Saturday, January 10, 2015

Aleesya dah darjah satu...

Assalamualaikum....
Pagi tadi pergi daftar Aleesya nak masuk darjah satu...macam tak caya je Aleesya dah darjah satu...rasa macam kecik je lagi budak ni....hehe...teringat pulak masa mula2 berblog dulu....masa tu umur Aleesya setahun lebih....nama blog saya waktu tu pun sempena nama Aleesya, "mamaleesya@home". Maklumlah....waktu tu anak sorang, so, segala-galanya Aleesya. Kalau tengok balik post2 saya yang lama, memang banyak cerita pasal puteri saya yang sorang ni...hehe...bila dah ada adik, mamanya pulak dah mula malas nak berblog....huhu....kesian kat adik...kurang dieksploitasikan oleh mama....hahaha...

 Kejap je masa berlalu...sedar2 dah masuk darjah satu dah kakak icha ni....adik pulak dah dua tahun...mama pulak?? hihi...rahsiaaa...

 Sempat berselfie sebelum nak ke sekolah pagi tadi....ehehehe.....siapa yang nampak paling gembira kat dalam ni ye?:D

Oklah, ni cerita pagi tadi, lebih kurang pukul 9.00 pagi pendaftaran bermula. Lepas tu pelajar2 Tahun satu diminta duduk dalam kelas masing2 untuk mendengar maklumat2 yang nak disampaikan oleh guru kelas...waktu ni ibubapa semua dijemput untuk mendengar taklimat dari guru besar dan beberapa orang guru lain. First time anak masuk darjah satu ni memang kusyuk la mendengar konon2nya kan...hehe...abah Aleesya pulak waktu ni pergi ambil buku teks. 

Dah selesai dengar taklimat, saya terus pergi ke kelas semula nak tengok keadaan Aleesya ok ke tak...tak ada masalah pun dia kat dalam kelas tu sebab kebanyakan kawan2 sekelas tu semuanya dah kenal masa belajar di PASTI dulu....cuma, biasalah Aleesya ni kan malu2....diam je dia kat dalam kelas....tapi walaupun diam, saya boleh nampak dia gembira sangat...mana taknya, hari ni semuanya serba baru, dari atas sampai ke bawah...dan yang paling dia seronok sekali tentulah beg frozen yang dah lama sangat minta nak beli......kembang kempis hidung masa mula2 nak tarik beg tu ke kelas......ekekeke...

Dah selesai semua urusan di kelas, lebih kurang pukul 11 lebih dah boleh balik.....yeayy!! ni bukan saya yang cakap...tapi budak2 tu lah yang cakap....heheh...
So, majlis pun bersurai....tapi kami tak terus balik...kami terus ke sekolah saya pulak....sebab saya bertugas untuk serahkan duit Brim pada ibubapa pelajar sesi 2015...

Oklah, dah panjang sangat dah entri kali ni....nanti ada yang menguap pulak sebab boring kan....heee...:)

Ok, layan gambar dulu ye....




 Alhamdulillah....mama dan abah harap kakak icha seronok belajar di sekolah baru dan kami doakan semoga kakak menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat...amin....

2 comments:

  1. Waa dh sekolah Aleesya ya. Adik Muiz pon dh besar...Sekejap je rasanya. Lia pon kena rajin update blog ye. Saya ni selalu ngintai blog ni sbb suka tengok crochet yag Lia buat. Kemas je dan cantik plak combination colornya tu..Saya print dan simpan gambar gambar tu.

    ReplyDelete
  2. Cik Lia..anak kita sebaya rupanya.. sebaya dgn anak saya no. 2 tu.. :)

    lama tak singgah sini..
    cik lia pekabo?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews