegi tolah dah ni..." So, akhirnya tercapailah hajat si budak kecik ni...
muka skema je nak pegi sekolah...hihi
Ok..tamat lah sudah kisah seorang budak yang teringin sangat nak pegi sekolah..tapi tak cukup umur lagi..kesiannn...

Sebelum hari ni bertukar tarikh, saya nak ucapkan 
"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011"
dan selamt meneruskan azam2 yang tahun lepas...hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews