Friday, May 28, 2010

Amigurumi Cherry

Hi.... pernah dengar amigurumi tak? Walaupun bunyinya macam pelik,tapi amigurumi ni sebenarnya benda yang sangat comel dan cute. Bagi orang yang suka mengait ataupun crocheter, mesti dah biasa dengan amigurumi ni.
Kalau mengikut Wikipedia, definisi bagi amigurumi ni adalah:

"Amigurumi (編みぐるみ?, lit. knitted stuffed toy) is the Japanese art of knitting or crocheting small stuffed animals and anthropomorphic creatures. The word is derived from a combination of the Japanese words ami, meaning crocheted or knitted, and nuigurumi, meaning stuffed doll.[1] Amigurumi are typically animals, but can include artistic renderings or inanimate objects endowed with anthropomorphic features."

Biasanya amigurumi ni dibuat dalam bentuk patung yang comel, contohnya Hello Kitty ke...(ni angan2 saya sebenarnya,tak terbuat lagi...he2).Ada juga amigurumi bentuk binatang,buah-buahan,cupcake dan macam2 lagi lah...tapi semuanya cute2.Eee,geram tengok...biasalah seni orang Jepun ni memang comel2 belaka.Dan inilah dia amigurumi saya yang pertama! Amigurumi Cherry..hehe,simple je.Sesuailah untuk beginner..saya belajar buat ni dari sini (dia ajar buah cherry je,daun tu saya tambah sendiri ye..)
So,buah cherry ni nanti boleh la gantung kat handphone ke,buat keychain ke....

Sunday, May 23, 2010

Hadiah untuk Kak Anita

Kali ni saya kaitkan topi baby kaler purple pulak.Topi atau beanie ni saya nak hadiahkan kepada Kak Anita yang baru melahirkan baby girl bulan mac lepas. Kak Anita dah pun kembali bertugas, so boleh lah saya hadiahkan hasil kait saya ni kat dia esok..Topi ni nanti bolehlah di sesuaikan dengan baju minnie mouse ni....

Sunday, May 16, 2010

Crochet: Earflap hat for little girl

Hari ni 16 Mei 2010.Jadi di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan
"Selamat Hari Guru"
kepada semua insan yang bergelar guru, khasnya kepada semua guru yang pernah mendidik saya, semua rakan2 guru yang pernah bertugas bersama2 dengan saya, kaklong saya (cikgu Rodita) dan yang paling istimewa buat suamiku yang juga seorang guru...(macam ucapan hari raya daa..)
Di hari Guru yang indah ini, di kala saya ditinggalkan bersama Aleesya (abah Aleesya jadi photographer kat Putrajaya, dah 4 hari tau kena tinggal...isk..isk..), saya pun teringatlah permintaan kaklong saya minta saya buatkan earflap hat untuk anak dia baby Sofea.So, dalam keboringan ini, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan earflap hat ni. Gabungan warna merah dan pink.Untuk tali saya tambahkan 2 biji pom pom supaya lebih menarik.Emm.ok tak?saiz main agak2 je ni..dan disebabkan tak ada model yang boleh menggayakannya, terpaksalah pinjam kawan Aleesya jap untuk pakai topi ni...boleh Aleesya ye..hehe

Saturday, May 15, 2010

Teman setia Aleesya

Wah.... syoknya anak mama ni tido..ada pulak peneman setia yang cute tu..
Semalam saya telah berjaya mencapai salah satu cita2 saya nak buatkan sarung bantal peluk yang baru untuk Aleesya (tengok sini).
Dan hasilnya, inilah sarung bantal dengan corak rabbit kaler pink dan biru yang cute..Kain yang saya gunakan ni adalah jenis cotton flannel.Lembut dan senang nak jahit.Tapi kelemahannya, cepat sangat berbulu.Tambah2 pulak dapat tuan yang macam ni,habis dilanyaknya bantal tu..kadang2 dia letak bantal tu kat atas leher lah, kat punggung la, macam2 lagi la...
Tapi bantal nilah yang menjadi peneman setia Aleesya setiap kali nak tidur ataupun nak minum susu (selain dari botol yang tergantung tu..heheh)
Kalau la bantal ni hilang, hai, tak dapat dibayangkan, haru-biru la jawabnya...

Wednesday, May 12, 2010

Crochet Baby Set

Ahh, lega....akhirnya berjaya juga saya menyiapkan crochet baby set ni..walaupun ambil masa hampir sebulan lamanya...he2..tkpelah,yang penting siap juga kan?
Baby set ni bukan untuk saya (Aleesya dah tak baby dah..:), tapi ditempah oleh En Hasrul (rakan sekerja saya) untuk anak saudaranya yang pertama, baby Eisyal Naazneen.Kalau nak tahu, Hasrul ni memang excited sangat2 dengan kehadiran anak saudara pertama dia ni.Sebab tu sebelum baby lahir lagi dia dah tempah kat saya baby set ni...harap2 Hasrul suka lah dengan hasilnya ni ye..
Baby set ni ada sweater,kasut dan topi.Semuanya kaler pink...(he2,suka sgt..).Kaler ni saya sendiri yang pilih,sebab Encik yang menempah ni cakap suruh saya pilih kaler yang sesuai dan cantik untuk baby girl...(emm,kalau baby girl,of course la saya pilih pink..)
Lama jugak lah saya ambil masa nak menyiapkan baby set ni....bukan apa,busy dengan kerja2 lain dan kekangan masa yang melanda diri ini..(cewah..).Nasib baik lah Hasrul ni sabar menunggu..

Oklah,stop sini dulu ye,sebab nak sambung tengok badminton Piala Thomas...yeyeh..semangat Malaysia Boleh ni!!!

Tuesday, May 04, 2010

Happy Birthday Abah...

"Hepi besday to you..hepi besday to you..hepi besday to abah...hepi besday to you.."

Hari ni 04.05.10.So genaplah umur abah Aleesya 30 tahun (heheh...dah tua rupanya abah Aleesya ni..;)
Dan untuk meraikan besday abah yang spesel ni,mama dengan gembiranya telah mempersembahkan satu menu yang spesel untuk abah..
bukan pizza...
bukan kfc...
bukan lamb chop...
TAPI....

Mi Goreng Mama + Air teh O ais laici

Malam ni Aleesya tido awal...so boleh la kami menikmati makan malam yang indah ni dengan tenang..hehe
Dan semalam,saya dengan jayanya juga telah menyiapkan satu keychain untuk dihadiahkan pada abah.Nak tengok? Jom...
Ni la dia,keychain felt bentuk jersi Kedah sebab abah ni peminat tegar hijaukuning.com.Harap2 abah gembira la dengan keychain ni ye...

Oklah,semoga abah Aleesya sentiasa ceria,gembira dan bahagia selalu disamping mama dan Aleesya...we love u so much!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews