Sunday, November 28, 2010

Crochet colourful tissue cover

Tadaa....akhirnya sampai jugak entry saya yang ke-100 ni...ada giveaway ke?hehe....sorilah ye,tak berkesempatan lagi lah nak buat...tunggu entry yang ke-200 nanti lah, boleh?huhu...bila la tu agaknya...
Ok,sebenarnya pagi ni kami tengah bersiap2 nak balik kampung di Kedah..tapi biasalah mamaleesya  ni,sempat lagi curi2 masa buat entry...hihi
Kali ni saya nak share crochet tissue cover yang dah saya siapkan minggu lepas lagi sebenarnya...tempahan dari Azreen Farhana. Alhamdulillah....azreen pun dah dapat sarung kotak tisu ni, dan harap2 azreen suka dengan warna2 pilihan hatinya ni...azreen yang pilih nak kaler pink dan ada crochet flower kat atas tu...



Oklah, nampaknya setakat ni jelah entry kali ni, nak pi siap2 nak balik kampung....hohoho....balik kampung!
Babai semua!!!:))

Friday, November 26, 2010

Aleesya dan crochet beanie

Hai semua....saya happy sangat hari ni...sebab saya berjaya menge'post' entry yang ke-99!! Sedar tak sedar dah hampir mencecah angka 100 entry2 saya selama ni...yeehaa!

Ok, apa yang menarik yang saya nak share dengan anda semua hari ni ye?....semalam saya berjaya siapkan order dari Yna, iaitu crochet beanie untuk anak perempuannya dengan kaler pink yang comel...bila dah siap kait beanie ni, terasa macam nak buat untuk aleesya la pulak satu...hehe...dan akhirnya saya berjaya mengait satu lagi beanie dengan kaler krim...
 Ok,jom kita tengok model yang tidak asing lagi untuk menggayakan beanie2 ni...opps,sebelum tu, nak ucap banyak2 terima kasih pada En. Hubby yang telah bertungkus-lumus menjayakan sesi photoshoot yang sungguh mencabar bersama aleesya ni.Dan gambar yang kat atas sekali tu pun adalah hasil editing En Hubby.. Tq my dear...;)
Amacam? ada gaya model tak?hehe....model mamaleesya  jelah ye...tapi kan, perasan tak apa perubahan aleesya bila bergambar sekarang ni? aleesya dah pandai control senyum tak bagi nampak sangat gigi!hehe.... gigi kapak 2 batang yang besaq tu....hahah...kalau tak caya cuba tengok kat sini dan sini.

Oklah, harap2 Yna gembira dengan beanie pink yang ditempah tu ye....:)

Wednesday, November 24, 2010

Crochet Headband

Hari ni nak citer pasal headband2 yang berjaya saya siapkan sebelum cuti sekolah haritu...tak sempat nak buat entry dulu sebab masa tu tengah sibuk dengan kerja2 sekolah dan sibuk nak balik kampung!hehe...
Inilah headband2 yang dah selamat sampai ke tangan tuan masing2..semuanya cikgu sekolah saya, lin,shila,zuraini dan azlina...dan semuanya tempahan untuk anak sedara masing2...untung jadi anak2 sedara diaorang ni kan...:D

Tuesday, November 23, 2010

Dress dan headband untuk kenduri

Hi...selamat bertemu kembali....setelah lama saya menghilangkan diri, beraya di kampung....raya sakan la wei  dah cuti sekolah nii....:D
Dan entry ni pun sepatutnya saya buat sebelum cuti hari raya haji lagi...sebab dress dan headband yang ditempah oleh kak Asiah ni untuk dipakai pada hari kenduri adiknya Hashimah pada 14/11/2010...tapi biasalah ke'busy'an yang melanda...
Ok,jom kita citer pasal dress dan headband ni pulak...tempahan kali ni untuk 2 orang gugirl, sorang umur 3 tahun dan sorang lagi umur 1tahun lebih..tapi badan dua2 ni lebih kurang je, so tak banyak beza la saiz dress diorang ni..cuma yang  bezanya, satu ada tangan dan satu lagi sleeveless...ni atas permintaan mak masing2...:)
Yang ni  three tiered dress menggunakan kain pua kumbu dari sarawak
Dan yang ni circle dress guna kain satin,tapi tak berapa nak circle la saya tengok..huhu
Sebenarnya dah lama saya tak jahit dress, yelah asik dok mengait je...so,rasa macam keras pulak tangan bila nak menjahit dress2 ni...haha
Untuk nampak sweet lagi di hari kenduri, gugirl 2 orang ni akan dipakaikan pulak dengan headband yang sedondon.....
Alhamdulillah, kenduri ni pun dah selesai, dah selamat semuanya..(dress dan headband ni pun dah selamat digayakan..ahaks.;) tapi sayangnya saya tak dapat pergi sebab aleesya demam+selsema waktu tu...apapun terima kasih banyak2 kak Asiah kerana sudi menempah dengan saya....terlebih terkurang harap dimaafkan....dan "SELAMAT HARI RAYA IDULADHA" untuk semua umat Islam...(eh,boleh ucap lagi ke ni?;)

Monday, November 08, 2010

Pink headband for pink lover

Kali ni saya buatkan headband untuk peminat2 pink sahaja....suka tau kait benda2 pink ni...macam terapi minda pulak....heheh...
Tempahan kali ni datangnya daripada cikgu sekolah saya na..ni dah second order.First order dia kat SINI. Na minta saya buatkan headband untuk anak sedaranya.Headband yang kecik sikit tu, yang tu saiz baby...manakala yang bunga besar tu order dari kawan lama saya masa kecik2 dulu, eRiNsZ.. dia ni memang peminat pink yang setia...hihi...kalau tak percaya boleh klik kat link yang saya bagi tu...;)
Ok,jom kita layan pinky2 headbands untuk hari ni...
Ok,nak sambung mengait lagi ni...hari ni saya cuti deepavali lagi tau...(raya sakan wooo...;)
So, nak pulun siapkan tempahan ni...ok,babai..see you! :)

Thursday, November 04, 2010

Keychain untuk Mimiey

Yey!!saya suka sangat hari ni..hari esok..hari lusa..hari tulat..eh, hari apa lepas tu ye?sape2 tahu tolong angkat tangan! hahah...takde, sebenarnya hari2 yang disebutkan tadi tu, adalah hari CUTI!!! (kecuali hari ni...) sempena Deepavali...so, Happy Deepavali  kepada semua yang beragama hindu..namaste...eceh..

Ok, kali ni saya nak tunjukkan keychain tempahan mimiey, satu untuk dia dan satu lagi untuk her beloved husband...wah..romantic couple ni...hehe..so, huruf A dan R tu permulaan untuk nama mereka berdua lah..


Semoga mimiey dan suami bertambah ceria dengan kehadiran sepasang cahayamata keychain love ni...he2

Tuesday, November 02, 2010

Crochet headband + keychain aiskrim

 Tengok jam sekarang...dah dekat pukul 10.30 mlm. Baru je stat nak buat entry ni...kali ni nak update pulak tempahan headband dari kak yati untuk anak sedaranya...
kak yati request nak kaler pink+putih..dan inilah hasilnya...
Selain dari headband, kak yati minta saya buatkan keychain aiskrim ni sekali...
Sebenarnya ada lagi satu tempahan kak yati yang  tak berjaya lagi saya siapkan...kerchief ataupun skaf yang macam saya buat kat sini. Sabar ye...masih lagi  in progress...;) kesabaran anda amatlah dihargai...he2

Ok, stop sini dulu..nak siapkan lagi mana2 kerja yang perlu dibereskan...aleesya baru je tido ni, so bolehlah mamaleesya membereskan kerja tanpa 'bantuan' aleesya yang rajin tu...:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews