Tuesday, January 06, 2015

Tutorial ~ Jahit sarung tudung saji

Assalamualaikum semua...

Apa khabar anda semua? harap semuanya sihat2 belaka.......sebenarnya dah lama saya peram hasrat nak buat tutorial sarung tudung saji ni....baru hari ni tercapai hasrat yang murni tu....hehe...takpelah biar lambat asalkan selamat kan...:)

Mula2 tercetus idea nak buat sarung tudung saji ni, bila saya ternampak ada seorang rakan fb yang post cara2 nak jahit sarung tong sampah di satu group yang saya join di fb...tengok macam cantik je....nak buat pun senang dan cepat........ok, kalau nak tahu macam mana nak buat sarung tudung saji ni....jom follow....:)
1. Potong 4 keping kain yang sama saiz. Ikut saiz tudung saji masing2....saya guna tudung saji yang paling kecil. Saya potong 4 keping ni sebab nak buat coraknya berselang-seli. Kalau anda nak satu corak je, tak perlu lah 4 keping, potong sekeping je....

 2. Kemudian cantumkan keempat-empat keping kain tadi berselang-seli macam ni.


3. Seterusnya jahit kelepet sebelah atas dan bawah untuk kita masukkan getah nanti...

4. Jangan lupa tinggalkan sikit bahagian yang tak berjahit ye....kalau tak nanti macam mana nak masukkan getah kan...

5. Macam ni lah rupanya getah yang saya guna....getah hitam ni sebenarnya saya recycle getah kat seluar lama yang dah tak pakai....boleh guna apa2 jenis getah, tapi kalau yang saiz kecil lagi cantik....(jangan lah guna getah yang kat pinggang tu pulak ye...hihi)

6. Kita masukkan getah di kedua2 bahagian atas dan bawah....bahagian atas tu kita buat ketat2....dan untuk bahagian bawah tu longgarkan sikit...agak2 la dengan saiz tudung saji kita tu...

7. Tadaaa....ini lah hasilnya bila kita pakaikan kat tudung saji kita.....kena ngam2 baru cantik ok...
tapi nampak macam kurang berseri kan? Okay, tak apa....kita boleh hiaskan di sekeliling tudung saji ni dengan renda2 untuk nampak lebih comel....

8.  Macam ni......:)

Ahaaa......cantik tak?

Ok....agak2 boleh faham tak tutorial simple saya ni? kalau tak faham, jangan malu2 tanya ye....
Oraitt....sampai sini dulu...selamat mencuba!! :)


8 comments:

  1. Suka tengok Mamaleesya update blog ni.Hasil kerja tangan Lia terbaik....kemas dan a very beautiful color combination.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak atas komen anda yang cukup indah...heheh...dah lama tak update pasal jahitan...harap2 boleh maintain lah lepas ni...:)

    ReplyDelete
  3. Best la tutorial ni, nmpk mudah dan kemas. Semoga dpt maintain update - saya jumpa blog ni dr grup FB. :D

    ReplyDelete
  4. comel sgt cik lia.. teringin mak nak jahit jugak.. hihihi.. ;)

    ReplyDelete
  5. sENANG YER, TAPI NANTI NAK BUAT SUSAH PLAK...HU2...SELALU MACAM TU SAYA NI..

    ReplyDelete
  6. Tq sis .. nak kena cuba buat nim.. tengok macm senang je.. buat sendiri baru tahu susah.. hahhaha. .

    ReplyDelete
  7. Mcm mna nak amk ukuran tudng saji tu sus

    ReplyDelete
  8. as salam, kalau nak embroiderykan tudung itu, bagitahu saya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews