Wednesday, July 27, 2011

Crochet baby sneakers and hat

 Salam sayang kepada semua pembaca blog.....rindu tak kat blog mamaleesya?hihihi....ayat perasan lagi....;)
Ok, hari ni saya nak tunjukkan crochet baby set yang dah saya siapkan untuk kak Rosnita (rakan seperjuangan saya di sekolah....). Ada 2 item, baby hat dan booties ataupun sneakers...first time buat baby sneakers ni...agak  mencabar jugaklah, 2-3 kali try and error barulah jadi...huhu...tq so much Mastila Ezny sebab sudi share pattern sneakers yang comel ni!

Oraitt, jom kita layan gambar lah...saya pun tak boleh nak tulis banyak2 malam ni, sebab aleesya bad mood malam ni....orang kedah kata "merap"...hadoi...merengek2 je dia dari tadi...kalau  nak tahu, saya taip entry ni pun sambil meriba aleesya! ni kes rindu kat abah lah ni...abah aleesya tengah berkursus kat kuantan sekarang ni.....aishh,banyak pulak dah mamaleesya ni mengomel....ok,ok,ok....dah, stop....jom tengok gambar....
Terima kasih banyak2 kak ta yang sudi mengorder dengan saya....harap2 gembira la dengan sneakers dan baby hat ni ye...(tadi kak ta bagitau, topi dan kasut ni dah pun selamat digayakan oleh baby shabir...hehe...:))

Tuesday, July 12, 2011

Crochet: Gorgeous Purple Set

 Hai...pembaca2 setia blog mamaleesya...(hihi....ayat perasan tak hingat....;).Hari ni mamaleesya ada satu entry baru, setelah pengumuman penutupan order yang dibuat semalam....
Jangan risau ye, entry2 baru tetap akan dikeluarkan kalau ada mood seperti biasa, cuma order2 yang baru sahaja saya tutup dulu buat sementara waktu...
Gorgeous Purple Set ni pun antara order2 yang dah terlalu lama saya peramkan.....huhu...ampun ye cik puan yang meng'order'.....
Gorgeous Purple Set ni ada topi ala2 sunhat untuk gegurl, newsboy hat untuk baby boy dan booties juga untuk baby boy....siapa yang tempah ni ye?haa, tempahan ni dari besfren saya masa kecik2 dulu, saya panggil dia Nana. Tapi dah lama sangat kami tak jumpa, hanya bertanya khabar di alam maya ni jelah....
Ok,jom kita close up sikit item2 yang ada dalam purple set ni....
ni newsboy hat...tapi brim tu saya kecikkan sikit,nk bg sesuai utk baby....
 
booties ni sebenarnya boleh dipakai boy/girl, tapi kena sesuaikan lah warnanya...

Dan ini pulak pose istimewa dari Aleesya untuk peminat2nya di luar sana.....*teehee*
Oraitt....thank u so  much Nana sebab sudi mengorder dengan mamaleesya dan sangat sabar menunggu ye...........hehe....(tak sabar nak tengok model2 cilik NJ pulak bergaya..;)

Monday, July 11, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!

 PENGUMUMAN!! PENGUMUMAN!!

Perhatian kepada semua pembaca2 blog mamaleesya, peminat2 setia dan juga pencinta2 crochet yang disayangi sekalian....dengan ini dimaklumkan bahawa saya akan menutup buat sementara semua order untuk crochet, felt dan juga apa2 yang berkaitan dengan jahitan....jangan risau ye...order akan dibuka semula selepas Aidilfitri...ini adalah kerana:

1~ Saya ingin menyiapkan semua order2 customer yang terbengkalai yang menunggu turn untuk disiapkan...he2...kalau boleh sebelum raya ni semua dah beres.....(kerana bagi saya kualiti lebih penting dari kuantiti....:)

2~ Saya nak jahit baju raya Aleesya (2 pasang je..) dan nak letak manik2....

3~ Oh, ya....saya juga nak jahit manik crumble mumble kat baju2 raya saya...;)

4~ Saya nak buat 30 jenis kuih raya banyak2....(dah serik tahun lepas langsung tak buat kuih sebab sibuk mengait.....huhu..:(

5~ Budak2 kelas F3 saya akan menghadapi trial pada bulan 8 ni, so, saya perlu luangkan lebih masa untuk membantu mereka menghadapi exam....

6~ Saya ingin menumpukan sepenuh perhatian pada ibadah puasa yang akan kita tempuhi tak lama lagi...aminnn...

Disebabkan alasan2 di atas inilah makanya, saya telah mengambil keputusan untuk menghentikan dulu buat sementara order2 yang baru....harap anda semua memahami ye....
sayang anda semua!!mmuah!!

Thursday, July 07, 2011

Bunga comel untuk cik farah...

 Lama dah blog saya ni tak ber'hupdate' rupanya....sedar2 tengok dah 2 minggu entry lama tu tak bergerak2...huhu....so, hari ni saya menggagahkan diri  untuk mengemaskini blog saya ni dengan bunga2 comel tempahan cik farah...hehe...nak citer sikit macamana boleh berkenalan dengan cik farah ni...teng..teng..teng...
Ok, macam ni, saya ni biasanya dalam seminggu ada lah dalam 2 atau 3 kali ke pejabat pos untuk pos barang tempahan pada customer atau pun untuk menyetelkan apa2 urusan peribadi yang lain. So bila dah kerap sangat ke pejabat pos tu, mestilah orang2 kat situ dah boleh cam saya (terutamanya pakcik yg dekat kaunter poslaju tu...hihi...hai pakcik.. :) Oklah, berbalik kita pada cerita cik farah tadi ye...cik farah ni salah seorang kerani yang bertugas di pejabat pos ni...selalunya dia akan tengok2 jelah barang2 kait yang nak saya pos...tak sangka pulak rupa2nya dia pun berminat juga dengan benda2 kait ni....he2...
Dan, cik farah pun dengan sukacitanya telah menempah 20 kuntum bunga2 comel yang berwarna-warni ni............nak buat apa agaknya ye?:)
Tak abis lagi cerita ni, kawan kepada cik farah (juga kerani di pejabat pos yang sama) pun turut membuat tempahan dengan saya..tapi bukan bunga, dia tempah hairclip bunga ros kaler kuning ni...
Alhamdulillah, walaupun agak lambat sikit tempahan cik farah dan kawannya ni siap, mereka berdua tetap tersenyum gembira......harap2 boleh lah kita menjalinkan kerjasama lagi lepas ni ye..hehe...:))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews