Thursday, February 18, 2010

Agak2 nak buat apa ni ye?

Salam sayang semua...
I'm back! Ya,saya dah balik dari bercuti 3 hari 2 malam di Kampung Jengka Batu 13(kampung saya la tu..) sempena cuti Tahun Baru Cina.2,3 hari tak online ni rasa rindu plak kat blog.So saya buatlah entry ni untuk melepaskan rindu..he2.Sebenarnya takde projek yang terbaru pun..yang ada hanyalah projek WIP ni..nak tengok?haa..ni dia..Projek mengait yang baru suku separuh jalan.Terpaksa stop dulu sebab benang dah abis.Nak kena beli dulu benang yang sama kaler..
Nak buat apa ni ye?hehe..saya tak nak bagitau lagi sebab takut projek ni tak jadi.Ini adalah kerana,cewah..ni first time saya kait guna pattern mengait yang English version punya yang gunakan singkatan macam ni:

beg : begin(ning)
ch : chain
mm : millimeters
pat : pattern
rem : remain(ing)
rep : repeat
sc : single crochet
sl : slip
sp : space
st(s) : stitch(es)

Biasanya saya kait gunakan pattern yang Japanese version yang gunakan simbol atau diagram yang lebih senang nak faham, macam ni:
Saja nak try buat guna pattern english version ni plak.Sebab kalau kita tanya kat pakcik Google biasanya dia akan bagi banyak pattern yang macam ni.
Oklah,jap lagi nak keluar ke Temerloh beli benang kait baaanyak2! Harap2 saya berjaya la siapkan projek misteri ni. (agak2 andalah,saya nak buat apa ye?..;)

Thursday, February 11, 2010

Patchwork pillowcase

Hari ni hari Jumaat.Esok hari Sabtu.Hari sabtu cuti!!yeiii...(ingat budak2 je ke suka cuti?cikgu pun sama..haha)
Kali ni saya nak tunjuk hasil jahitan saya yang cukup simple.Pillowcase ataupun sarung bantal.Tapi yang specialnya sarung bantal ni adalah saya buat patchwork lagi!(yes,i like patchwork!) dan kat tengah2 tu saya buat applique bunga tulip.First time buat applique tau...sungguh mencabar kesabaranku....
Sebenarnya projek sarung bantal ni dibuat sebab nak menjayakan misi saya untuk menghabiskan kain2 perca saya tu..kalau misi ni berjaya bolehlah saya memulakan misi yang seterusnya iaitu shopping kain2 cotton yang baru!yeah! ok,ok...berbalik kita pada citer sarung bantal tadi.Bantal ni Aleesya punya yang dijahit oleh tok Aleesya a.k.a mak mertua saya...(harap2 Aleesya tak marah la saya tukar sarung bantal bucuk dia ni...)(abaikan jahitan applique saya yang senget-benget tu ye..)

Tuesday, February 09, 2010

Checkered dress

Ini adalah dress terbaru yang saya dah jahit minggu lepas sebenarnya.Oleh kerana masalah photoshoot yang asyik tertangguh (model banyak songeh!), maka entry untuk dress ni juga terpaksa la ditangguhkan...
Dress kali ni simple je,tapi saya suka sangat..SEBAB....
  • Aleesya nampak macam sesuai je pakai dress pattern ni (sayalah yang kata ni..:)
  • saya rasa jahitan saya kali ni lebih kemas dan zip yang kat belakang tu pun2 nampak cam ok jer..(saya jugak yang kata ni..T_T)
  • saya suka corak kotak2 ni (asyik saya je yang kata...hehe)
Oklah,jomlah layan gambar2 dari sesi photoshoot yang telah dijayakan oleh abah Aleesya ni...

alahai,sukanye dia!Gambar paling baik.Tak tau lah abah dia baca apa, boleh ambik gambar baik berdiri tegak macam ni...konfius..konfius..Yang ni pandangan belakang dress..

Ok, that's all..see u in the next entry! model saya ni pun dah menunjukkan ciri2 nak boom ni..

Sunday, February 07, 2010

Jom Jahit: Pencil Roll



Yei!!! dah siap pun projek untuk Jom Jahit ni.
Kali ni awal2 lagi saya cuba untuk siapkan.Projek bulan Januari dulu,dok tangguh2,akhirnya tak sempat nak join...sedihnya,isk..isk.. Untuk bulan Februari ni,projeknya adalah pencil roll.Ada 3 tutorial yang disediakan oleh Tinihani.Tapi rasanya saya tak ikut 100% tutorial yang diberi tu.Just untuk dapatkan idea je.Pencil roll ni,saya gunakan kain jeans (yang beli kat bundle dulu tu..haha).Sebelah atasnya pulak saya gunakan patchwork yang dibuat dari kain2 perca saya yang banyak tu..Daripada simpan je baik saya hasilkan sesuatu,kan?Idea ni pun sebenarnya saya dapat dari sini.
Jom tengok projek pencil roll saya ni...(tak sabar nak tengok hasil kawan2 yang lain pulak...)
Nanti nak buat satu lagi untuk letak krayon Aleesya..(krayon pun tak beli lagi sebenarnya..)

Friday, February 05, 2010

Dress Dahlia Aleesya

Hi, minggu ni saya rasa sungguh lah tak produktif..dalam kepala ni macam2 nak buat.Tapi semuanya hanyalah impian semata-mata..
Kerja kat sekolah tu yang tak pernah abis (makin bertambah adalah...), ditambah pulak dengan kesihatan saya ni yang tak berapa ok.Mula2 demam,pastu selsema,pastu batuk pulak..uhuk..uhuk..ha, ni pun tengah batuk lagi nih..
Dress ni sebenarnya saya dah siapkan minggu lepas lagi,tapi tak sempat nak dientrykan.Mulanya saya plan nak join Jom Jahit dari TiniHani.Tengah2 dok blogwalking mencari tutorial,terjumpalah dengan tutorial "dress ala dahlia" dari maya. Alahai,comelnya.....teringin plak nak buat.
So,saya pun postpone dulu Jom Jahit dan terus jahit dress ni.Kali ni saya puas hati sangat dengan hasilnya sebab saiznya betul2 kena dengan Aleesya (tapi sori tak sempat nak snap pic model menggayakan dress ni sebab tak larat nak kejar model ituuu..aktif bangat!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews